Tuesday, June 7, 2011

Kawan lama

Dulu kan, sebelum aku kerja company sekarang ni. Aku kerja di sebuah syarikat pencipta/pengeluar komik. Bukan sebagai pelukisnya, cuma aku sebagai salah seorang colour separator. alah, tukang cat la senang cite. Tukang cat komik. gila best kan?

Lagilah time mude mudi tu, baru lepas abis belajar. takde kerja, dan tak de la harapkan gaji riban-riban, aku rasa gembira bila diterima kerja. Aku suka kerja aku walau hari-hari menghadap benda yang sama. Aku suka enviroment kat situ sebab kawan2 semua gila-gila. Yelah, mereka kan pelukis komik yang selalu berimiginasi lebih. Perangai pelik-pelik. Walaupun aku dah sahabat aku hanya dua orang sahaja pekerja wanita disitu.
Minggu lepas,
aku lalu di sebuah kedai buku. terperasan satu nama. Salah seorang sahabat sudah menjadi pelukis di syarikat lain dan sudah berjaya. tahniah! dan aku teringat pada seorang sahabat yang kami gelar pakcik. Seorang yang berumur dalam lingkungan 40an dan berbangsa india. Tapi jangan nafikan bahasa melayunya yang fasih. Dia seorang yang sangat pandai melukis. Seriusly. Kau cakap aje la benda ape suruh dia lukis, hasilnya memang memuaskan. Aku memang kagumlah. Entah ape cerita dia sekarang.

Lukisan sahabat aku pada aku ketika itu.

Gambar aku dan cikmok mase bercinta dulu. 


Hahahaha. kelakar plak bila tengok gambar ni. kurus gila kot kau lukis aku. kejam woh!




:)

5 comments:

lylieiqmal said...

ala ya..kurus nye awk.. hihihi..rase nk gelak guling2.......nie la org kate perfect 10 kn.....tp realiti nye x la mcm nie...kecik ati cik mok tau.....

wardah @ fie shah said...

cantik nya Ya dia lukis..

LIP (^_^) said...

Hehehe cute je gambo kartun nih..

misha.w said...

cikmok ade bulu dada. auuwwww..

m@Ri@ said...

hahah..kurusnya yaya..