Friday, January 28, 2011

Bila si kecil tumbuh gigi

Semua kanak-kanak akan mengalami proses tumbuh gigi. Tak kira lah awal atau lambat. Dan akibat dari proses ni , bayi selalu meragam , atau demam.

Auf pon sama...walaupun setakat umur dia setahun sebulan ni....gigi nya hanya 4 batang. tetapi dia tetap juga tak sedap badan. Dan habit yang aku perasan bila dia suka gigit2. Gigit tangan, gigit bantal....gigit bahu...dan gigit meja , tingkap kerusi semua2 la. T_T

Dan sekarang.... proses gigi ke-5 bahagian bawah untuk keluar. Seksa juga aku tengok dia dok tepuk2 mulut dia lepas tu menangis2... pelik. mungkin sakit la kot. Ada ape2 petua ke untuk tolong dia kurangkan sakit. Setakat ni aku bagi dia biskut untuk teething tu. :)

Bukan senang nak meningkat dewasa kan? :)


Friday, January 21, 2011

kisah si pejalan kaki

Alhamdullilah....

A'uf dah start menapak dari umur dia 1tahun 2minggu yang lalu....memula kami asyik la suruh try menapak dengan memegang kedua-dua belah tangan dia... lepas tu  bagi dia pakai jugalah push walker tu kan. Last2 dia sendiri lepas tangan , dan menapak kedepan. so aku rasa push walker tu ade sikit sebyk membantu la kot... kot la.

tengkorak berjalan. hehe

Lepas tu... dia kemaruk bejalan. 

Dari sofa ke TV... dari TV ke dapur. dari dapur ke bilik air la yang paling seram. Sebab dia terus je menuju ke baldi penuh berisi air. Dan disebabkan dia dah hafal setiap ceruk rumah, buat aku terfikir nak beli safety gates. Itu belum sesi terjun tiruk dari atas katil lagi.... mmg kamikaze lah.


Dan terbaru, 
dia nak turun berjalan setiap kali pakai kasut. dan taknak pegang tangan. berpeloh juga la bonda dia ni dok mengejar dia. Memang sangat meletihkan, tapi mungkin aku belum sampai tahap nak pakaikan dia beg ikat & tarik tu.






:)

Wednesday, January 19, 2011

Al-fatihah


Al-Fatihah untuk nenda ku.
Yang telah kembali kepada penciptanya semalam pukul 1.30pagi






:(



Tuesday, January 18, 2011

Mummy Blogger 1st Gath

Ramai yang dah update pasal ni kan. :)


Ini versi aku pula :P



Ya, perjumpaan blogger yang dirancang oleh Nurul & Dayu dulu tu telah berjalan dengan lancar. Kiranya ramai juga lah yang berada disana, dan mungkin perjumpaan seterusnya akan dihadiri dengan lebih ramai lagi.

Pagi tu , rasanya aku lah orang terawal sampai.(tak tau zuris dtg awal , kalau tak leh lepak sekali) Disebabkan aku mempunyai suami yang SGT punctual , seawal 9:45am kami dah menjejakkan kaki di MV seumpama membuka kedai sendiri. T_T. Kami sempat berjalan2 diperkarangan MV sambil tinjau2 hiasan sempena tahun baru cina disana. 






Kemudian hannah sampai dengan mett & myiesha. Myiesha sangat comel pakai dress siap hairband. Auf pon tergamam. :) dan salam2 dan seperti biasa berborak2. Kemudian dari jauh nampak Nurul dengan raina. Padahal kami tak pernah berjumpa, tapi macam ada aura...ececeh.... terus senyum2 sapa-menyapa  sesama sendiri. 



Kemudian bagi can kanak2 ni main permainan ini. Raina & Auf punya la kongker mainan ni sebab dia dua orang yang agak dewasa. Turut serta , myiesha anak hannah dan kysha anak zuris. Sanbil2 ibu2 mereka berborak2 intro. Haha!

budak pandai senyum

Setelah hampir penat berborak diluar kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam megakidz sambil menunggu kawan2 yang lain. Lagipun, kanak2 dok berlari sana sini susah nak kawal... jadi kalau kat dalam tu atleast diaorang berada dalam zon selamat. (Zon selamat kepada mak dia yang dah penat mengejar)

Ini budak yang taknak pegang tangan , buat gaya jalan ala macho. T_T
berpelohh bonda kejar.

Pertama kali masuk kedalam Megakidz ni. Bagus betul cadangan Xeea, sebab bagi kanak2 takkan dorang nak melepak di cafe kot. So , tempat ni lah antara tempat bersosial mereka. Mereka boleh enjoy sepuas-puasnya disini dengan toys2 yang disediakan. Dengan bayaran rm14, anak anda boleh main sampai penat. Dan mungkin lepas2 ni, aku akan bawak Auf lagi ke sini untuk sesi melasakkan dirinya. :)


Bonda & Auf...... Xeea & Alfiy..... Mishawads & Raisya

Ade cerita sikit..dalam ramai2.xeea ni aku kenal dia sebab aku pernah baca blog ISU BUMPER KAWIN dia dulu masa aku baru2 kawin....Dia tak kenal aku pun sebab aku silent reader. cececewah... sekali terjumpa kat sini...malu2 i nak mengaku i peminat dia. hahahahha.... terus ajak amik gambar bersama.

Dan disini lah aku dapat juga berjumpa blogger2 lain macam reen&payin,fad&imaan & Azi&anak dia mya myiesha (betul ke eja camni) :) Dan i bet, para bapa/ayah/daddy pun rancak berborak sakan. And guess wat, cik mok kenal dengan sharil... suami zuris sebab sama kolej. Cuma tak pernah bertegur sapa sebelum ini. 

Yang buatkan aku terkilan adalah, aku ambil sikit gambar. damn! Kali kedua macam ni... dulu sekali masa birthday 2 alya's pon sama. sebabnya....ape lagi... aku dok sebok kejar mamat tu la... baru terlepas pandang sikit, dia dah tergolek,,,,baru start gossip je Auf dah lari nak keluar pintu...ayaiyaiii..... sorry ye kawan2.


Tapi takpe.... next time akan cuba snap lebih banyak picture. Dan cadangan Dayu nak buat Tshirt tu mmg best. Sebab sebelum gath ituhari, mmg ade borak dengan hannah tru YM cakap kite buat tshirt untuk kanak2 mesti cun punya. :)




 Sesi berkenalan
Alya anak lylie....Siap posing tuu... haha
 
 Kiteorang semua mummy blogger. :) *terharu*

 



Yang penting aku dan family enjoy satu hari tu. Auf lagi la , seronok dapat lepas macamtu.... dapat kenal2 kawan baru....dapat bersosial. Naik kereta tak sampai 2minit terus pejam mata. :) Dan mungkin lepas2 ini..dapat jumpa lebih ramai lagi mummy blogger yang lain. 

" Berkawan biar seribu" 






p/s: Entry ini ditaip selama 2hari sebab Auf duduk kt pangku depan lappy ni.... aku taip sepatah dia taip berpatah2.... nak jadi blogger boy la kot. :P








:)

Monday, January 10, 2011

Penggunaan telefon bimbit

Pada zaman sekarang ni, ramai atau aku rasa boleh dikatakan semua kot dah ada telefon bimbit. Tak kira la tua ke muda ke , budak kecik darjah 1 pon dah ade handphone. Malah, mungkin lebih canggih dari kite2 ni kan. Tapi aku nak kongsikan katsini , betul ke handphone boleh menyebabkan penyakit pada kanak2.

Sebab benda ni bonda pernah dengar kawan2 bonda cerita yang ada budak kena sakit sebab dok main handphone. sejauh mana kebenarannya , bonda tak tahu lah kan. Ini apa sedikit yang bonda dapat dari internet.

Tulah.... bila baca rasa macam takut gak kan.Yelah, budak2 kecik sekarang pon dah kenal ape itu handphone. Macam si auf ni mana boleh berengang dengan handphone. sebab dalam handphone lah ade dibo dia, lagu hot-dog dance dia, untuk bagi dia diam dalam kereta pasang lagu dia dan kadang aku perdengarkan Asma-ul husna pon melalui handphone aku jugak. Itu belum lagi kol2 nenek atok dia lagi....

*pening fikir bisnes maju sgt T_T*



Apa yang pasti , semoga kite semua dijauhkan dari sebarang penyakit yang tidak diinginni... Aminnn....




:)

Friday, January 7, 2011

Genting - strawberry park

Benda dah lama , tapi nak cerita gak. huhu

Hari ni bonda nak cerita pasal strawberry park yang ada kat genting. Korang tau tak genting dah ade park ni ... dia tiru macam cameron.... aku pon tak pernah pegi sebelum ni...padahal ummi&tok auf kan duduk kat ulu yam, dekat gileee kot dengan genting.... tapi tu lah, walaupon kamiorang duduk ulu yam .... air terjun ulu yam tu dah berkurun kami tak p mandi.... dan genting yang sekangkang kera tu pon tak berzaman kot tak pergiii....bak kata pepatah, yang dekat tinggal2 kan...yang jauh rindu-rinduan...... eh, kena mengena ke?



OK,
personal opinion aku la kan.... takde la best sgt pon.... apa yang best adalah lepak situ minum2 dalam udara yang sejuk-mejuk....manyakkk syiokkkk woooo..... Auf pon macam diam2 je dalam stroller , sebab syiokkk sejuk2 ni... hehe. Kira tahap best dia aku boleh bagi 3/5 kot. hehe. alah, lagipun masuk pon free kan. Cuma kalau nak makan strawberry ke la bayar ye puan2.


Ok,
Selain dari tu ade jugak ais krim malaysia strawberry. yang ni aku tak sempat nak rasa. sebabnya aku ni sebenarnya alergik pada sejuk. haha. so mase kat sana sejukkan, jadi mmg takde la aku nak makan benda sejuk2 lagi kan. mau kena renjatan elektrik karang. haha. tapi tertahan2 gak la tgk aiskrim strawberry dorang tu...... Dan ape yg aku cuma makan adalah strawberry cecah coklat.... itu pun sebab nak perasaan ala-ala siti nurhaliza kan. =))


Dannn.... sebelum korang melangkah keluar dari farm tu... ade la bahagian2 jual2 kat sinun. Dimana dia ade jual tumbuh-tumbuhan seperti keladi, keledek yg fresh ..... sayur2...tomato.... baju-bajan dan macam2 lagi la.

Ok, jikalau ade sesape nak pegi jalan sejuk2 tapi dekat sikit,boleh lah try pergi kesini. Takde la jauh sgt kan. dan singgah la umah parent aku kat ulu yam tu...and mana tahu aku ada disana aku folo korang g atas sana...huhu.....





:)

Thursday, January 6, 2011

THE BLOGGERS GATHERING!


Untuk entry yang lebih panjang  sila pergi ke link ini HannahJohary



Place: Mid Valley Megamall - in front of Cosmic Bowl, Level 3.
Date: 16th January 2011 - Sunday.
Time: 10am.


Hahaha...tak tahan siap buat poster movie bagai. haha. gila semangat nih... Ni pun nama2 aku main petik je la kan. Sesape takde nama kat poster jangan la kecik hati dengan bonda ye. Hihi.  Kamu2 pon boleh datang, sebab bonda bukan organizernya pon. Hehe. Poster tu saje je poyo bonda buat untuk entry ni je. Hihi.

Ok. Bonda pun just tolong kawan2 promosi.
and insyaAllah bonda akan pergi jika tiada aral melintang.




:)

Wednesday, January 5, 2011

A'uf first taste of 100plus

Sila jangan cakap aku bonda kejam. Haha. Disebabkan dia asyik dok nangis je nak gak Air 100plus yg tgh aku minum.... aku pon bagi dia try sikit.... haha. Cecepat aku capai camera , try snap .




Hahaha! lawak gila. dia pelik kot rasa 100plus tu. :)



:)

Monday, January 3, 2011

010111 - Alya/alia birthday bash

Gila cepat hannah dah update blog beliau, aku takde time langsung bila mamat Auf asyik nak berkepit aje. huhuhu....


010111- Birthday my BFF eizatul . Pepagi lagi dah call dia kacau2 ... hihi.... lepas tu mandi siap2 kan Auf sebab bonda dah plan nak pergi birthday party baby Alia & alya. Text hannah cakap confirm nak jumpa kat masjid putrajaya sebab tempat tu je yang kiteorang familiar.Hannah siap text cakap nak makan mee rebus daddy dia.... aku pon dalam hati tertelan2 air liur terfikir mee rebus. Haha!

Actually gila gamble nak pegi rumah Ann dengan berbekalkan hanya tahu presint 18 , tapi tak tahu nombor rumah , tingkat berapa..... sekali terfikir nak log in Fb. terus cek pagi sharena , then naseb dia ade tinggalkan number phone , then dia msg number Aan.... fuhhh....memang takdir nak jumpakan kami kan? then kiteorg dapat cari rumah Aan. :)

Betul kate hannah, kami macam pernah berjumpa, Aan sambut dengan mesra, kami berborak sakan macam kawan lama. gelak2.... suap2 anak...kejar2 anak.... hehe. Yess, mamat auf mmg lasak. dia penyekkan nasi impit myiesha, nak cubit pipi birthday girl alia, tepuk dahi anak jue , alif...adoiai.... So bonda agak sibuk meng-kontrol anak bujangnya. hihi.

the cute babies
Alia , Qies , myiesha & A'uf

2 orang budak rambut curly . 
Myiesha punya rambut lebat ...gerammm.


Para bapa semua lepak2 diluar , mungkin diaorang pon enjoy citcat juga kan. :P lagi2 cikmok , sebab dia mmg suka borak and makannn.... hehe. Owh ya , jumpa bloggers jue kat sana , dan baru berkenalan di sana juga. :) so then we all bergambar ramai2 (acara wajib).

Me & A'uf , Hannah & myiesha , Ann & alia , Jue & Alif (pandang sape tu) hihi.

Then kami minta diri untuk ke rumah Nurul di sri kembangan. Tanya2 mett , naseb dia tahu jalan sri kembangan. Gila teror lalu celah2 semua then boleh cari rumah nurul. hahaha. *kagum* . :) we all hanya follow dari belakang.

Sampai sana dah petang sedikit , tapi kami tetap disambut mesra oleh nurul , walaupun nurul penat melayan tetamu dari pagi . Alya pon sedang tidur. penat rasanya dari pagi main2. Siap ada clown. Bonda bawak auf pegi dekat clown , then clown bagi Auf sword n myiesha dapat butterfly. :) This time kami suruh para ayah pegangkan anak2, then kami dapat makan laksaa. hehe. (sebab tadi ayah2 dah makan byk. hehe) dan sambung berborakkkk ....

 the mommies
bonda , mama & mummy

Bila tengok balik semua gambar pose sama je dukung anak. Haha! Then lepas tu kami pon bergerak untuk pulang. 



Seperti myiesha , A'uf pon terus tidur lepas masuk dalam kereta. tak sedar diri sampai ke rumah. haha. Penat betul bersosial hari tu. :) Ape2 pon kami rasa sgt fun that day. 

Mungkin lain kali kite akan buat date lagi...with more blogger's...and more photo. 



:)