Friday, April 29, 2011

Aku memang kuat berangan

Aku kan, memang kuat berangan tau. Sebab , aku rasa bila aku berangan tu aku macam happy even benda tu tak jadi kenyataan pon. Dan mungkin sebab tu lah jugak, aku menjawat jawatan seperti sekarang. Kerja senang, berangan aje!

Dulu ,
Aku selalu berangan akan dapat anak kembar. Benda ni lah yang paling-paling aku suka berangan. Suka sgt kembar. Lagipun memang ade gen kembar. Ibu aku kembar. tapi tulah orang kata, kalau kita terlalu meminta, susah nak dapat. entah!



Lepas tu aku selalu berangan nak beli motor scrambler .Walaupun aku tak pasti aku pandai ke bawak motor jenis macamni. Aku siap tanya laki aku ade satu kedai tu offer motor scrambler cuma rm3999 tu ok ke. Laki aku kate tu moto china so murah dan cepat rosak sebab enjin dia cepat panas. entah. Tapi aku rasa macam bestttt gila kot moto tu dengan aku nak beli helmet fullface sekali. Lepas tu laki aku kate aku perasan macho sebab poyo nak moto camtu. Tapi dah suka nak buat camne T_T.


Kereta idaman aku adalah Lancer. Sebab aku suka muncung dia. Memang mengancam abis la. Harga dalam 120K. Tapi yang ni tengok gambar je la kan, berangan lagi. Belum mampu lagi beb nak memilikinya. tapi mana tahu kan , aku menang peraduan petronas ke kan... kan... kan...



Dan paling terbaru aku suka berangan nak pergi holiday. Tiap-tiap hari aku masuk website air asia , masukkan butir-butir nak pergi mana, lepassss tu tgk total pakej berapa macam ni...


berangan je lah dulu. hahahahahhaa.





:)





Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday _05







:)

Tuesday, April 26, 2011

Metroseksual ke?

Budak dah 16bulan ni macam-macam hal la dia dok buat. Ni sekarang obses kepada perfume pulak. Dia dok tiru atok dia pakai minyak atar dalam kereta, masuk kereta je jerit-jerit nak main minyak atar tu. Mula-mula pegang2 je, lama2 dah pandai bukak penutup, Sekali pandang dah pandai pakai pulak dah. Aduhai.



Ini lah dikatakan metroseksual. Tapi bukan pakai perfume , tapi minyak attar sampai wanggiiii satu badan. 

Yang tak boleh tahan, bau orang tua kot. Hahahahaha. :P


:)



Monday, April 25, 2011

16 bulan A'uf Mikail


Happy besday sayang. Sekejap saje awak dah besar. dah makin lasak. 
love u so much




:)

Wednesday, April 20, 2011

gila shopping

Aku memang gila shopping kot. Tapi takde la sampai tahap membazir. tapi kiranya shopping tu macam mengterapikan diri aku dari stress. kira nya kalau aku ade masalah , bila shopping macam terus gembira balik. Cikmok dah tahu dah pon, sebab setiap kali aku macam stress ke hape ke kan, aku ajak dia shopping. Pastu bila dah jalan2 shopping , nak beli mesti aku terfikir2 nak beli ke tak. haha. tapi kalau baju anak, takde fikir-fikir dah, nampak cantik je terus rembat. padahal dah berlambak kot baju Auf. asal ketat je aku beli lain.

Berbeza dengan laki aku tu, dia tu mana suka shooping sebab dia suka makan. Dia rela dok beli makanan mahal untuk makan.Contoh dia pernah order shark fin ke ape tah yang bagi aku tak sedap langsung dengan harga puluh-puluh untuk semangkuk kecil. pesanan dia pada aku bila makan jangan berkira, tapi aku tak suka makan sangat. Tak mencabar. :P

Selalunya aku la dok belikan laki aku baju-bajan dia, boxer dia, stokin dia bla, bla , bla. Dia tak mintak pon, tapi dia jenis tak kisah, kalau aku pilih cantik tu, bagi dia cantik la tu. haha. senang kan? cuma tang seluar je la dia cerewet sikit. entah, lelaki memang macam tu kot.

Tapi bila fikir balik , macam bagus lah kan kami ni tak sama minat. dah tu kalau la dua2 kaki shopping , aku rasa makan megi la kami sekeluarga kan. haha. tapi aku boleh kawal lagi la kan nafsu aku tu, sebab aku akan bajet banyak mana untuk berlibur tu dan guna maximum banyak tu jugak. takde la aku overspend. tapi yang pasti setiap kali gaji mesti ada atleast sehelai kot baju baru Auf.sebab alasan aku, nanti boleh passing kan adik2.

hahahahahhaahah. T_T

Ok,  tapi sekarang aku dah insaf sikit. :P


:)



Tuesday, April 19, 2011

tateh playgroup

Last sunday masukkan Auf satu class playgroup untuk baby-baby umur 12bulan hingga 18bulan. Bertempat di TTDI jaya, class start dalam pukul 10pagi. Tujuan utama aku masukkan Auf dalam class macam ni sebab aku nak tengok pergaulan auf, yelah kan dia kan ibu aku yang jaga , tak duduk nursery so takut dia kurang bersosial. Second is nak tengok tahap tumpuan dia, sebagai seorang budak lelaki yang lasak , aku tengok dia macam kurang fokus lah kan kalau kita try untuk ajar dia melalui flash card.

So pendaftaran untuk trail session di tateh playgroup ini cuma rm30. Alah, takpe lah kan laburkan sedikit duit gaji bulanan untuk anak kan. so aku decide nak try juga. Kalau OK, aku akan teruskan dengan sesi-sesi seterusnya. lagipun tempat dia berdekatan je dengan rumah. 

Class untuk satu sessi hanya selama 2 jam. mengikut module masing2 dan peringkat umur.

Ok, nama saya Auf, saya 16bulan
Rakan sebaya

PARACHUTE AND BUBBLE PLAY
 

Dengan attend class macam ni, atleast weekends sekali sekala dapat dedahkan Auf dengan pembelajaran. 


berminat ? boleh klik http://tatehplaygroup.blogspot.com/.  sorry aku takde share eh. haha. aku hanya share dengan kawan-kawan. And sharing is always caringggg bebeh. 




:)

Friday, April 15, 2011

Korang memang rock!

 *aku lah tu yg paling over*
Ambil gambar ni sebab tengok ramai nau orang amik gambar camni , so nak test best ke tak. Cumanya, sakit pinggang woooo. haha!


Sahabat yang dah macam keluarga dah. Dah kenal hampir 12tahun. Tapi perangai over tu tak pernah berubah. Kadang kala aku rasa macam korang la tempat aku luahkan gembira, luahkan sengsara. Thanks sebab jadi part of my life. cewah!


Serius sayang korang.




:)

Thursday, April 14, 2011

Bahasa melambangkan bangsa

Satu petang lepas balik kerja aku bawa Auf ke taman permainan dekat dengan rumah. Auf macam biasa akan teruja gila bila lihat kanak2 lain berlari - bekejaran kesana sini. Yelah, seharian duduk rumah je kan.
Ada beberapa budak kecik dalam lingkungan umur 5-6tahun tengah bermain sambil berborak sama sendiri. tiba-tiba,

budak A: wehhhh...kau babi la pijak kasut aku ahh...
budak B: kau la babi... puki.
budak A berlari sambil jerit: banggangggg.



apa pendapat korang , kalau korang berada dalam situasi tu dengan masa sama anak korang yang tak tahu ape2, berada disitu terpingga2 dengan gelagat budak-budak disitu.

seriously aku tergamam.sebab aku macam tak aspek plak kan budak kecik tadika akan sebut macam tu. biasa budak dah sekolah rendah atau menengah. aku rasa macam terus takut. takut dengan perubahan masakini budak2 zaman sekarang.
Kesimpulannya disini, siapa yang perlu disalahkan. Kawan2 anak itu atau ibubapa? kita pon bukan ada sepanjang masa bersama anak bila anak berada dirumah asuhan. Aku berdoa agar anak bujang aku, auf..dan anak2 aku yang akan datang jangan mudah terpengaruh dengan benda2 sebegitu. Mungkin aku akan laksanakan tindakan 'cili mulut' jika terdesak. haha!
kerana mulut badan binasa. :)

dan

sebab tu aku selalu pesan suami aku, kalau maki dalam kereta berdepan dengan anak ketika dia memandu, jangan sebut perkataan kesat. Kerana takut nanti kuah akan tumpah pada nasi, atau bonda 'cili mulut' ayah kalau terdesak. 

renung-renungkan dan selamat beramal.

:)

Wednesday, April 13, 2011

Perkataan 'Ya Allah'


A'uf mikail ni memang pelik tau. Suka buat sesuatu perangai yang macam pelik tapi kelakar jugak dalam masa sama. Selalu kejadian kelakar tapi pelik tu berlaku dengan tiba-tiba.

Auf ni kan lasak kan. Jadi aku selalu lah dok membebel kat dia, pagi petang la aku bebel lagi-lagi kalau cuti umum tu ha. Dia kan suka sepah-sepahkan baju yang aku lipat la. baling ball dia keluar dari khemah dia, lepas tu rumah bersepah macam taska. Lepas tu datang mood tak baik dia mula la nak suruh dukung dia sambil tengok pocoyo. Tak larat mak noks.

So, aku ni selalu jugak lah macam marah2 manja kat Auf ni. Macam "heeppp, heppp" "no...nooooo!" tu adalah antara perkataan biasa yang aku gunakan. Dia? bukannya takut pon. Senyum saje bila kita marahkan dia. Sehingga satu hari tu  kami realize yang dia hanya takut kan satu perkataan iaitu "Ya, Allah" contohnya marah macam ni. " Ya Allah , aufff...kenapa kamu baling ni" dan dengan serta merta terus cebik mulut dan dia akan menangis. 

hairan bukan. 

Dan sehingga sekarang kami gunakan ia sebagai medium untuk memberitahu yang dia ade buat salah. Senang aje, sebutkan perkataan itu. At least ade juga benda yang dia takutkan.
Hahaha!







:)

Tuesday, April 12, 2011

Another kids on the block

Welcome Auf's new cousin. Ahmad. 
Parents dia blom lagi decide ahmad ape so far panggil ahmad aje.

So , this is ahmad



p/s: raya nanti bertambah lagi satu sampul angpau. hehehe.

:)

Monday, April 11, 2011

Cinta hingga hujung nyawa

Tiba-tiba aku rasa macam jiwang, rasa macam terfikir. bagaimana rumahtangga aku satu hari nanti. tatkala anak-anak sudah dewasa. tatkala masing-masing duduk berjauhan bila aku adalah berdua kembali dengan cikmok. tatkala kedutan di tangan, kaki dan muka mula menular. Tatkala langkah tidak lagi selaju wanita muda.

macamana ye?

Mungkinkah cikmok akan jalan berpimpin tangan lagi. berpeluk2 bahu. bergurau senda macam muda-muda dulu.atau shopping sambil tanya-tanya baju tu sesuai ke tak dengan aku ketika itu.

Macamana ye?
entry ni aku tulis sebab, gambar dibawah ini.


aku jumpa warga emas ini disatu shopping mall baru-baru ini. Si isteri agak tak mampu untuk berjalan mungkin sebab sudah tidak larat. si suami dalam lingkungan usia yang sama, memeluk erat isterinya berjalan sekitar shopping mall sambil cerita2. Muka isterinya memang nampak ceria. Mungkin gembira.

lalu aku tunjukkan kepada cikmok.

"you..cuba tengok nenek tu"

"mana" sambil menoleh.

"sweet kan?"

"hurmmm...."


"Nanti i dah tua, u nak tak jalan pegang tangan i ni lagi"



diam.



Yang penting aku harap, cinta kami hingga ke syurga!

:)

Friday, April 8, 2011

Suri qarissa

Suri qarissa 

Semalam melawat budak kecik ni dekat klang. Anak kawan aku masa kerja tempat lama dulu. Walaupun kami dah tak kerja satu tempat , tapi kami masih lagi berhubung.Suka bau baby, macam nyaman je bau dia. haha

Nama suri qarissa tu bagi aku macam comel, macam ayu gitu. hehe. Pandai ummi-abi nya pilih. pipi baby pon tembam aje. geram. Auf pon sama geram, dia siap meronta-ronta nak picit baby tu semalam. bersilat-silat aku menahan dia Auf yang beriya-iya nak picit baby. Siap panjat trolley suri ni ha. haih. Sorry la fara eh, anak ai ni lasak sikit. heee...

Apa-apa pun welcome suri, semoga menjadi anak yang solehah, pandai dan sihat. Kepada umminya, selamat berpantang, rasakanlah minum air kunyit . muahahahaha. dan kepada abi nya, take care ummi dan baby kau eh.


p/s: boleh plak aku lupa bawak camera. sebok siapkan bekalan Auf tertinggal camera. haha



:)

Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday _04


:)

Tuesday, April 5, 2011

T-shirt design for another blogger gath

Actually , memula macam serba salah pulak nak publish design sebab diaorang dah proceed untuk order. Tapi sebab my passion in design kan ,aku macam rasa tak best kalau aku tak joinkan diri dalam agenda ni. Harap takde la kes kecik hati ke ape kan. Its just for fun. Lagipun aku bukan lah pro mana pon. Bagi korang cuci mata. Ikhlas dari aku untuk kawan2 lain. :)

so ini antara design yang aku buat. Firstly aku nak cakap kenapa aku suka tshirt in black, satu sebab baby pakai cepat kotor lebih2 lagi anak aku, sehari 3-4helai baju tukar. Dan satu lagi boleh match dengan semua design.

Okay ini model tak berbayar. T_T


dan ini designnya



-sila right click untuk besarkan image-
Okay, itu saja, sekian terima kasih.
simple je kot.
p/s: hot blogger mom tu di cadangkan oleh puan hannah johary. :D



:)

Friday, April 1, 2011

Bukti Tom&Jerry pernah berkawan satu ketika dulu

Gambar-gambar dibawah adalah bukti kukuh yang tom&jerry pernah berkawan sebelum mereka sama-sama bergaduh. Semua dibawah adalah untuk hiburan semata-mata.


betul kan?
Sekian terima kasih


gambar-gambar berikut adalah hasil daripada adik saya . Aku tukang edit je la.
 Itu binatang peliharaan dia, bukan saya. hahaha. aku geli je dgn tikus tu.



:)