Actually memula takde la beriya sangat kan plan nak pergi genting ni. Padahal kabel car genting bukan main dekat lagi dengan rumah ibu aku kan. Sebab selalunya nanti beriya-iya plan sekali tak jadi mak akan sentap lebih noks. haha!
Seperti biasa, bonda lah yang selalu lebih-lebih plan bagai.
Disebabkan cuti 3 hari , fikir-fikir apelah aktiviti yang boleh dibuat dengan gaji belum masuk lagi. so pergi yang dekat-dekat je lah kan. Takyah fikir nak tido sana bagai, tidur rumah sendiri sudah. Cuma rasa nak spend time dengan Auf lebih sikit sebab seminggu dah asyik kerja je kan.
So pergilah kami bertiga ke genting.
Ini cabel car. Tiket naik benda ni satu hala adalah rm5. Masa naik benda Auf dengan Ayah behaved gila la diam keras, dan berpura-pura menikmati alam sekeliling. Tiba-tiba jadi pencinta alam. padahal cover line cuak.
Okeh, tangan gebu tu milik Auf mikail. Cute but montoks.
Lepas masuk outdoor park tu kiteorang macam tak tahu nak buat ape. So , sebab plan adalah untuk jalan-jalan je lah kan, kami pon tawaf lah park tu sambil ambil-ambil gambar.
Bonda tgh mendukung anaknya yang manja
Ayah dengan Auf depan chocolate wonderland.
Dan aku rasa benda yang Auf excited dan happy the most adalah playground dia. Dia suka sangat sampai nangis-nangis tak mo balik. Padahal aku tengok biasa-biasa je. Haha. Mungkin sebab main di playground dengan cuaca sejuk adalah sangat best kot.
Total kitaorang berada digenting tu dalam 4 jam aje. lepas Auf tertido kepenatan kiteorang pun balik lah kebawah kan. Even 4jam rasa seronok dan gembira lagi-lagi bila spend time dengan anak dan suami. This is what i call quality time. :)
:)