Thursday, February 17, 2011

Tips untuk anak yang susah makan ubat


Bukan semua budak-budak takut ubat. Serious. Ada yang suka macam makan gula-gula atau minum air bekarbonat je lagaknya. Tapi dalam kes anak bujang aku, ubat ibarat penyesaan jiwa dan raga, zahir dan batin baginya.
Pastinya ramai kawan2 yang menghadapi isu anak susah nak makan ubat ni, jadi rasanya boleh dikongsikan di sini tips dan cara untuk selesaikan masalah anak yang susah nak makan ubat. Lagi apabila anak telah pun pandai membezakan antara ubat & makanan. :)

Setelah digoogle dari interenet, ini antara tips yang aku jumpa & telah diaplikasikan kepada Auf :


  1. Gunakan pendekatan psikologi dengan cara memujuk dan menerangkan kepada si anak kenapa dia perlu makan ubat - ( terang la macamana pun dia bukannya faham lagi dan tetap terus menjerit)
  2. Ada juga cadangan supaya mencampurkan ubat dengan susu yang diminum oleh si anak tersebut - (lagi la , kang susu berubah warna lain lagi la dia taknak minum susu pulak)
  3. Guna taktik letakkan ubat bersama makanan kegemarannya, bila dia nampak makanan kesukaannya, pasti dia cepat nak makan ubat - (tak pernah try)
  4. Dalam kes-kes tertentu, langkah berjaga-jaga juga sediakan ubat yang boleh disumbat melalui dubur anak sekiranya demam yang dialami terlalu tinggi dan si anak pula susah nak makan ubat - (memang sentiasa spare ubat ni)
  5. Cara kekerasan. - (dimana cara ini lah yang paling berkesan pada aku sekarang, kepit dia bersama orang lain, donggakkan sikit masukkan ubat guna sringe sikit2.lepas habis tepuk2 tgn cakap good boy pelok2 dia. )
  
Ada cara lain ke yang korang guna?  Aku buntu T_T


p/s: pernah try masukkan dalam air vitagen :) Agak membantu jugaklah


:)

20 comments:

ummi said...

yaya...mslh kita sama la...
mas mmg buntu kalo rijal xsihat,tahan dia muntahkan balik ubat2 tu semua...ei....
ubat bontot tu mmg ade kat uma...wat spare...

lupe,plak..lama xtggl jejak..
mas

nanonano said...

same same :p
picit sket2 msuk molot. pastu ajak sembang2 mcm xde ape2. hahahha

Aishah Rahim said...

Setakat ni, Aishah pernah guna 2 dari beberapa cara kat atas. Pertama, masukkan ubat dalam susu. Tapi bila TERcakap kat nurse yang kita masuk ubat dalam susu, terus kena marah. Dia kata tak boleh sebab kalau baby tak habis minum susu, kuantiti ubat masuk dalam badan dah kurang.

Sekarang ni, guna cara kekerasan tu. Hahahahaha. Memang merajuk sakanlah dia lepas kasi makan ubat. Meraung macam kena pukul!

sharEna said...

gune kekerasan jugak ler.

guna syringe tue. budak tu dah meronta ronta. kene 2 org handle baru sempurna. kalo tak mmg dia sembur2 keluar balik. sabo jelah

pastu pujuk ar ckp good girl. pastu sonyap la dia sedu2 jer. tp mmg azab la nk bg mkn ubat nie. cam nk berperang gamaknye T__T

afni+hafiz=dani said...

yaya..dulu afni pun payah nak bagi dani mkn ubat.
then, hubby dpt idea, afni ribakan dani, then hubby pegang pipi dani bagi mulut dia muncung, then terus picit syringe, hold lama skit, smp baby telan ubat tu.. yaya try la kalo dpt membantu ok =)

@ MaMa ALyA @ said...

nurul rasa kebanyakan iu akan mengalami masalah ni..hihi.. yaya mmg super duper payah makan ubat... dia nampak jer mama dia kuarkan botol ubat mulalah start merengek..
bila start baring kan dia siap melonjak2 lagi sebab cobaan nak lepas kan diri.. huhu..

tapi mcm alya bila kena paksa sure dia akan muntah balik.. sebabnya mama dia selalu guna kekerasan secara paksaan..huhu..

Ann said...

Yaya, ms kaisya kecil dulu selalu bagi ubat melalui puting botol susu. memang berkesan. dia minum ubat tu mcm minum susu.


itu dulu lah.


sekarang ni guna kekerasan pun tak jalan. habis semua dimuntahkan. end up masuk ubat bontot je lah klu suhu dah tinggi sangat. kalau demam sikit je ann sapu air asam je bagi reda sikit.

m@Ri@ said...

kalau aqil ikut mood dia..kadang2 ok..selalu kena paksa je wak..sbb kalau masuk dlm cawan ke air ke sudu ke sumer tak jalan..so guna syringe pastu buat la mcm roket ke ape ke utk paksa die..atau buat die nangis so that die akan bukak mulut pastu sumbatkan dlm mulut die sikit2..huhu..

khemy said...

mana2 ubat di campur dengan benda lain memang tak jalan. doktor yg cakap. so jangan la campur ubat dengan susu ka, air oren ka, apa ka. sabar adalah separuh daripada iman. take time to pujuk and kalau tak, buat garang.

ps: anak adik saya bapak dia campur ubat dalam susu, sampai sekarang anak dia fobia taknak minum susu langsung sebab dia takut dalam susu ada ubat. so, berhati2 ibu2, fikir consequences dulu sebelum buat sesuatu.

xoxo
ibu beranak 3+1 (bakal) wakakaka

misha.w said...

sy juga menggunakan cara kekerasan. sbb itu adalah yg paling berkesan!
:)

zubir jamhari said...

pening kalau time anak sakit. cukup susah nak mkn ubat.

Ismariani said...

saya pun susah nk bg anak mkn ubat...selalunyer mmg gune kekerasan.tapi,ubat susah nk masuk sbb dia pnd luahkan@muntahkan balik ubat tu..kdg2 tu xtau nk wat cmner dh...ubat asik abis cmtu jer..

Anonymous said...

rse mmg susah n sdeh..kdg2 terpukul klu dh geram sgt pujuk xnkcre kekerasan xnk...
kdg2 mcm nk buang jer sumer ubat tu xnk ngok die skit kne jagal mkn ubat..
huwaaa..tolongla..anak ni dh la byk pnyakit xnk mkn ubat mcm mne..

Anonymous said...

Mcm anak sy pon susah gile mkn ubat.. Cara kekerasan pon da pernah try die pndai muntahkan balik geramp rs.. Pastu dpt idea ubat tu bubuh dlm eskrem vanilla ke coklat ke laju je die mkn .. Cubelah kot2 jadik ke

Anonymous said...

Anak saya demam panas sgt waktu mlm masa dia tengah tido so terpaksa la campur ubat demam dia dalam susu sebab kesian nak kejutkan dia and kalau kejutkan pun sure dia nangis and tak nk makan ubat.. dia minum sampai hbs tgh tido tak perasan agaknya ada ubat dlm susu tu.. cuma tak pasti cara macam tu boleh ke tak??? Tp apa yg penting ubat tu masuk dlm badan dia and lepas sejam dia mula berpeluh..

klmpvtaxi said...
This comment has been removed by the author.
ALyZa said...

Ngeh2 memang gune kekerasan....ini menggugel pon sbb lpas brprang bg ubat si hasya...kekonon nak carik la care klembutan alih2 samo yo carenye...

Anonymous said...

aritu gi specialist.anak dia pun susah mkn ubat.dia pun suruh kita org try masukkan ubat dlm ice cream.

Dayah Aziz said...

TQ admin good artikel.saya tahu betapa susahnya nak beri ubat pada anak sebab kadang2 dia tahu rasa ubat itu pahit tu belum lagi lihat pada gaya pemberontakan dan penolakan yang diterima buat anda jadi stres dan tak boleh nak buat apa. Jadi macam saya memerlukan extra bantuan dari suami memang lagi mudah nak beri. Tapi ini semua perkara biasa yang akan di alami sesiapa sahaja yang masih mempunyai anak kecil. Tak boleh elak tapi boleh handle.

Sya said...

Bby 9 bulan.... nk sumbat ubat blakang pun kalo dia panas sgt je. Demam2 biasa mmg ssh mkn ubat. Muntah abis. Letak dlm susu pun boleh kua blik. Letak dlm food pun dia leh rasa.. pening da xtau nk bg mcm ne.