Korang suka pergi library tak? Mungkin bagi mak-mak macam aku ni takde rasa pon nak pergi library kot kecuali time study-study dulu kan. Itu pun kalau ckp library sure kite terfikir , tempat yang biasa-biasa , tak cool , untuk ulat-ulat buku dan tak menarik kan. tapi itu dulu bebeh...duluuu.
Dapat tahu daripada email pada mulanya. so sebab hari ni ahad, pergi pasar nak beli barang basah, ajak lah ayah singgah kejap untuk tengok sendiri kebenaran orang cakap yang ade perpustakaan bertaraf antarabangsa di shah alam. Dekat seksyen 13 shah alam.
Diperkataan , ramai tak tak tahu kewujudan perpustakaan ini. even myself pon tahu dari office mate yang edar by email, then baru kiteorang try datang to check it out. yelah, atleast ade lah tempat lain untuk auf belajar pergi selain dari shopping mall dengan gameland je kan. hahaha.
Dikatakan ia dibuka pada julai 2011, dan diilhamkan oleh Sultan selangor dan menelan belanja sebanyak 70juta. ia dikatakan hadiah dari sultan selangor untuk rakyat selangor. manakala trademark perpustakaan ini adalam "our second home". mana tak 70juta, semua komputer didalam berjenama apple. imac weh!
kids nowdays are lucky kan. semua canggih manggih. :)
budak kecik sekarang pon pandai guna imac okehh.
So far library ni ade 6 levels altogether. setiap level direkakan untuk setiap umur mengikut funtion masing-masing.Yelah, takde lah budak kecik pergi kacau budak dewasa buat kerja kan. So far, kami tak dibenarkan masuk ke bahagian dewasa sebab auf mikail kan bawah umur. So dia hanya dibenarkan untuk berada dibahagian umurnya sahaja. Sebelum masuk , anda hendaklah letak kan kasut-kasut anda kedalam beg yang disediakan kerana setiap bahagian adalah fully carpet.
books area.
Auf memang suka buku. Dekat rumah kami ade sediakan mini library untuk dia. Lepas tu hari-hari ajar kalau dah baca kena put back atas rak bacaan dia tu. So far dia dah kenal lah mana buku "balls" mana buku "banana" mana buku "twinkle-twinkle little star" sebab hari-hari ulang baca. Tapi bila dah pergi library buku kemana, dia lebih gemarkan benda ni..............
T____T
dari sampai sampai nak balik asik naik benda ni. alahai.
baca buku dibawah pokok. cool kan area nih.
*suka sangat*
kids reading area
stage.
surau pon ade. selesa. :)
parents area. modern betul kerusi dia.
so disebabkan kiteorang tak boleh masuk area lain yang mana dikatakan lebih canggih. siap ade gym woo. ade wayang 6D (kena bayar rm10) dan ade lain-lain aktiviti, atleast kiteorang dah tahu mana tempat nak bawak auf mikail kalau dah buntu tak tahu nak bawak pergi mana. lagipun masuk pon percuma. Kalau bawak laptop , korang kena charge rm1.00 saje untuk plug in charger korang. Wifi pon free. :) boleh lepak sehari suntuk lah macam ni. hehehe
more picture from internet dibawah.
bestkannnn...kannn...hehehe
Bagi aku lah kan, berbaloi jugak diaorang buat macam ni even harga berjuta (padanlah dengan interior design mcm tu) atleast daripada orang tak suka pergi library jadi suka pergi sebab cantik selesa dan canggih. Akan bawa auf pergi selalu. Dan harap library ni dapat maintain cantik dan bersih macam ni.
ape lagi, jom lah pergi. masuk dekat kelab golf selangor sebelah PTPL tu aje. guide line is laman seri.
Sekian melaporkan.
p/s: selalu sangat lalu seksyen 13 tapi tak tahu pasal ni. naseb ade orang bagitahu kat email. hehe.
:)
5 comments:
yaya...tq sgt...sy memeang suke library...tp dpt hubby yg x suke buku sgt langsung da x pegi.....kalau ade tmpt mcm nie rase seronok nye...nape la kite yg duk s.alam x tau ade library nie kn....patut la library lame da tutup..puas pk kt mane la diorang buat library baru...tq ya...
cool yeeee. bestlah siapa duduk shah alam. boleh pi selalu kan. aduhai.
cool gila! tapi takpe bawa budak kecik yang suka menjerit spt Kakal? takut kena halau. haha.
perghh...teringat zaman aku bebudak dulu...every saturday kena duduk kat library ngan parents and siblings dari 10 pagi sampai 2 ptg...
then make sure bawak balik buku n habiskan baca...
blan 12 ni majlis aku weh..2412.
THATS Y LA, ADA ORG EMEL SY PASAL LIBRARY NI.SGT KAGUM TGK INTERIOR DIA.SY NK APPLY KEJE KAT C2 LA...N NK BW ANK2 SY G SANA...JOM!
Post a Comment