Thursday, April 14, 2011

Bahasa melambangkan bangsa

Satu petang lepas balik kerja aku bawa Auf ke taman permainan dekat dengan rumah. Auf macam biasa akan teruja gila bila lihat kanak2 lain berlari - bekejaran kesana sini. Yelah, seharian duduk rumah je kan.
Ada beberapa budak kecik dalam lingkungan umur 5-6tahun tengah bermain sambil berborak sama sendiri. tiba-tiba,

budak A: wehhhh...kau babi la pijak kasut aku ahh...
budak B: kau la babi... puki.
budak A berlari sambil jerit: banggangggg.



apa pendapat korang , kalau korang berada dalam situasi tu dengan masa sama anak korang yang tak tahu ape2, berada disitu terpingga2 dengan gelagat budak-budak disitu.

seriously aku tergamam.sebab aku macam tak aspek plak kan budak kecik tadika akan sebut macam tu. biasa budak dah sekolah rendah atau menengah. aku rasa macam terus takut. takut dengan perubahan masakini budak2 zaman sekarang.
Kesimpulannya disini, siapa yang perlu disalahkan. Kawan2 anak itu atau ibubapa? kita pon bukan ada sepanjang masa bersama anak bila anak berada dirumah asuhan. Aku berdoa agar anak bujang aku, auf..dan anak2 aku yang akan datang jangan mudah terpengaruh dengan benda2 sebegitu. Mungkin aku akan laksanakan tindakan 'cili mulut' jika terdesak. haha!
kerana mulut badan binasa. :)

dan

sebab tu aku selalu pesan suami aku, kalau maki dalam kereta berdepan dengan anak ketika dia memandu, jangan sebut perkataan kesat. Kerana takut nanti kuah akan tumpah pada nasi, atau bonda 'cili mulut' ayah kalau terdesak. 

renung-renungkan dan selamat beramal.

:)

12 comments:

Anonymous said...

Adam pun ada sebut macam tu satu ketika dahulu...sekarang tidak sebab aku ajar dia kalau sebut perkataan tak baik nanti Allah masukkan kita dalam api neraka...so dia takut...lani kalau aku tersasul perkataan "bengang" dia akan ckp mama nanti masuk api neraka hehhehehe

Susuna.

yaya+frdz+auf said...

Susuna: weh, lama hang tak komen sini. yeke? hopefully nanti bila dia dah faham aku pon nak cakap jugak macam tu. kalau ckp tak baik nanti masuk api neraka. :)

kadang kala aku tercakap juga. tapi selalunya dengan kawan2 sekerja. kt rumah memang aku kontrol percakapan aku. :)

Hannah Johary said...

Yaya, I pun paling risau benda ni. Takut dia meludah. Takut cakap bahasa kesat. Takut pukul-pukul orang.

But Alhamdulillah Mak Aisyah memang sangat pantang benda ni, so bolehlah I tarik nafas lega. At least time ni Myiesh belum terdedah dengan benda-benda ni lagi.

Bila dah masuk tadika memang kena pantau ketat-ketat. Same like you, I memang takkan teragak-agak untuk cili-cilikan kalau dengar dia cakap macam tu. Hehe.

Unknown said...

tiap2 ptg kat nursery cha, time tggu ekwan smpai
tgk budak2 tu main
mmg ramai je yg cakap ikut suka je
bila ckp kat cikgu, bdk2 tu kata 'kitaorg tak penah ajar kak, tak tau mana bkd2 ni dpt'

adakah dalam kete??

fikir-fikirkan

maka, kalau abah tgh ngadap jammed tiba2 termaki org, ibu pun nak siap2 cili dlm kete

nanonano said...

bende2 cmni mcm xley nk elak kan?
even kite dah berhati2 dlm berkata2 dpn anak
tp org sekeliling dia?
yg mana duk kt nursery,
mudah terpengaruh dgn kwn2,
haishh mintak dijauhkan dr anak2 kite dr prangai yg xsedap gtu :)

m@Ri@ said...

em tu la kan yaya..maria pn takut..kadang2 kat rumah kita dah control tapi kat rumah pengasuh/sekolah diorg belajar benda2 mcm ni..maria pn larang kalau ckp atau buat benda2 tak elok..budak2 cepat ikut..haritu adik maria jelir lidah..aqil terus ikut jelir lidah..aduih..

afni+hafiz=dani said...

btoi tu yaya. afni pun skang takut dgn bahasa2 budak zaman skang. laju je mulut mencarut

FAD RMLN said...

susah nak kontrol persekitaran tp as parents kite kena explain bende tu tak elok bg depa phm. kalo buat jugak kita cili kita cili!

Marsha~ said...

susah nak cakaplah.... kadang2 kat TV pun diorg sebut bahasa kasar.. takkan nak ngadap cartoon je 24jam??? nak tgk jugak drama kan??? haih.. :(

abah dan mak haqq said...

perkara macam inilah yang sangat merungsingkan parents..
kid pun takut kalau haqq macam tu..

isk,kalaulah haqq cakap macam tu nanti..
taulah nasib dia tu..

little miss kechik said...

yea.. sekarang mama kena censored diri sendiri.. mama kan kuat mencarut.. aritu we heard hannah saying pukimak.. *gasp* tapi sebab takde respon dari sapa2.. die tak sebut dah.. opahh notttyyy!! hehe!

antalya said...

mcm familiar je area ni. kamu dok mana yaya??