Tuesday, May 3, 2011

Genting

Actually memula takde la beriya sangat kan plan nak pergi genting ni. Padahal kabel car genting bukan main dekat lagi dengan rumah ibu aku kan. Sebab selalunya nanti beriya-iya plan sekali tak jadi mak akan sentap lebih noks. haha!


Seperti biasa, bonda lah yang selalu lebih-lebih plan bagai. 

Disebabkan cuti 3 hari , fikir-fikir apelah aktiviti yang boleh dibuat dengan gaji belum masuk lagi. so pergi yang dekat-dekat je lah kan. Takyah fikir nak tido sana bagai, tidur rumah sendiri sudah. Cuma rasa nak spend time dengan Auf lebih sikit sebab seminggu dah asyik kerja je kan.

So pergilah kami bertiga ke genting. 


 Ini cabel car. Tiket naik benda ni satu hala adalah rm5. Masa naik benda Auf dengan Ayah behaved gila la diam keras, dan berpura-pura menikmati alam sekeliling. Tiba-tiba jadi pencinta alam. padahal cover line cuak.


 Okeh, tangan gebu tu milik Auf mikail. Cute but montoks.


Lepas masuk outdoor park tu kiteorang macam tak tahu nak buat ape. So , sebab plan adalah untuk jalan-jalan je lah kan, kami pon tawaf lah park tu sambil ambil-ambil gambar.

Bonda tgh mendukung anaknya yang manja


Ayah dengan Auf depan chocolate wonderland.



Dan aku rasa benda yang Auf excited dan happy the most adalah playground dia. Dia suka sangat sampai nangis-nangis tak mo balik. Padahal aku tengok biasa-biasa je. Haha. Mungkin sebab main di playground dengan cuaca sejuk adalah sangat best kot.


Total kitaorang berada digenting tu dalam 4 jam aje. lepas Auf tertido kepenatan kiteorang pun balik lah kebawah kan. Even 4jam rasa seronok dan gembira lagi-lagi bila spend time dengan anak dan suami. This is what i call quality time. :)


:)

15 comments:

nanonano said...

syoknye, auf dh smpai sane,
mika nk tggu bsr sket, dh bley main byk mainan kt sane bru nkg kot, huhu ;p

minatgiler said...

yaya, sabtu lepas berjaya tengok auf secara live kat kenduri linda. tapi tak berkesempatan nak tegur.. :)

yaya+frdz+auf said...

eh, awak pon pergi ke? nape tak tegur kite tak perasan ramai orang. huhu. awk kawan linda gak eh?

LIP (^_^) said...

Xkisah ke mana pun asal dpt bersama family kan..

minatgiler said...

a`ah.. member masa diploma.. kite sampai lambat sket. tgh makan nampak yaya pegi sign guestbook.. hehe..

yaya+frdz+auf said...

haha.. yeke. kebetulan pulak kan. kite time tu dah kepenatan jaga si Auf, lepas tu lepak then terus balik. :)

misha.w said...

gambar auf yg last tu bile tgk cairrrr lah

xeea said...

Tak aci. Dah sampai dulu. Huu

wardah @ fie shah said...

Kus semangat tgk cabel car tu. Gerun.. Cane nak pergi blogger gath ni? hukhuk

KAK RAINBOW said...

jadi juga yaya naik genting ye

Haqq dan Laeka said...

hemsemnya auf :)

m@Ri@ said...

auf feeling mcm dok oversea la bonda tu yg syok..hehe..

lylieiqmal said...

ya ari yg same memang plan nk g genting gk tau...tp iqmal duk risau coz takut alya semput coz sejuk..last2 bwk alya berendam n main lari2 kt padang...at de n..semput juga..kalau tidak..blh jumpe awk kn...hihihihi

yaya+frdz+auf said...

nurul: jadi nurul... kejap pon jadilah.

mak haqq: tengkiu wak

maria: tula..gembira sebab sejok

lylie: yeke? nape tak bgtahu kalau tak leh g sekali. :)

Unknown said...

4 jam ngan anak dan suami
mmg lah berbaloi2