Sunday, December 25, 2011

Happy Birthday Anak bonda!

Today Auf dah 2 years old. Masa bonda type ni, baru lepas subuh.... awak pon dah bangun terus lari pergi ruang tamu checking on motorbike yang nekma&atok belikan semalam. Sebok betul tanya tau.

Auf ,
bonda sayang auf tau. jadi anak yang soleh. belajar pandai-pandai, jangan risau pasal pinjaman semua bonda dan ayah setiap bulan kumpul duit belajar auf. semua sebab taknak auf susah2 apply pinjaman satu hari nanti. Syiling yang ayah and bonda kumpul hari-hari tu pon untuk tabung belajar auf tau.

Auf,
hari ni juga, genap 2 tahun bonda susukan auf. *sob* , Alhamdullilah.... tercapai jugak cita-cita bonda walau tak dapat fully sampai dua tahun. Tapi bonda tak menyesal sebab bonda cuba sedaya upaya bonda. Serius bonda cakap, kalau tak tabah 'hati' mesti susah. Bukan semua orang faham ibu menyusu ni... kata-kata orang sekeliling lagi. semua tu kuatkan hati bonda sebab bonda tahu, semua tu ada ganjarannya. Dan susukan anak tu bukan satu kesalahan malah pahala yang DIA janjikan. :)

Auf,
bonda ingat nak belikan auf books leapfrog tu kan... tapi bonda asyik terlupa sebab bz sgt. sorry ye sayang. tapi takpe kan, auf pon dah cukup happy atoknenek beli motor la, mamaina&papa jai auf beli F1 car la kan. Toys pon dah belambak kat depan mcm toy'r'us dah rumah kite. dah la rumah sempit. hehe. nanti bonda dengan ayah bawak auf pergi jalan makan angin je la ye.

Auf,
ape-ape pon bonda nak auf tahu.... nanti satu hari auf dah boleh baca ape yang bonda tulis ni. Bonda dengan ayah sayang auf sangat tau. kalau tak caya , tengok muka ayah kalau auf jatuh sakit... hehe. ayah mesti gelabah ayam punya lah. bonda ni walaupun cool. *hehehe* tapi jauh disudut hati bonda, hanya Allah yang tahu. Kalau boleh, bonda taknak Auf sakit macam dulu lagi. Sooo....jangan nak lari-lari sangat ok. hehehe.


-bonda-

5 comments:

LIP (^_^) said...

Happy 2nd birthday good boy!!

NURUL JAMIAN said...

hepi besday auf oh baru nurul tahu rupanya auf ni sebaya raina ye lahir thn 2009. nurul cuma beza dlm bbrp minggu lbh je dgn raina. raina pertghan november. auf pertgahan december.

semoga jadi anak yg soleh ye auf

Xeea said...

Happy 2nd year, Auf!

Semoga Auf membesar jadi anak yang soleh & handsome selalu :)



p/s : Menitik2 air mata kite baca entri pasal Auf sakit dulu tu. Semoga Auf terus dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

Ann said...

Happy Birthday handsome!

Semoga awak terus sihat yer sayang..

:)

aLyNnZ said...

Ala yaya mana pic besday boy..? lama x tgk handsome boy tuu..