Monday, March 21, 2011

Si pelengkap suami

Otak wanita memang sentiasa aware dengan benda remeh temeh. Susun atur rumah, warna cadar mesti macthing dengan sarung bantal, langsir mestilah warna sekata dengan warna dinding dan sebagainya.

Sebagai seorang wanita, kadang kala aku rasa macam kita ni terlalu banyak nak kena fikir. Kita bukan nya kerja menggunakan tenaga, tetapi kita akan cepat penat kerana kita terlalu banyak berfikir.

Aku tak kata yang si suami tak suka berfikir , cuma bezanya mereka akan berfikir dari segi2 yang besar2 sahaja seperti bagaimana menjana pendapat mereka untuk tanggung keluarga, contohnya. Dan si isteri pula kepanjangan berfikirnya adalah seperti memikirkan pakaian anak untuk bercuti 4hari 3 malam, berapa helai pampers yg perlu dibawa, apakah baju yang dibawa sesuai untuk cuaca yang mungkin akan berubah2 pada waktu percutian itu.

betul tak?



Ni ha, Sebab ditinggalkan dengan ayahnya, baju hijau seluar biru selambe ah ayah dia pakaikan. Hehe. Ayah malas fikir la tu. Kadang tengok rasa kelakar la pulak kan.

Disebabkan itu lah aku adalah pelengkap cikmok. :)

13 comments:

OneSimpleMother said...

sama ler dengan hasben kita ni yaya.. kalau dibiarkan ayahnya yang pilihkan baju memang sesuak hati dia jer sarung baju lain seluar lain.. hahaha

afni+hafiz=dani said...

haha..lelaki always be lelaki..haihh

KAK RAINBOW said...

betul tu lelaki mmg begitu kan? sama mcm saiful lah yay. kalau dia pakai kan baju raina dia main amik je. selalu tegur tp dia jawab asalkan pakai baju.

lagi satu bab kasut pun sama dia kata asalkan pakai. kalau kita ni fikir kasut mana yg sesuai dgn baju

Ri@nna said...

hahaha...husbnd rin pun sama..smpi skang, baju tido n baju gi jalan pun x dpt beza..sabor je aku.

Ann said...

Yaya, perkara vbiasa bila anak ditinggal dengan suami. baju lain seluar lain. tp asal anak berpakaian tu ah kira naiklah kan. hehehe

Unknown said...

hahahaha
org laki main sarung je
dia peduli apa
asal anak dia berbaju sudah

atas merah baju biru
apa dia kesah

m@Ri@ said...

betul tu yaya..isteri pelengkap suami..mcm andry pulak terbalik dgn maria..maria bedal je kdg2 tu bg aqil pakai tp andry akan pastikan anak dia pkai smart dn hensem..hehe..pelengkap kan?eh mcm sy lelaki andry perempuan..haha..

maszmadi said...

hm.. setuju..

yaya+frdz+auf said...

OneSimpleMother/afni/nurul : rupanya ramai suami yang mcm tu kan. cikmok pun jawab asal pakai baju. :)

rinn: sabo je la. haha

Ann/dayu/: belasah je la. hihi

maria: aik.. tapi itu lah dinamakan pelengkap. :)

masz: kan.. :)

abah dan mak haqq said...

bila ambil baju dalam gobok tu..
ambil yang paling atas sekali..
biar pun baju tu baru je lipat dan susun..

bila ditegur ambillah baju yang bawah ke tengah ke...
nanti bila ambil yang tengah..
dah terburai semua baju..

haish...
mana la bini dia tak membebel..
hehehehehe..

p/s : berdasarkan pengalaman kid :P

sharEna said...

hahaha..org lelaki mmg gitu. main belasah jer. but my habi quite teliti. kalah mak naurah..heheh =p

m@Ri@ said...

hahha..i like comment abah dan mak haqq tu..."bila amik bj amik bhgn atas je.."..sebiji mcm perangai maria..hahah..eh konfius jap apsl perangai aku cam lelaki..hhha

CuppyCakeMommy said...

sama babe.anak i pun kalau tinggal dgn daddy..mmg comot betul baju di sarung..dah lah tak match..

btw i ada educational toys for ur kid..do cokidout ya