Wednesday, March 7, 2012

Trip to Singapore - part 3

Jangan penat baca ye. sorry banyak sambungan sebab time ada masa je tulis cerita ni.

Okey. Dalam banyak2 theme dalam park ni, aku paling suka Far-far away. Sebabnya Macam cool gila ada castle dalam bandar. Best ! Cantik pulak tu.


Sebab dah sampai di castle far-far away ni, Jadi sempatlah ahkak singgah rumah pak shrek. Tapi malangnya pak shrek mmg takde kat rumah. Entah lah. Penat jugak kitaorang tunggu depan rumah dia. Last-last kiteorang beredar sebab dah bagi salam 3 kali. 


Okey dalam park shrek ni korang jangan lupa saksikan shrek 3D. Memang antara yang best jugak. korang kena pakai cermin mata 3D untuk dapat feel. Macam real je. 


Okeh , makanan pulak kat sini jangan risau. Ade je yang halal punya. Ade cop halal lagi. Harga pulak dalam 13SD gitulah untuk satu set. So tepuk dada tanya lah serasa tekak anda. Kalau rasa nak botol air canggih manggih, sila lah tambah duit lagi ye. Masa beli tu mesti rasa seronok, cer balik malaysia convert balik duit kita, menyumpah kau beli botol air je dah RM38 hengget. Beginilah lagi nasib traveller sponser macam kami ni. =(

Ha merchandise pulak. Macam-macam adoo. Kalau tengok memang lah meremang jugak bulu roma. Cantik kot. Sebagai wanita tipical bernafsu 9, menggigil jugak aku tahan diri dari membelanjakan Dollar yang ada ni. Sambil pilih2 , aku imagine macam tengah shopping dekat mydin mall. Range harga dalam $2.90 sampai la berpuluh2 kot. Cuma bagi aku lah,  tak semua barang unik. Semua biasa-biasa aje.



Tips : (untuk traveller sponser macam kami) Korang boleh beli barang kecil2 yang ada logo USS macam shopping bag tu dalam $3.90 , pen dalam $4.90 , kalau ada bajet lebih untuk kanak2 boleh beli tshirt start from $19.90 - $29.90. 

Silalah darap dengan 2.4 rate mase ni. Terus terfikir nak berjimat. 
 




 Nak belikan ni untuk Auf sebab auf suka robot. 
Tapi sebab mahal sangat untuk seketul botol air. 
Insaf T_T

Cantik. Tapi mahal jugak. Wuwuwuwu




Ride yang wajib naik (terbaekk)  :
-Galactica (aku tak naik pon ....gerunnn)
-transformer the ride 4D
-revenge of the mummy

Show yang wajib tengok :
-water world show
-shrek 3D
-Light , camera , action (terbaekk) 

Makanan halal jangan risau sebab ada makanan halal yang ada logo halal Majlis Ugama Islam Singpura (MUIS)


Tapilah kan bagi akulah, tempat ni kurang sesuai bawak anak kecil sebabnya anak kurang gila permainan yang berunsurkan budak kecil kecuali dekat madagascar tu je, Yang lain semua orang dewasa. Kecuali tujuan korang nak jalan2 ambil gambar je setelah bayar RM170. wuwuwuwu. 


Sekian terima kasih.

2 comments:

lylieiqmal said...

hahaha...yaya da part 3 da eh..sy part 1 pn x draft lagi! betul kan. budak2 yang x tgk katun lagi x sesuai. kite je yang xcited!

g hong kong la ya..blh g disneyland. Mesti Budak2 suka kot. Jom plan! hihihi...

Unknown said...

hah rm170?okay tunggu aqil masuk sekolah menengah la..hehe..