Thursday, March 31, 2011

Saya juga bukan ibu yang cacat

Aku terpanggil nak buat entry pasal ni bila pagi2 terbaca pasal cerita INI di blog dan FB hannahjohary.



Mula-mula baca aku berasa geram, geram befikir yang ada juga hamba Allah yang akan berfikiran macam tu.Ramai ibu-ibu diluar sana yang melenting, geram, marah , bekecil hati bila statement itu dikeluarkan. Ada diantara mereka menjadi down, menyalahkan diri masing2 kerana tidak dapat memberi yang terbaik untuk anak mereka sedangkan mereka mengetahui tentang kebaikan susu yang dinamakan susu ibu itu. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak sendiri bukan?

Bagi pendapat aku, dia tidak berhak untuk berkatakan sedemikian. Dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kita, kita patut bersyukur dengan menyebut Alhamdullilah, bukan dengan mengdownkan orang lain, sehingga puluhan orang berasa kecil hati, tarik muka dan rasa rendah diri.

Aku adalah seorang ibu yang menyusukan anak. Aku bangga walaupun aku hanya berjaya fully selama 8bulan pertama dan meneruskan sebahagiannya sehingga sekarang. Aku turut lalui macam2 dugaan dalam menempuhnya. aku tak pernah kritik sahabat lain yang tak beri susu ibu, malah sama2 mendorong mereka dan keluarga aku yang cuba untuk menyusukan. kerana aku takut, satu hari nanti Allah tarik balik nikmat menyusukan anak lagi....aku takut. 

Bak ibarat, kerana mulut badan binasa.

Dalam kes rodziana tu. Dia dah minta maaf, tak apelah, tapi mungkin akan mengambil masa untuk ibu-ibu lain untuk melupakan tuduhan 'ibu cacat' yang dia berikan kepada mereka. Termasuk kepada aku yang memberikan separa FM kepada Auf. adakah aku juga cacat. Ini bukan dorongan namanya. 

Aku memang tabik la dekat  ibu yang menyusukan anak fully & bekerja. Aku rasa mereka hebat. Aku kagum dengan ibu yang boleh pam susu sampai 9oz penuh satu botol besar sedangkan aku hanya botol kecik diperlekehkan tapi tolonglah jangan sampai riak. Ingat, Allah tu maha kaya, diboleh tarik balik bila2 masa.

Kepada ibu yang tak dapat susukan anak , percayalah anda bukan cacat, cuma kurang bernasib baik. Mungkin nasib anda lebih baik kelak, siapa tahu kan? 

Dan kepada ibu yang dikurnia kan susu yang banyak itu, teruskan usaha murni anda, anda adalah hebat dan yang penting, besyukurlah kepadaNYA, jangan riak.



 p/s: mulut orang bukan boleh tutup pon

:)

13 comments:

mrsDudE said...

melampau sangat menggelarkan ibu takde susu tu cacat.. siapalah kita nak judge orang kan.. mungkin ibu tu ada masalah yang kita tak tahu.. dan bukan rezeki dia nak menyusukan anak dia.. come on, cetek sgt pemikiran orang tu..

LIP (^_^) said...

Setiap anak tu kan dilahirkan dgn rezeki memasing.if susu ibunya sedikit tuk anak itu maka maknanya setakat itulah rezeki yang diberi pd anak tu.xsemua wanita bernasib baik dpt hasilkan susu yg byk kan kan.yg penting sudah usaha n doa.

m@Ri@ said...

setiap anak ada rezeki dia masing2..maria dah cuba pam setiap 3jam pun kat ofis dan rumah..hasilnya tetap bbyk tu yaya..mungkin itu rezeki aqil..dan skrg bila preggy dan susu kering sendiri..maria percaya mungkin rezeki aqil hanya setakat tu..tp rsnya tak perlu lah gelar org lain itu cacat sbb tak bg susu badan..sblknya diorg kena promosikan susu badan tu dgn kaedah yg betul..cthnya memberi kata2 smgt utk pam dan sbgnya..bukan mengdownkan org..kan yaya..

yaya+frdz+auf said...

mrsdude: mmg wak, berfikir dulu baru la cakap.

LIP: Yup, usaha dan doa.

Maria: betul tu wak... kate nak sokong susu ibu, tapi downkan kawan2 buat pe.

Ummi M.I.M.S said...

setuju sangat..
bersyukur la dengan nikmat yang diberiNya.. jangan sampai ditarik balik sebab riak.. nauzubillah..

Ann said...

yaya, ann pun terkesan dgn kata2 dia. tp cool down bila dpt tahu dia dh minta maaf.


tapikan...


bila tgk entry minta maaf dia kat blog, arghhh amarah balik lah. x macam entry nk minta maaf ponnnnn.

xeea said...

Entri mintak maaf tu pun patut dia delete je. Umpama menambah garam pada luka yg ada.

lylieiqmal said...

kn ya...kecik hati tau lylie bc cm tuh...da la lylie nie ibu mgandung......hihihi..cuba la bg advise yg menjana minda sikit..hihihi..x pe la ya....bak kate ann kn...memula tuh da cool sikit hati..bc n3 minta maaf tuh..sakit hati plk dtg..bukan kecil hati da..hahahahah

afni+hafiz=dani said...

amat setuju dgn yaya =)

Unknown said...

kata2 dia mmg melampau
kemaafan yg dihulur pun tak kelihatan ikhlas
dan bak kata xeea, makin buat orang makin marah

dia mungkin terlampau taksub
teruja sampai lupa nak jaga sensitiviti org sekeliling

ღnFashyaღ said...

sedihla.. walaupun still BF anak, tetap sedih dgn statement yang dikeluarkan. :(

little miss kechik said...

since i cannot maki in your blog..wa re-blog ye.. macehh yayaa..
and for that lady..you are not forgiven!!

ddjfr said...

*datang menyibuk.

oh,ok.ni la perang antara ibu ibu ni yek.saya amik utk entry baru ye.thanx.