Tuesday, January 18, 2011

Mummy Blogger 1st Gath

Ramai yang dah update pasal ni kan. :)


Ini versi aku pula :P



Ya, perjumpaan blogger yang dirancang oleh Nurul & Dayu dulu tu telah berjalan dengan lancar. Kiranya ramai juga lah yang berada disana, dan mungkin perjumpaan seterusnya akan dihadiri dengan lebih ramai lagi.

Pagi tu , rasanya aku lah orang terawal sampai.(tak tau zuris dtg awal , kalau tak leh lepak sekali) Disebabkan aku mempunyai suami yang SGT punctual , seawal 9:45am kami dah menjejakkan kaki di MV seumpama membuka kedai sendiri. T_T. Kami sempat berjalan2 diperkarangan MV sambil tinjau2 hiasan sempena tahun baru cina disana. 






Kemudian hannah sampai dengan mett & myiesha. Myiesha sangat comel pakai dress siap hairband. Auf pon tergamam. :) dan salam2 dan seperti biasa berborak2. Kemudian dari jauh nampak Nurul dengan raina. Padahal kami tak pernah berjumpa, tapi macam ada aura...ececeh.... terus senyum2 sapa-menyapa  sesama sendiri. 



Kemudian bagi can kanak2 ni main permainan ini. Raina & Auf punya la kongker mainan ni sebab dia dua orang yang agak dewasa. Turut serta , myiesha anak hannah dan kysha anak zuris. Sanbil2 ibu2 mereka berborak2 intro. Haha!

budak pandai senyum

Setelah hampir penat berborak diluar kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam megakidz sambil menunggu kawan2 yang lain. Lagipun, kanak2 dok berlari sana sini susah nak kawal... jadi kalau kat dalam tu atleast diaorang berada dalam zon selamat. (Zon selamat kepada mak dia yang dah penat mengejar)

Ini budak yang taknak pegang tangan , buat gaya jalan ala macho. T_T
berpelohh bonda kejar.

Pertama kali masuk kedalam Megakidz ni. Bagus betul cadangan Xeea, sebab bagi kanak2 takkan dorang nak melepak di cafe kot. So , tempat ni lah antara tempat bersosial mereka. Mereka boleh enjoy sepuas-puasnya disini dengan toys2 yang disediakan. Dengan bayaran rm14, anak anda boleh main sampai penat. Dan mungkin lepas2 ni, aku akan bawak Auf lagi ke sini untuk sesi melasakkan dirinya. :)


Bonda & Auf...... Xeea & Alfiy..... Mishawads & Raisya

Ade cerita sikit..dalam ramai2.xeea ni aku kenal dia sebab aku pernah baca blog ISU BUMPER KAWIN dia dulu masa aku baru2 kawin....Dia tak kenal aku pun sebab aku silent reader. cececewah... sekali terjumpa kat sini...malu2 i nak mengaku i peminat dia. hahahahha.... terus ajak amik gambar bersama.

Dan disini lah aku dapat juga berjumpa blogger2 lain macam reen&payin,fad&imaan & Azi&anak dia mya myiesha (betul ke eja camni) :) Dan i bet, para bapa/ayah/daddy pun rancak berborak sakan. And guess wat, cik mok kenal dengan sharil... suami zuris sebab sama kolej. Cuma tak pernah bertegur sapa sebelum ini. 

Yang buatkan aku terkilan adalah, aku ambil sikit gambar. damn! Kali kedua macam ni... dulu sekali masa birthday 2 alya's pon sama. sebabnya....ape lagi... aku dok sebok kejar mamat tu la... baru terlepas pandang sikit, dia dah tergolek,,,,baru start gossip je Auf dah lari nak keluar pintu...ayaiyaiii..... sorry ye kawan2.


Tapi takpe.... next time akan cuba snap lebih banyak picture. Dan cadangan Dayu nak buat Tshirt tu mmg best. Sebab sebelum gath ituhari, mmg ade borak dengan hannah tru YM cakap kite buat tshirt untuk kanak2 mesti cun punya. :)




 Sesi berkenalan
Alya anak lylie....Siap posing tuu... haha
 
 Kiteorang semua mummy blogger. :) *terharu*

 



Yang penting aku dan family enjoy satu hari tu. Auf lagi la , seronok dapat lepas macamtu.... dapat kenal2 kawan baru....dapat bersosial. Naik kereta tak sampai 2minit terus pejam mata. :) Dan mungkin lepas2 ini..dapat jumpa lebih ramai lagi mummy blogger yang lain. 

" Berkawan biar seribu" 






p/s: Entry ini ditaip selama 2hari sebab Auf duduk kt pangku depan lappy ni.... aku taip sepatah dia taip berpatah2.... nak jadi blogger boy la kot. :P








:)

12 comments:

misha.w said...

saye sokong part tshirt tuh! para daddy pon harus ade tshirt la kan?

~daRLee ZuRiS~ said...

kitorang pun lalu kat bawah tu dulu sblm naik atas.tp..tak jumpa.nak jumpa kat atas tu gak ek.
tulah.sharil pun ckp banyak sembang ngan hubby kamu.kat kolej tak tegur,last2 bersembang kat gathering anak bini lak.

auf cam raina lah.dah dapat kaki,memang tak duduk diam.hehee..
btw..zuris cilok gambar ye yaya ;)
and..nice meet u and auf.

sharEna said...

t-shirt utk kids & daddy. mommy xyah la sbb nak melaram lebih sket. hahaha..mcm tu pulak yer..huhuh..

suara yaya da pernah dengar. muka je blm pernah nmpk live. kire aci la tue..hahaha..

bg kids yg dh dpt kaki lagi syok main2 nih..cuma mak pak jenuh lebih la nk kejo..huhuh =p

FAD RMLN said...

1st time jumpe yaya i confius ni yaya yg mane psl rase mcm ramai blogger name yaya kot. pastu tgk auf rase mcm pernah tgk blog ni.

nanti jumpe lg occay~

Ann said...

ergh. jeles. jeles.


Auf nampak happy. may be sbb keliling ramai aweks. haha.

xeea said...

ye ke? ye ke?
ai ade peminat *pengsannnnn*

isu bumper kahwin tu mcm nak terkubur dah. sbb brides to be yg dulu active kat sana sume dah kahwin, dah ade life after marriage yg hebat. tak layan dah blog kawen2 nih. heee

ai suke la tshirt for babies tu. abah2 takyah la. mcm la dorang nak pakai, kan. cuma next time, mommies kena pakai tag nama + nama blog sekali. senang nak cam. hee

nih, ai recommend blog buat shirt baby mcm aih comel gila, okeh.


http://faramour.blogspot.com/

amacam? kiut kan?

Fahreen_Fredo™ said...

orang selalu lepak kat belog akak tau.. hehehe tapi jarang komen.. sebab kadang2 main login gitu jek.. baiklah lepas neh akan merajinkan diri jenguk2 lagi..

nice to meet u kakak:P

wardah @ fie shah said...

yaya, hope to see u at next gath, wah gitu. bile ni bile ni?

yaya+frdz+auf said...

shazz: daddy susah sikit kot....ai punya hubby xmo pakai nnt. huhu

zuris: tula...leh lak tak jumpa. hubby kite pon berborak sakan.. nice to meet u too....

sha: tula... terkejut je masa awk kol tu.

fad: okey..

Ann: dia happy sebab boleh lasak sepuas hati.

xeea: iyee...ai kan peminat u. kekekeke. tag nama tu yaya setuju.

reen: nice to meet u too...

wardah: jumpa nnt yeh.

Unknown said...

awakk!

auf bucuk dah jalan!!
alaaa hai..

m@Ri@ said...

wah auf ngorat..

abah dan mak haqq said...

wah wah Auf..
mentanglah dah laju je jalan..
habis semua tempat kamu redah ya.. :)

ehem Auf ni kacak la.. <3