Tuesday, December 20, 2011

Hampir ke 2 tahun

Hari ni 20 Disember 2011, lagi 5 hari je nak birthday budak busuk bonda A'uf mikail. Semalam tetiba rasa touching pulak bila tengok balik gambar2 lama Auf. Dari Auf tembam macam apam, sampai la kurus tinggi panjang sekarang ni ha. Dari gambar Auf pipi bulat ketak-ketak, sehingga Auf jatuh sakit satu ketika dulu , hingga Auf kembali aktif macam biasa. Semua tu bonda masih ingat lagi. Segar dalam ingatan bonda tau....tau....



Auf sekarang ni kan gila cars, bila pergi tesco ke giant ke terus ha meluru ke tempat mainan cars. Dia tak ambil yang besar2 tu...dia ambil yang kecil2 tu. Tapi sekali ambil 2-3bijik tauuu. Naseb lah rm2.90 je sebijik. Kalau kumpul-kumpul ade juga dekat 20bijik car berlainan jenis campur atuk dia belikan sekali. Kadang kala rasa rindu sebab bila pergi kerja, bukak beg, tengok ade cars dia dalam beg bonda, dalam kereta pon ada sebijik dua. :)

Dia suke imagine macam traffic jem camni kat rumah. :)

Auf mudah mesra dengan orang. Cuma memilih sikit. Dia tengok jugak siapa.Ada orang kate dia ni memilih yang cun aje baru nak mesra. Ehh...itu bukan aku yang ajar ok. Hahahhaa. entah la kenapa. Tapi adik aku tak berapa cun dia mesra je kot. muahahahaha.

Auf Suka ambil gambar dan suka kalau gambar dia diambil. tapi kalau photografer nya bonda. Dengan orang lain tak berapa mesra lagi. Sikit-sikit je la. Tapi kalau dengan bonda suruh buat muncung pon layan je.

Gambar ni Auf ambil guna handphone, 
Boleh perbaiki lagi dari segi ketepatan fokus T_T

Paling tak tahan, dia suka buat muka lawak depan orang supaya orang anggap dia macam ade sense of humor la kot kan. Ini pon bukan aku yang ajar ok.


Kadang sampai satu tahap bila dia buat perangai , agak geram jugaklah aku kan. rasa nak cubit je. Tapi tak sampai hati kan. Aku tinggi suara jugak lah, tapi dengan aku ni dia kurang takut adelah. Adekah aku ni 'comel' sangat sampai dia tak takut hah? hah?

Budak ni memang tau. dah la cucu first kat dua-dua belah, sana sini orang sayang dia. Nak ape je dapat. Serius bertuah. Hai lah. Atok2 nenek2 dia layan dia lebih dari layan aku & cikmok kot mase dulu.. Nak ape je dapat. Sebab dia suka game, atok belah sini belikan galaxy tab.... Dia suka cars dan motorbike atok belah sana pulak belikan motobike BMW. Kalau kiteorang mase kecik dulu, berzikir lah kau tak dilayan punya. Hahaha. Betullah kate orang, kasih pada anak lain rasanya, kasih pada cucu pon lain juga. Kite belom lalui, so belum tahu kan.


Ape pun dia lah peneman bonda sentiasa. Kalau aku stay up malam buat kerja, dia terbangun. aku akan bawak dia masuk bilik kerja aku nens kan dia kat situ. Kalau dia terjaga time tu, dia lah tolong cek printer aku tu. Tidur pon bawah ketiak bonda. Ayah masuk ward pon, kami berkampung sama-sama kat hospital. Buat masa ni , tak pernah lagi tidur berasingan. Dan bonda tak dapat bayangkan sedihnya bonda kalau terpaksa berpisah tidur dengan Auf. Entahlah....



Itu je bonda nak cerita. nanti sambung lagi lain kali.


:)

7 comments:

Daleela said...

ke ko dah tak sabar nak bercucu babe... hehehe demok nye masa kecik kan? geram..

lylieiqmal said...

alahai ya...beza nya auf dulu..mkin lame mkin hensem x pe la kn....iskh2 best nye tdo peluk2 bwh ketiak.....

sy x penah pn tdokn ank2 saye bwh ketiak.....coz takut diorang x blh tdo sendiri mase sy out station.....wlpn sayang sgt..kena kebalkan juga diri tdo jejauh.

ddjfr said...

comelnya auf tidoooo.*pic last*

LIP (^_^) said...

Yay!!auf nak sambut 2nd birthday tak lama lg.. :)

Qaseh Gifts said...

salam perkenalan.

your son is so adorable!

Jom baca ni ~ Fridge Magnets - Cenderahati Mudah / Fridge Magnets - Easy Souvenirs

aLyNnZ said...

aduhhaii..agak touching entry kali nie..itulah rasa kasih dan sayang pada anak kan yaya..

Unknown said...

sedih wak..maria dah rs 2 kali..first kena ward masa mengandung kat marissa..second masa warded lahirkan marissa..sedih gila..aqil je buat cool..siap lambai2 nak balik dgn papa..mama nangis atas katil kena tinggal..huhu