Friday, October 21, 2011

My new baby

 Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim.....

OK-OK bukan baby yang ituuuu laa, ini baby lain. :P


Actually dah lama dah aku buat benda ni secara part time. Tapi dulu tak terfikir nak upload dalam blog bagai. Tapi bila tempahan makin banyak, Alhamdullilah... aku rasa baik aku share kan diblog. Itu pon saja asingkan dari blog yang ni sebab blog yang ni blog peribadi. Kang macamana nak expose mamat keriting tu kan. hehehe.

So, ade yang dah tahu, mungkin ade yang belum. Aku buat kerja ni sebagai part time saja. Dan apa yang pasti, utk memulakan komitment part time job ni bukan semudah yang disangka. Orang tengok hasil, orang akan kata... senang je kerja ko kan, modal sikit , kerja senang, masyuk nya banyak... kalau itu yang anda fikirkan. Ia bukannya mudah seperti yang disangkakan. :)


Aku berpegang pada , nak dapat duit, mana ade kerja senang kan. Even anda kerja sebagai apa sekalipun, anda akan berdepan juga serba sikit masalah , atau ketidakpuasan hati atau rasa tidak dihargai malah kadang kala rasa down dan juga pengorbanan masa.Tapi rasa dan pekara yang berlaku itulah yang akan menguatkan azam untuk anda teruskan atau tidak.


Seriusly, memang aku gembira dalam menjalankan kerja-kerja sampingan seperti ini dirumah. Untuk rezeki yang lebih . Tapi pada mulanya, beberapa ketika yang aku rasa down, rasa terlalu penat, sehingga menitik juga air mata ini. Dan dengan itulah aku rasa, sokongan suami dan keluarga tu penting. Dan disebabkan passion aku memang dalam kreatif2 ni , aku teruskan juga walau kadang kala tersungkur kerana terlalu push myself into the limit. 


Bayangkan, balik kerja dah pukul 7 sampai ke rumah. Nak masak utk suami dan anak. Nak basuh baju. Nak nenenkan anak. Nak mandi. Nak solat. Semua kena susun atur sebaik mungkin. Setiap masa tu adalah penting. Lepas Auf tido dalam pukul 10-10.30 baru nak mulakan design. Lepas tu dalam sejam , get ready dia akan melalak nak nens. then sambung balik.  I even brestfeed auf infront of my PC , sambil design customer request. hehe. Payah kan? mana nak click mouse lagi. Mana nak tekan 'shift' lagi. haha. tapi itulah kenyataan. Kenyataan yang aku perlu lalui jika aku memilih jalan ini.


dan bila lihat customer membalas msg gembira. suka sangat. itu adalah satu kepuasan bagi aku. Payment bukan segalanya kerana , kalau nak fikir untung berapa sangat kan. Yelah, dengan kos baik pulih segala kena fikirkan.


So kepada kawan-kawan yang dah pun menceburi part-time job ni, teruskan. Kerana Allah takkan limpahkan rezeki pada kita jika kita duduk bersahaja, tetapi dengan usaha. Selagi kudrat bonda ada untuk anak-anak bonda.

Untung rugi itu adalah adat dalam perniagaan.


hehe. Macam penceramah pulak.:P






sekian.

6 comments:

Hannah Johary said...
This comment has been removed by the author.
Hannah Johary said...

Like this entry!

I doakan you berjaya. I doakan semoga semuanya smooth. I doakan you boleh cope. I doakan parteesandsuch akan terus maju!

Rasa motivated baca entry ni. Boleh jadi penceramah bebaslah. Hehe.

yaya+frdz+auf said...

thanks a lot hannah. seriusly. *hugs*
:)

xeea said...

lorr tatau pun Yaya buat part time ni. Ari tu sikit punya pening kite nak carik goodies utk birthday Alfiy kat skool. Next time, for sure akan order from u.

FAD RMLN said...

kite ternampak about ur bisness on fb. terus terjah. kite pun actually ada buat part time design tp upon request kwn2. even jrg buat design pun still stress. hahahaa. nampak mcm senang tp nak dpt outcome yg memuaskan hati kita and hati client mmg sakit jiwa. all the best yaya!

Unknown said...

laahhh..
party and such ni ko punyer ke yaya..

senang koje den next year (: