Friday, March 2, 2012

Trip to Singapore - part 2

Terus cerita part menarik je la eh... okeh part ni part masuk USS sebab nak beli product sample and tangkap gambar untuk bos. Kira macam diaorang nak kasi kiteorang feel ala-ala hollywood gitulah. so setiap sudut kena ambil gmbar okeh.

owh sebelum tu aku tukar kasut kepada sandal. Yelah, memula tu kan aku pakai kasut justin bieber aku tuh. muahahahaha. Mak budak pon nak ranggi okehh.


Okeh. jangan gelak...jangan gelakk....

Dah dalam USS masuk je rasa macam satu fenomena baru. Haha. Rasa cool gila deco dia. Artistic abislah. Jalanraya pon dia buat macam style hollywood street gitu. Ada feel la. So macamana kiteorang nak apply dalam design kiteorang nanti. Nak kasi orang lain rasa feel yang sama. Hahaha. Over! 





Masuk-masuk je dah jumpa karektor ni. Terus beratur ambil gambar. Kat sini , kalau ko nak ambil gambar je kena beratur. Bukan main serbu macam kita jumpa artis kat klcc gitu. ehh...ehh....:P

Lepas tu jalan lagi. Dan lagi. Sambil ambil gambar. Cuaca dah la panas membahang. Memang berpeluh lah aku ni kan. Naseb baik pakai baju loose.


Tips : Pakai baju mudah serap peluh, sebab serius panas. Dan pakai kasut/sandel yang paling selesa untuk u all jalan sebab memang kat dalam ni kita akan jalan sampai sakit kaki. 


Okeh , dalam USS ni ade beberapa bahagian tau. The lost world. far-far away. madagascar.egypt.Sci-fi city. Hollywood dan new york. Sebelum masuk ambil map untuk memudahkan korang tengok2 apa-apa yang menarik didalam sebelum memulakan perjalanan. :) Kat sini selalunya karakter aku muncul secara tiba-tiba , korang kenalah alert kalau diaorang keluar. rugilah kalau tak ambil gambar kan.



cer korang tgk gmbr ni. bukak tangan aku je buat gitu.jari kaki aku pon terangkat sekali. adakah ini menunjukkan aku ada kuasa istimewa. 


Kedai merchandise kat dalam ni memang bersepah lah. Dan dekat situlah juga kiteorang beli product sample. Dan juga beli lah sikit2 untuk anak dan suami dirumah. Huhu. Sungguh malang kerana dah le pegi dalam keadaaan belum gaji. Berkira-kira aku nak membelinya. Haha. Kang tak cukup duit nak makan pulak ye. Ini lah naseb traveller sponser macam kiteorang nih. ;P


Tips: Tetiap satu section semua ada merchandise shop dia. Tapi bagi aku korang jangan beli terus , jalan puas-puas dulu last baru pergi beli souvenir tu sebelum balik.

Dekat sini memang banyak gila lah ride's yang boleh korang naik. Tapi tulah, sebab aku datang dengan rakan sekerja, jadi boleh dapatlah merasa naik roller coster bagai. Sebab kalau ada Auf, for sure aku kena naik merry-go-round. Hehehe. Aku penggemar roller coaster okeyy. 


Tapi dalam banyak-banyak, roller coaster ini lah yang aku 50-50 nak naik. Sebab , aku rasa was-was tahap hormon  Adrenaline aku boleh terima ke tidak.


Tapi yang best selain diatas adalah the mummy ride dan transformer ride. Gila best. Korang kalau pergi jangan tak naik tau. Kawan aku sorang terus pening2 lepas turun the mummy ride sebab dia kena tipu, dia ingat ride tu untuk kanak-kanak punya. :) Semestinya terbaekkkk! 


Ok.Jangan hairan baju aku kejap lain kejap lain. Hotel aku dekat maaa... So boleh keluar balik mandi dulu lepas tu masuk balik sini. Hahaha. Aci wehh.... cuma kalau korang nak keluar dan masuk balik, kena cop tangan korang dulu dengan cop lutsinar. Cop lutsinar tu tak nampak kesan apa-apa keatas kulit anda , tapi bila dia scan dengan lampu terus nampak ada tulis . seriusss.....


.....bersambung lagi.....

3 comments:

Unknown said...

kah kah..part jari kaki tu takleh tahan...

ni kalau auf tgk mst jeles..bonda tinggal dia g jumpa kungfu panda..hehe..

wardah @ fie shah said...

Jari kaki Yaya ada kuasa? Wowwwwww!!!

Lin Chalo said...

Memang best lah USS.... rasa nak repeat lagi.... budak-budak suka, mak bapak budak pun suka.... hihi.....