Sejak dua menjak ni, asal bangun tidur siang je mesti meraung2 sampai sedu sedan suruh nenek dia call aku kat office sebab teringatkan nenen dia.
Memang menguji kesabaran. Aku tak pasti anak lelaki je macam ni atau semua pon sama je. Aku pulak dalam fasa terkapai-kapai dan berfikir 'what should i do , what should i react' bila Auf mula bertindak macam tu. Kadang kala itu juga punca kami tak suka lepak rumah kawan-kawan lama-lama bila ada open house ke ape sebab bila aku tengok Auf dah start tunjuk-tunjuk kearah nak mengamuk cepat aku angkat kaki blah.
Dr. Sarah Landy. “Toddlers do need to go through an aggressive stage because that’s a part of becoming their own person,”
“Part of that aggression is to enable them to become their own person and part of it is to help them to feel strong, which is a part of growing up.”
so sekarang aku ambil peranan banyakkan bercakap dengan Auf mikail. Walaupun dia tak faham , aku cakap jugak dengan dia. Ada satu time aku dapat spend alone dengan dia masa driving pergi ambil ayah dia di office, aku stuck dalam jem lebih kurang sejam setengah, ko bayangkan lah sejam setengah lah aku dok borak kat dia cakap
"auf bonda ni work carik duit untuk auf tau...blaaa...blaaa....bla"
" Auf , auf gud boy kan kena la dengar cakap bonda...blaaa...blaa..blaa"
aku harap ini adalah satu fasa sementara yang aku dan auf kena lalui dan harap akan beransur hilang bila dia makin meningkat dewasa.
p/s: sesape ade link doa lembutkan hati anak sudi share dengan ai.
:)
10 comments:
hmmm qies pun sama lately nii asik ngamuk2 jeee tauuu.ai pon kadang rasa nakkkk eee budakk ni kang.:P
btw cube amalkan zikir ya latif2 tuu.yat ada share kat blog entry last month :)
salam..kita sama2 share apa2 info yg kita tahu..dan penah praktikkan pd anak..ifa setuju cr berckp2 itu..adalah yg terbaik untuk anak seumur Auf...ifa juga guna cr sedemikian..walaupun anak kita masih kecil untuk faham...tp bila dia dah makinbesar,slowly dia akn faham..dan repeat apa yg kita ckp..bg cth.."kalu buat mcm ni...nnti berdosa,tuhan marah..terangkan..walaupun mcm x logik nk ckp kt budak bnda mcm tu..tp itu yg the best..byk sabar...kita sm2 belajar..ifa pun bukan pandai..tp ni semua dr pengalaman..ada doa penyejuk hati..tiup diubun anak.ketika dia tidur..insyaAllah...luv ya..
dani hari tu pun ada samapi fasa mengamuk ni. sampai afni pun jadi tension jer. tapi slowly bila dia tido afni cakap2 dgn dia.
tapi btol da teknik yaya mulakan berborak dgn dia. so dia tau kita pay attention pada dia. afni buat benda yang sama, skang dani ok skit.
yaya
nampaknya anak2 kita ni dah mula melalui fasa yg serupa. kaiyisah pun kadang2 mcm tu jugak. nangis n mengamuk smpai letih nak layan. tp dia ada time jd mcm tu.
btw ada satu ayat/doa pelembut hati ditiup kat ubun2 anak, tp i lupa simpan mana. kalau ada nt post sini ya. :)
Hey I'm facing the same thing too! Ada tulis kat blog, tapi tersimpan dalam draft tak tahu nak publish ke tak. Myiesha kini sudah menjadi monster juga. Bukan monster untuk diri sendiri, but monster kepada kami juga, siap pukul-pukul Mummy Abi. Dah macam anak derhaka dah. HAHAHA.
I then give it a long thought. I rasa dia tak cukup perhatian. I don't know about Auf, but guess we have the same routine as a career woman, wife and mother, kan. Also blogger. Heheh. I rasa dia memberontak sebab dia nak perhatian. Yelah kita ni dah balik pun masih sibuk dengan kerja-kerja rumah segala.
And yes, I am taking the same approach as you. Sedang banyak-banyak bercakap dengan Myiesh. Banyak bercakap, banyak mendakap and banyak mencium. Asal ada kesempatan I akan dakap and cium dia bertalu-talu. Guess they miss their moms kot.
And yes again, I think Myiesha dah start cool down now. Dah tak monster sangat. I make a point to give my full attention to her setiap kali dia hendakkan sesuatu, macam contoh tunjuk something dalam majalah ke apa. I taklah macam cakap Ya dari jauh je. I will sit beside her and sama-sama tengok gambar tu, berbual dengan dia for 5 minutes or so then baru sambung buat kerja rumah walau se-urgent mana sekalipun. And I think it works.
Wahh panjangnya comment. Sorry ya buat comment column macam blog sendiri. But I think you are doing the right thing now. Just keep it up and InsyaAllah Auf will be ok in no time. ;)
sama lah yaya,
kdang2 rasa dah bsr ni lg penat jg dia berbanding kecik2 dlu,
hr2 xmengeluh xsah
sbb mcm fedup pun yer,
tp sabar je,
cabaran bp kite yg baru bergelar ibu ni kan,
nak kene psiko diri sdiri dlu bru bley psiko anak, hehe
hmph..mmg dah sampai phase auf jugak si naurah tu yaya...buat benda asal x boleh je nk kamok2..pastu nanes2...kite yg tgk nie pulak yg cam pelik..ape kehalnye nk emo sgt nih kan?? grrr...
kite pn try la approach peluk dia lebih byk & slow talk dgn dia cam dia org beso..amazingly mmg bagos feedback dr dia..
siap bileh menjawab bile kite ckp..Naurah baik2 tau..jgn nakal2..sayang ibu sama ayah byk2..tau!!
dia pn ckp ' iyer! '...heheh..so sweet =)
resipinya kite kena pandai approach deme..xleh nk salah ke deme 100%..deme bdk2 mane tau ape sgt =p
anak lebih kurang sebaya so sama je perangainya.
imaan ni nama je girl tp boleh tahan gak hari-hari mesti dia menjerit. so far kita pun cuba cakap dengan dia jugak. mmg kalau kita pay attention and layan dia, dia akan baik sikit. terus sengih panjang.
rasanya sama je girl pun suka mengamuk yaya. contoh mcm raina skrg dia jenis nak makan sendiri kalau kita tak bagi dia mengamuk sampai berguling atas lantai dengan siap jerit2 dan hentak kaki. mmmg menguji kesabaran jugaklah
mommy qies : kan yat... smp phase ni mmg kena byk bersabar.
ifa:tgh cari doa ni. hehe
afni/ann: sama-samalah kita belajar.
hannah:i tgh try la ni. hehe
nano/sha:mmg semua ni cabaran dalam besarkan dia.
fad:mmg attention seeker tau dorang ni. hehe
nurul: sama la ngn auf.
Post a Comment