Aku memang gila shopping kot. Tapi takde la sampai tahap membazir. tapi kiranya shopping tu macam mengterapikan diri aku dari stress. kira nya kalau aku ade masalah , bila shopping macam terus gembira balik. Cikmok dah tahu dah pon, sebab setiap kali aku macam stress ke hape ke kan, aku ajak dia shopping. Pastu bila dah jalan2 shopping , nak beli mesti aku terfikir2 nak beli ke tak. haha. tapi kalau baju anak, takde fikir-fikir dah, nampak cantik je terus rembat. padahal dah berlambak kot baju Auf. asal ketat je aku beli lain.
Berbeza dengan laki aku tu, dia tu mana suka shooping sebab dia suka makan. Dia rela dok beli makanan mahal untuk makan.Contoh dia pernah order shark fin ke ape tah yang bagi aku tak sedap langsung dengan harga puluh-puluh untuk semangkuk kecil. pesanan dia pada aku bila makan jangan berkira, tapi aku tak suka makan sangat. Tak mencabar. :P
Selalunya aku la dok belikan laki aku baju-bajan dia, boxer dia, stokin dia bla, bla , bla. Dia tak mintak pon, tapi dia jenis tak kisah, kalau aku pilih cantik tu, bagi dia cantik la tu. haha. senang kan? cuma tang seluar je la dia cerewet sikit. entah, lelaki memang macam tu kot.
Tapi bila fikir balik , macam bagus lah kan kami ni tak sama minat. dah tu kalau la dua2 kaki shopping , aku rasa makan megi la kami sekeluarga kan. haha. tapi aku boleh kawal lagi la kan nafsu aku tu, sebab aku akan bajet banyak mana untuk berlibur tu dan guna maximum banyak tu jugak. takde la aku overspend. tapi yang pasti setiap kali gaji mesti ada atleast sehelai kot baju baru Auf.sebab alasan aku, nanti boleh passing kan adik2.
hahahahahhaahah. T_T
Ok, tapi sekarang aku dah insaf sikit. :P
:)
Updates : Email Change
10 years ago
7 comments:
mana tumpah kuah kalau x ke nasi kan yaya.
nampaknya lepas ni Auf pulak sopim utk bonda ya. :D
perkahwinan kan melengkapi sesama sendiri..
kalau memasing sama je perangai..
haru jadinya nanti.. :P
hahaha..insaf sikit je ker yaya?
mcm x ikhlas jer tulis..hehehe =p
habi kite pon jarang beli brg2 dia. tp klu beli semuanya yg branded. tahan lama & puas hati pakai katanya.
terapi terbaik! sokong sokong!
hahah..dah tau..auf ikut bonda la..terror shopping..hehe..em mcm maria..andry tu kire mcm cik mok dan gabungan yaya..haha..dia kalau bab makan die mmg tak kisah walaupn mahal..bab beli baju kurang skit..tp die lebih kuat shopping berbanding maria..haha..
sama mcm nurul gak suka sopin skrg insaf sikit. tp kdg2 tak ingat dunia kalau dah kuar sopin
blergh. i.live.to.shop. tapi sekarang tengah cuba insaf. cuba. tapi susah la. sebab hannah& wan pun suka shopping.opah pun suka. camne? help me. please. kena masuk terapy mcm dlm shopaholic tu hahahaha
Post a Comment