Aku terpanggil nak buat entry pasal ni bila pagi2 terbaca pasal cerita INI di blog dan FB hannahjohary.
gambar crdt to http://qasfirdaus.blogspot.com/
Mula-mula baca aku berasa geram, geram befikir yang ada juga hamba Allah yang akan berfikiran macam tu.Ramai ibu-ibu diluar sana yang melenting, geram, marah , bekecil hati bila statement itu dikeluarkan. Ada diantara mereka menjadi down, menyalahkan diri masing2 kerana tidak dapat memberi yang terbaik untuk anak mereka sedangkan mereka mengetahui tentang kebaikan susu yang dinamakan susu ibu itu. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak sendiri bukan?
Bagi pendapat aku, dia tidak berhak untuk berkatakan sedemikian. Dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kita, kita patut bersyukur dengan menyebut Alhamdullilah, bukan dengan mengdownkan orang lain, sehingga puluhan orang berasa kecil hati, tarik muka dan rasa rendah diri.
Aku adalah seorang ibu yang menyusukan anak. Aku bangga walaupun aku hanya berjaya fully selama 8bulan pertama dan meneruskan sebahagiannya sehingga sekarang. Aku turut lalui macam2 dugaan dalam menempuhnya. aku tak pernah kritik sahabat lain yang tak beri susu ibu, malah sama2 mendorong mereka dan keluarga aku yang cuba untuk menyusukan. kerana aku takut, satu hari nanti Allah tarik balik nikmat menyusukan anak lagi....aku takut.
Bak ibarat, kerana mulut badan binasa.
Dalam kes rodziana tu. Dia dah minta maaf, tak apelah, tapi mungkin akan mengambil masa untuk ibu-ibu lain untuk melupakan tuduhan 'ibu cacat' yang dia berikan kepada mereka. Termasuk kepada aku yang memberikan separa FM kepada Auf. adakah aku juga cacat. Ini bukan dorongan namanya.
Aku memang tabik la dekat ibu yang menyusukan anak fully & bekerja. Aku rasa mereka hebat. Aku kagum dengan ibu yang boleh pam susu sampai 9oz penuh satu botol besar sedangkan aku hanya botol kecik diperlekehkan tapi tolonglah jangan sampai riak. Ingat, Allah tu maha kaya, diboleh tarik balik bila2 masa.
Kepada ibu yang tak dapat susukan anak , percayalah anda bukan cacat, cuma kurang bernasib baik. Mungkin nasib anda lebih baik kelak, siapa tahu kan?
Dan kepada ibu yang dikurnia kan susu yang banyak itu, teruskan usaha murni anda, anda adalah hebat dan yang penting, besyukurlah kepadaNYA, jangan riak.
p/s: mulut orang bukan boleh tutup pon
:)