Tuesday, September 6, 2011

Auf dan pak ngah


Ni satu-satunya adik lelaki aku. Aku panggil dia boy aje. Pak Ngah A'uf. Kalau dalam keluarga dia adalah orang yang pendiam. Kena beleter dgn mak aku dia diam, kena laser dengan aku dia diam, nak cerita masalah apetah lagi. kadang aku geram jugaklah kan bila dia diam macam tak dengar ape orang cakap.

Adik aku tak bepelajaran tinggi. orangnya biasa-biasa aje. Dulu mase kecik selalu buat hal bagi ayah aku naik angin. aku dengan dia beza setahun lebih aje. so kami close. Dulu dia main api, aku pon main api. Dia main mercun cucuh baju aku, aku cucuh dia balik. Kiteorang main bakar-bakar belakang rumah, dia tukang cucuh lighter, lighter jatuh lepas tu meletup rambut dgn kening dia yang terbakar. aku tukang gelak. hahaha. Dan dia selalu kena penampar sulung dengan ayah aku, kena sebat, kena cekik, dan sebagainya tapi tetap nakal jugak. 

dan sebab tu jugaklah dia pernah ckp kat aku, dia rasa dia macam tak disayangi oleh ibubapa aku. dan bukan nak salahkan sesapa, tapi aku fikir, mungkinkah kekasaran ayah aku dulu meng'spoil'kan dia? mungkin jugak diri dia sendiri yang cenderung ke arah malas belajar itu.

ok.past is past. saje nak cerita pasal dia.walaupun begitu. Dia tak pernah bercakap kau-aku dengan aku. serius.

dan alhamdullilah. Rezeki dia boleh tahan murah. Dengan SPM tak seberapa dia pernah berkerja dia TV3 as lighting man.Sejak dari situ rezeki dia kira ok lah. cuma dia kurang rajin la bagi aku. haha. dan alhamdullilah baru-baru ni dia dapat menjejakkan kaki ke beberapa daerah di negara china selama 50hari. dan lepas ni mungkin ke Switzerland dengan kerjaya sebagai sorang lighting man cabuk panjat sane sini pakai suar koyak. hahaha. :P 

aku selalu beleter kat dia, marah2 dia , nasihat dia sebagai seorang kakak. dan jauh di sudut hati aku, aku doakan dia berjaya dalam hidupnya. Sebab aku sayang adik-adik aku. aku beleter tu demi kebaikkan. kadang-kadang aku pandang dia aku jadi sayu, entahlah.

Auf dan pak ngah dipagi raya.



:)

5 comments:

wardah @ fie shah said...

Auf pose macam pak ngah! Haha.

zila said...

ensemnye si curly2 nih..

cdah said...

hahahahah...kiut gler

Fadilah R. said...

halamak stylo-nya auf dgn pak ngah.

little miss kechik said...

boy was such a cutie when he was a baby kan yaya? bulat je macam si nuar.. now both kempunggg je kurus..heheh