Hari ni wednesday, tapi takde entry wordless sebab nak bagi penghargaan pada sesuatu. Iaitu lampu ini ,
Sejak traffic light ini ditukarkan kepada lampu-dua-hala, kehidupan aku macam ceria sikitlah kan. Kerana dialah aku boleh keluar rumah dalam pukul 8.15 pagi .
Kalau dulu pukul 8.00 pagi lagi aku dah start enjin kereta. Memang beza cuma 15minit, tapi bagi aku 15minit tulah masa berharga yang boleh aku luangkan pada Auf. Dan aku tak perlu bekejar-kejaran ke pejabat dan dalam 15minit tulah Auf berjaya mencomotkan baju aku dengan sarapan paginya.
aaAAaaahhhHHhhhh......indahnya!
p/s: aku pon tak tau kenapa aku tulis entry macam ni. haha!
No comments:
Post a Comment