Monday, December 19, 2011

Minggu Riadah - Larian Kitar Semula

Semalam, ahad kiteorang join satu larian kitar semula kat putrajaya. Kalau korang perasan, dekat hotfm selalu lah ade dia iklankan pasal larian ni. So sebab aku ni kerja kilang plastics, so kiteorang disuruh hantar wakil secara volunteer lah. Sebab ape volunteer, sebab kiteorang hanya buat larian amal je takde dapat hadiah pon. :)

So disebabkan selalunya hujung minggu hanya ada aktiviti makan-makan , jalan-jalan, jadi kiteorang cuba nak buat aktiviti sehat pulak. So hangkut sekali lah cikmok dan auf untuk join. Tapi sayang, auf tshirt takde size dia. hehe. Hangkut sekali plastics bottle mineral , surat khabar lama , tin minuman...semua untuk recycle.

Sesudah subuh kami sampai. Nampak tak masih gelap lagi tu. 
Auf mamai-mamai tu kami hangkut sekali. hehe


Seluar putih tu bos. :)

 Peserta Company yang terkenit. :P

Actually larian ni terbuka pada semua orang awam, register then dapat tshirt putih sehelai, sijil penyertaan dan beg kitar semula. Dan yang penting dapat riadah bersama keluarga dan kesihatan. :)
Semangat kannn A'uf....

Ade 7KM dengan 3KM, kiteorang 3Km je pun..itu pon dah longlai badan. hahaha. banyak berjalan dari berjogging. padahal dulu main hoki kat sekolah selamber kot 2-3round padang sekolah tu.... Haih la. Mana pergi stamina ku yang dulu tu. hahahaha.

A'uf tak aci...mintak pertolongan Ayah je. :P


Tapi lepas tu kiteorang pergi makan. Lepas elok-elok bakar lemak, kami tambah balik lemak yang terbakar tu balik. T_T

Apa-apa pun rasa seronok lah jugak ada aktiviti yang berlainan sekali sekala. Selain dapat berkumpul dengan kawan-kawan dan family. Tak kesahlah tak dapat medal pun larian semalam tu , tapi seronok happy-happy dengan kawan-kawan dan keluarga. Auf pon dapat pendedahan pengalaman baru dia. Yelah dia pon macam teruja nak lari sampai batuk-batuk (kan dia cepat penat) , sebab tengok ade orang lain penuh semangat keliling dia. :)

Nak jugak amalkan posing cekik (cekak) pinggang supaya nampak slim shady.


:)

2 comments:

misha.w said...

comelnya Auf lari! hahaha..

btw yaya, awk nye kampeni mmg sgt environmental frenly. bangga kita sebagai seorg yg memperjuangkan health,safety & env ni. sentimental jap.:)

aLyNnZ said...

hikhik..budak2 lau bab lari mmg suker sesgt..lagi2 lau hero mmg lari jew keje nyer dlm umah yg sempit pun dorang terbayang taman tasik ygsgt luas utk jog..haha..