Wednesday, December 28, 2011

My Homemade popcorn

Aku takde la suka popcorn sangat kan. Sebab bila makan tu rasa nak tersedak pon ade. haha. Tapi hari tu balik kampung hubby, cousin dia ade cerita pasal buat popcorn kat rumah. Senang aje dia kate. Sambil dia cerita step by step tu aku pon hafal lah didalam minda kan. Macam malu pulak nak amik kertas dan tulis. Hehehe.... dasar malu tak bertempat pulak. :P

Dan sekarang ni kan dok sebok orang nak makan garrets popcorn tu kan sampai beratur panjang.

And.... ni aku nak share ngan korang....

1) Baca bismillah dulu ye.

2) cari bahan-bahan di hyper market terdekat.

-jagung kering
-brown sugar
-minyak sayuran / minyak jagung
-butter
-susu pekat



Okay...cara nak buat dia senang aje dong. Kena asing-asing tau nak buat popcorn tu dulu then baru buat dia punya caramel.


1) panaskan minyak jagung tu sampai betul2 panas. Aku guna periuk yang tak lekat punya, guna kuali pon boleh kot tapi nanti bawah2 dia senang hangit.


2)  Dah cukup panas. (jangan lah sampai hangit pulak) , ko masukkanlah jagung kering tadi kedalam periuk tersebut. tunggu macam ade bunyi goreng gitu, tutup dengan cover. Lagi satu best sebab cover periuk aku ni transparent , so senang aku nak pastikan popcorn dah meletup gitu. :)

3) Biar sampai dengar bunyi letupan didalam periuk. Hehe. Letupan manja je pun. Jangan bukak sebab nanti terpelanting ke muka korang. Hahaha. Auf suka part letup2 ni. Lepas tu sebok jerit "atuuutt...atutt" (translate as : takut! takut!) Hahaha.

4) Bila tak agak xde letupan berlaku maksudnya semua jagung itu dah menjadi popcorn lah. Disarankan agar jangan masukkan byk sangat jagung sebab segengam je dah boleh jadi banyakkkkk gilos! percayalah. Aku guna satu mangkuk ikea auf tu kan. Dapat banyak ni...


5) haaa...hambik kau. Tapi boleh tahan 3 hari  je kot dalam bekas kedap udara. Kalau rasa nak makan lagi , buat lagi lain kali.





ok , sekrang step buat caramel dia pulak. Resepi aku beger2 sendiri je ni tau. hahaha. Sebab aku tak pasti macamana nak buat yang sebenarnya.


1) meltkan butter , satu senduk. banyak takpe.
2) Masukkan brown sugar. Kacau . Api kecil. selalu kacau macam buat air gula nanti kang kering melekat pulak.
3) satu sudu susu pekat nak kasi lemak. cewah
4) air sikit. tunggu sampai macam berbuih2 gitu. masukkan popcorn tadi gaul rata kasi semua kena gula tu. Kena cepat2.
5) tutup api dan biarkan kat luar seketika sampai dia macam sejuk sikit. Masa panas tu gula masih melekat2 lagi.
6) Dah sejuk sikit masukkan dalam bekas kedap udara. Dan boleh makan dengan bergaya.


Ade video tapi takleh nak transfer pulak. Ok sekian.

p/s: aku rasa nak buh madu pon ok. Tapi takde, belasah je lah ape yang ade. 


5 comments:

nanonano said...

ok now dah terliur,
maybe boley letak pewarna skit bg kalerful mcm yg jual kt psr mlm tu eh, ehhe
tp mcm xde je periuk comel cmtu T__T

Hany said...

mabeles... dah lama mengidam garrets popcorn. ada kwn ckp kat singapore ada jual.. tp kena beratur panjang giler.
kredit to yaya...
nak try gak.. sbb dah terliur mcm NA

LIP (^_^) said...

I akan try buat ni..tq yaya..

afni+hafiz=dani said...

waaa da terliur plak tengok popcorn ni. nak buat la nanti. tq ya!

Asue said...

sedapnyaa..i loike popcornsss..nak try buat la nnt..tq yaya 4 d resepi..:D