Monday, October 24, 2011

Congratulation Sista!

Last saturday, adik bongsu convocation. First time lah kan, pergi konvo orang lain selain dari konvo diri sendiri. hehe. Pergi ni pon sebab kebetulan balik ke Ulu yam dan sempat lah follow bagi semangat kat adik sendiri. Bukan ape, bila kita konvo memang kita akan harapkan orang dtg jenguk kita sebabnya kita rasa segala penat lelah balajar selama ni ada juga orang nak datang tengok atau appreciate kan. hehe.

orang lain nak konvo , dia ni bangun dulu, dan dia ni kena siapkan dulu. 

Sampai diperkarangan Uitm tu. main park je lah mane2 sebab tak tau dewan kat mane. first time kot masuk Uitm Shah Alam ni ha. Jakun. Lalu berjalanlah kaki sejauh 5kilo (ade shutter bas tapi dah lambat malas tunggu) , agak penat jugaklah tapi anggaplah ia sebagai senaman pagi hari .

Tak masuk dewan , duduk luar tengok di TV ni .


Selesai majlis penyampai sijil, aku dengan aku tunggu betul-betul depan pintu masuk. Gila semangat lah ni.T'cha keluar terus nampak kami disitu.

We are sista :) 
T_T dia memang jauh lagi kurus. 
 Tapi gigi besi! Hahaha


Anyway...congrats lah dik. Moga lepas ni dapat sijil lain pulak sebelum sijil nikah ekk. Hahahhaa.

Family



:)

Friday, October 21, 2011

My new baby

 Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim.....

OK-OK bukan baby yang ituuuu laa, ini baby lain. :P


Actually dah lama dah aku buat benda ni secara part time. Tapi dulu tak terfikir nak upload dalam blog bagai. Tapi bila tempahan makin banyak, Alhamdullilah... aku rasa baik aku share kan diblog. Itu pon saja asingkan dari blog yang ni sebab blog yang ni blog peribadi. Kang macamana nak expose mamat keriting tu kan. hehehe.

So, ade yang dah tahu, mungkin ade yang belum. Aku buat kerja ni sebagai part time saja. Dan apa yang pasti, utk memulakan komitment part time job ni bukan semudah yang disangka. Orang tengok hasil, orang akan kata... senang je kerja ko kan, modal sikit , kerja senang, masyuk nya banyak... kalau itu yang anda fikirkan. Ia bukannya mudah seperti yang disangkakan. :)


Aku berpegang pada , nak dapat duit, mana ade kerja senang kan. Even anda kerja sebagai apa sekalipun, anda akan berdepan juga serba sikit masalah , atau ketidakpuasan hati atau rasa tidak dihargai malah kadang kala rasa down dan juga pengorbanan masa.Tapi rasa dan pekara yang berlaku itulah yang akan menguatkan azam untuk anda teruskan atau tidak.


Seriusly, memang aku gembira dalam menjalankan kerja-kerja sampingan seperti ini dirumah. Untuk rezeki yang lebih . Tapi pada mulanya, beberapa ketika yang aku rasa down, rasa terlalu penat, sehingga menitik juga air mata ini. Dan dengan itulah aku rasa, sokongan suami dan keluarga tu penting. Dan disebabkan passion aku memang dalam kreatif2 ni , aku teruskan juga walau kadang kala tersungkur kerana terlalu push myself into the limit. 


Bayangkan, balik kerja dah pukul 7 sampai ke rumah. Nak masak utk suami dan anak. Nak basuh baju. Nak nenenkan anak. Nak mandi. Nak solat. Semua kena susun atur sebaik mungkin. Setiap masa tu adalah penting. Lepas Auf tido dalam pukul 10-10.30 baru nak mulakan design. Lepas tu dalam sejam , get ready dia akan melalak nak nens. then sambung balik.  I even brestfeed auf infront of my PC , sambil design customer request. hehe. Payah kan? mana nak click mouse lagi. Mana nak tekan 'shift' lagi. haha. tapi itulah kenyataan. Kenyataan yang aku perlu lalui jika aku memilih jalan ini.


dan bila lihat customer membalas msg gembira. suka sangat. itu adalah satu kepuasan bagi aku. Payment bukan segalanya kerana , kalau nak fikir untung berapa sangat kan. Yelah, dengan kos baik pulih segala kena fikirkan.


So kepada kawan-kawan yang dah pun menceburi part-time job ni, teruskan. Kerana Allah takkan limpahkan rezeki pada kita jika kita duduk bersahaja, tetapi dengan usaha. Selagi kudrat bonda ada untuk anak-anak bonda.

Untung rugi itu adalah adat dalam perniagaan.


hehe. Macam penceramah pulak.:P






sekian.

Thursday, October 20, 2011

Auf in video clips?

 Ok-ok , bukan auf belakon ok. hehehe

 Masih ingat entry dulu mase auf buat studio photoshot with my friend....
 http://yayafrdz-mylifechapter.blogspot.com/2011/03/auf-studio-photoshoot.html

after that kan, salah sorang kawan diaorang tu , drawkan gambar auf guna airbrush atas satu kanvas untuk diaorang letak dekat studio diaorang. Dah lama dah diaorang letak gambar tu. Tapi baru-baru ni ade kumpulan baru apetah nama "sharpshooter" buat video clips dalam diaorang punya studio. So dia gunakan lah gambar2 yang telah diairbrushkan oleh dia nih dalam video clips dia. termasuklah gambar auf. hehehe.

tu pon kawan aku bagitahu kat YM. 

aku tak kenal pon sharpshooter ni siape. Sebab lagu dia ala-ala reegee gitu la kan. So semalam tengok dah masuk youtube. 

check this out. Sipi-sipi jelah gambar Auf nya pon. hehehe.



anyway,  gudluck lah pada sharpshooters ni. Moga u alls success ok. Nanti video clip u olls keluar astro mungkin lagi ramai yang suka lagu ni kot. hehehehe.




:) 

Tuesday, October 18, 2011

Kedai kasut best abad ini

Sejak ada anak ni, aku macam cerewet jugaklah dalam menentukan fesyen yg anak aku gayakan( cewah ayat teratur gitu ibarat menabur janji palsu) , lagi-lagi dalam pemilihan kasut. Kalau ikutkan aku, nak je semua koleksi kasut Auf aku nak beli adidas. biar pape asal bergaya.

tapiii,
aku kadang kala ukur jugak baju kat badan sendiri. So kadang kala terpaksa jugak layan kasut-kasut jalanan seperti cap-cap ayam dipasaran. 

tapiii lagii,
Kedai kasut ni bukan lah cap ayam sangat. kedai kasut ni memang best gaban. dah le kasut dia stylo, harga ok-ok la , tapi takde la sampai kopak poket mak bapak. tapi janganlah compare harga dengan uptown downtown tu kan. sejak aku masuk kedai ni masa dia mula-mula bukak dulu , aku dah terpesona. bukan dengan kasut hot mama je. dengan kasut anak-anak nya cantik-cantik belaka. lagi-lagi kasut girl. T_T

serius tahap geram.

Payless shoes...i likee... :)
Kasut mak budak disusun pon cantik je memanggil-manggil gitu. hahaha


dan yang ni paling geram.
Kasut tahap kecik gila tp design dah macam orang dewasa. Kasut besar tapak tangan aku je dah harga sama dengan kasut mak budak. Ok, yang ni mahal la kot.


geram kan??? kann?


tapi apakan daya, kasut bukan nak tukar hari-hari pon kan.


:)

Tuesday, October 11, 2011

Auf current obsession

Sekarang, 

Auf terlalu-lalu-lalu suka pada footballs. Dia punya suka tu kan, macam makan bola, tido bola, mandi bola lah. Pelik aku darimana datangnya influence pada dia yang boleh menyebabkan dia suka sangat lah bola. nak kata ayah suka sangat takde pulak. ayah dia jarang stay up at night semata-mata nak tengok football. Jarang la. itu pon kalau ade perlawanan besar-besar je kan. Bonda lagi la. Jangan tanya nama pemain bola. Satu haram pon tak tahu. Kecuali yang famous2 atau yang dilanda gossip macam KFCM tu okeh. hahaha.

Auf kalau tengok bola, sampai ternganga2 ha. Dah tak peduli la makan ke ape ke kan.

tengok lah sampai kita ambil gambar dia pon dia tak perasan

Tahap dia punya suka tu kan. sampai , kalau baju-baju dia ade corak bola ke, atau baju bola ke, atau gambar bola ke dia akan suka sangat nak pakai tanpa paksaan. Lepas tu jenuh lah kiteorang nak suruh dia bukak baju nak mandi kan. Seboleh-boleh dia mengamuk sakan taknak bukak baju kesayangan dia tu nak pakai balik even baju tu dah comot gila. aduhai. part ni susah sikit la kena sorokkan baju tu cecepat. hahaha.

sebab baju bola dia rela je suruh posing macamana pun sebab pakai baju bola ni. berbaloi la atok dia belikan - murah tapi pakai lama.

ewahhh...ewahh... gumbira nya hati kan .

So disebabkan obsesi si auf ni. Kami bawak lah dia ke padang yang luas sikit untuk dia melasakkan dirinya.


nanti dah besar, dah jadi pemain bola, dah glamor, jangan asyik nak keluar paper ade gossip sudah. Lepas tu sebok nak kahwin artis pulak. No-no-no ok auf. hahahaha


:)


Monday, October 10, 2011

Kalau Cik Mok macam ni mau fengsannn ahkak!


Pernah tengok surprise macam ni dalam show MOBBED matsalleh mane tah dulu, sekali abg BN pon dah turut serta. apepon yang pasti, wife dia comel sgt. Dan dia pon romantik sangat. Even dalam rancangan MOBBED , dia punya surprise gila babenggg... yang macam gini pon dah boleh buat mengalir airmata, dan tak kan lupa sampai bila-bila. 

Bukan fomfuan je suka surprise, lelaki pon suka ape. Tapi lepas ni ramai yang dah tahu kalau ade carpet-carpet bagai , mesti terus terjah laki " ehhhh...nak buat surprise macam abg BN lah ni yerrr". hahaha.

:P

Sunday, October 9, 2011

Perpustakaan Awam Selangor - New library in Shah Alam

Korang suka pergi library tak? Mungkin bagi mak-mak macam aku ni takde rasa pon nak pergi library kot kecuali time study-study dulu kan. Itu pun kalau ckp library sure kite terfikir , tempat yang biasa-biasa , tak cool , untuk ulat-ulat buku dan tak menarik kan. tapi itu dulu bebeh...duluuu.

Dapat tahu daripada email pada mulanya. so sebab hari ni ahad, pergi pasar nak beli barang basah, ajak lah ayah singgah kejap untuk tengok sendiri kebenaran orang cakap yang ade perpustakaan bertaraf antarabangsa di shah alam. Dekat seksyen 13 shah alam.
Masuk-masuk aje. My first impression adalah. Sangat cool okeh!! Tiba-tiba jiwa rasa muda plak , rasa macam student kolej bawak buku masuk library. hehe. tapi kali ini bukan bawak buku, tapi bawak anak ok. :)


 Diperkataan , ramai tak tak tahu kewujudan perpustakaan ini. even myself pon tahu dari office mate yang edar by email, then baru kiteorang try datang to check it out. yelah, atleast ade lah tempat lain untuk auf belajar pergi selain dari shopping mall dengan gameland je kan. hahaha.


Dikatakan ia dibuka pada julai 2011, dan diilhamkan oleh Sultan selangor dan menelan belanja sebanyak 70juta. ia dikatakan hadiah dari sultan selangor untuk rakyat selangor. manakala trademark perpustakaan ini adalam "our second home". mana tak 70juta, semua komputer didalam berjenama apple. imac weh!


kids nowdays are lucky kan. semua canggih manggih. :)

budak kecik sekarang pon pandai guna imac okehh.


So far library ni ade  6 levels altogether.  setiap level direkakan untuk setiap umur mengikut funtion masing-masing.Yelah, takde lah budak kecik pergi kacau budak dewasa buat kerja kan. So far, kami tak dibenarkan masuk ke bahagian dewasa sebab auf mikail kan bawah umur.  So dia hanya dibenarkan untuk berada dibahagian umurnya sahaja. Sebelum masuk , anda hendaklah letak kan kasut-kasut anda kedalam beg yang disediakan kerana setiap bahagian adalah fully carpet.

  books area.

Auf memang suka buku. Dekat rumah kami ade sediakan mini library untuk dia. Lepas tu hari-hari ajar kalau dah baca kena put back atas rak bacaan dia tu. So far dia dah kenal lah mana buku "balls" mana buku "banana" mana buku "twinkle-twinkle little star" sebab hari-hari ulang baca. Tapi bila dah pergi library buku kemana, dia lebih gemarkan benda ni..............

T____T
dari sampai sampai nak balik asik naik benda ni. alahai.

baca buku dibawah pokok. cool kan area nih. 
*suka sangat*

kids reading area

stage.

surau pon ade. selesa. :)


parents area. modern betul kerusi dia.

so disebabkan kiteorang tak boleh masuk area lain yang mana dikatakan lebih canggih. siap ade gym woo. ade wayang 6D (kena bayar rm10) dan ade lain-lain aktiviti, atleast kiteorang dah tahu mana tempat nak bawak auf mikail kalau dah buntu tak tahu nak bawak pergi mana. lagipun masuk pon percuma. Kalau bawak laptop , korang kena charge rm1.00 saje untuk plug in charger korang. Wifi pon free. :) boleh lepak sehari suntuk lah macam ni. hehehe

more picture from internet dibawah.




bestkannnn...kannn...hehehe
Bagi aku lah kan, berbaloi jugak diaorang buat macam ni even harga berjuta (padanlah dengan interior design mcm tu) atleast daripada orang tak suka pergi library jadi suka pergi sebab cantik selesa dan canggih. Akan bawa auf pergi selalu. Dan harap library ni dapat maintain cantik dan bersih macam ni. 

ape lagi, jom lah pergi. masuk dekat kelab golf selangor sebelah PTPL tu aje. guide line is laman seri.


Sekian melaporkan. 

p/s: selalu sangat lalu seksyen 13 tapi tak tahu pasal ni. naseb ade orang bagitahu kat email. hehe.


:)

Friday, October 7, 2011

Auf dan camera

Anak-anak kita ni semua since kecil dah didedahkan dengan flash camera. Ada yang keluar2 je perut mak dah kena flashing camera. Baru 3-4 jam dilahirkan , mak, nenen, atok. maksu pak ngah sume dah ambil gambar mereka kan.

Auf ni takde la suka camera sgt walaupun dah didedahkan dari awal. Jangan harap nak pose baik punya kalau disuruh. sure dia mengelak2, last-last gambar candid je la yang dpt. Kena guna shutter spead tinggi untuk dapat gambar pose yang baik.

tapi haritu pelik pulak. dia ambil camera suruh shot gambar dia. siap-siap dia sebut "peace...peace" lepas tu duduk dekat kerusi dia sambil buat muka kerut kening.



mungkin dia cuba mengespresikan muka maskulin kot. Lepas tu pose duduk pon nak macam majalah mangga . hahahaha :P


alahai auf. :)

Thursday, October 6, 2011

Ingin kembali

 puan D bukan nama sebenar. hahaha


itu duluuuuuu weh...duluuuu....
sekarang tidak lagi.... aku ingin kan dagu yang dulu ituuuu....



bertabahlah wahai yaya. hahahaha

T________T

Wednesday, October 5, 2011

but if i had you........1




a portable air conditioner . uyyoh! 
tahap best : best jugaklah kot. 


:)

Wordless Wednesday_08