Aku terpanggil nak buat entry pasal  ni bila pagi2 terbaca pasal cerita INI di blog dan FB hannahjohary.
gambar crdt to http://qasfirdaus.blogspot.com/
Mula-mula  baca aku berasa geram, geram befikir yang ada juga hamba Allah yang akan  berfikiran macam tu.Ramai ibu-ibu diluar sana yang melenting, geram, marah ,  bekecil hati bila statement itu dikeluarkan. Ada diantara mereka menjadi down,  menyalahkan diri masing2 kerana tidak dapat memberi yang terbaik untuk anak  mereka sedangkan mereka mengetahui tentang kebaikan susu yang dinamakan susu ibu  itu. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak sendiri bukan?
Bagi pendapat aku, dia tidak berhak  untuk berkatakan sedemikian. Dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kita,  kita patut bersyukur dengan menyebut Alhamdullilah, bukan dengan mengdownkan  orang lain, sehingga puluhan orang berasa kecil hati, tarik muka dan rasa rendah  diri. 
Aku adalah seorang ibu yang  menyusukan anak. Aku bangga walaupun aku hanya berjaya fully selama 8bulan  pertama dan meneruskan sebahagiannya sehingga sekarang. Aku turut lalui macam2  dugaan dalam menempuhnya. aku tak pernah kritik sahabat lain yang tak beri susu  ibu, malah sama2 mendorong mereka dan keluarga aku yang cuba untuk menyusukan. kerana aku  takut, satu hari nanti Allah tarik balik nikmat menyusukan anak lagi....aku  takut. 
Bak ibarat, kerana mulut badan binasa. 
Dalam kes rodziana tu. Dia dah  minta maaf, tak apelah, tapi mungkin akan mengambil masa untuk ibu-ibu lain  untuk melupakan tuduhan 'ibu cacat' yang dia berikan kepada mereka. Termasuk  kepada aku yang memberikan separa FM kepada Auf. adakah aku juga  cacat. Ini bukan dorongan namanya.  
Aku memang tabik la dekat  ibu yang  menyusukan anak fully & bekerja. Aku rasa mereka hebat. Aku kagum dengan ibu  yang boleh pam susu sampai 9oz penuh satu botol besar sedangkan aku hanya botol  kecik diperlekehkan tapi tolonglah jangan sampai riak. Ingat, Allah tu maha  kaya, diboleh tarik balik bila2 masa.
Kepada ibu yang tak dapat susukan anak , percayalah anda bukan cacat, cuma kurang bernasib baik. Mungkin nasib anda lebih baik kelak, siapa tahu kan? 
Dan kepada ibu yang dikurnia kan susu yang banyak itu, teruskan usaha murni anda, anda adalah hebat dan yang penting, besyukurlah kepadaNYA, jangan riak.
 p/s: mulut orang bukan boleh tutup pon
:) 
.jpg)



 

 

13 comments:
melampau sangat menggelarkan ibu takde susu tu cacat.. siapalah kita nak judge orang kan.. mungkin ibu tu ada masalah yang kita tak tahu.. dan bukan rezeki dia nak menyusukan anak dia.. come on, cetek sgt pemikiran orang tu..
Setiap anak tu kan dilahirkan dgn rezeki memasing.if susu ibunya sedikit tuk anak itu maka maknanya setakat itulah rezeki yang diberi pd anak tu.xsemua wanita bernasib baik dpt hasilkan susu yg byk kan kan.yg penting sudah usaha n doa.
setiap anak ada rezeki dia masing2..maria dah cuba pam setiap 3jam pun kat ofis dan rumah..hasilnya tetap bbyk tu yaya..mungkin itu rezeki aqil..dan skrg bila preggy dan susu kering sendiri..maria percaya mungkin rezeki aqil hanya setakat tu..tp rsnya tak perlu lah gelar org lain itu cacat sbb tak bg susu badan..sblknya diorg kena promosikan susu badan tu dgn kaedah yg betul..cthnya memberi kata2 smgt utk pam dan sbgnya..bukan mengdownkan org..kan yaya..
mrsdude: mmg wak, berfikir dulu baru la cakap.
LIP: Yup, usaha dan doa.
Maria: betul tu wak... kate nak sokong susu ibu, tapi downkan kawan2 buat pe.
setuju sangat..
bersyukur la dengan nikmat yang diberiNya.. jangan sampai ditarik balik sebab riak.. nauzubillah..
yaya, ann pun terkesan dgn kata2 dia. tp cool down bila dpt tahu dia dh minta maaf.
tapikan...
bila tgk entry minta maaf dia kat blog, arghhh amarah balik lah. x macam entry nk minta maaf ponnnnn.
Entri mintak maaf tu pun patut dia delete je. Umpama menambah garam pada luka yg ada.
kn ya...kecik hati tau lylie bc cm tuh...da la lylie nie ibu mgandung......hihihi..cuba la bg advise yg menjana minda sikit..hihihi..x pe la ya....bak kate ann kn...memula tuh da cool sikit hati..bc n3 minta maaf tuh..sakit hati plk dtg..bukan kecil hati da..hahahahah
amat setuju dgn yaya =)
kata2 dia mmg melampau
kemaafan yg dihulur pun tak kelihatan ikhlas
dan bak kata xeea, makin buat orang makin marah
dia mungkin terlampau taksub
teruja sampai lupa nak jaga sensitiviti org sekeliling
sedihla.. walaupun still BF anak, tetap sedih dgn statement yang dikeluarkan. :(
since i cannot maki in your blog..wa re-blog ye.. macehh yayaa..
and for that lady..you are not forgiven!!
*datang menyibuk.
oh,ok.ni la perang antara ibu ibu ni yek.saya amik utk entry baru ye.thanx.
Post a Comment