Friday, June 24, 2011

Dulu dia chubby.

Dulu kan, Auf chubby. Bila tengok macam geram gila rasa nak cubit-cubit pipi dia. Paling ketara kat jari-jari dia dengan pipi. Pipi memang macam tadah nak kena cium je. Bulat-bulat dan montok-montok.

Bila dia dah start dapat kaki, makin lama makin melidi. biasa lah kan, budak tengah lasak. Bila tengok balik gambar-gambar chubbyness dia dedulu tu aku rasa macam geram. 

gambar takde leher ni la yang aku suka sangat. haha.
 
:)

Friday, June 17, 2011

Are you ready for second pregnancy?

Bukan nak melawan takdir Tuhan, atau meyekat rezeki cuma terfikir, adakah aku ready untuk mengandung kali kedua. Dan yang paling penting, adakah SUAMI aku bersedia.

Aku tabah dalam bab mengandung , membawa , dan berdikari selama aku mengandung. Aku tabah kerana masa tu aku hanya berdua. Even masa bulan puasa pun aku boleh lagi puasa dan bangun sahur awal untuk panaskan lauk suami.

Bila aku fikir , adakah aku setabah dulu jika aku mengandung sekarang. 

Aku rasa tidak. Aku tak cukup tabah bila anak aku merengek nak kan susu badan , dan ketika itulah aku nak sediakan makanan atau uruskan hal baju-bajan keluarga. dan segala-galanya. Dan sebagai manusia biasa yang pada siang hari nya bekerja makan gaji , aku jadi stress.

Mungkin ada yang kata, aku ok lagi sebab ada suami disisi. ada orang lagi terukkan , suami kerja duduk berjauhan. tapi kena ingat, bukan setakat letih lebih sebab anak melasak bagai, urus rumahtangga, dan tanggungjawab 'melayan' si suami sekali termasuk dalam list . Dalam hal ni kadang-kala kita perlukan tolak ansur dari pasangan.




That is why I'm not ready yet.




tapi dalam masa yang sama aku takkan menolak rezeki Allah jika ia sudah tertulis begitu.



p/s:btw, congratulation my friends for your second baby. Aishah, maria , mummy emill dan lylie.

:)

Tuesday, June 14, 2011

Beralih arah

Dulu , aku pernah buat entry INI.

Selepas beberapa ketika entry itu dibuat, aku melipatgandakan usaha untuk mengubah cara pemakaian tudung aku. Ok, im into shawl sekarang. terima kasih kawan-kawan atas ayat-ayat semangat anda. hahaha. gila poyo.

Boleh dikatakan sekarang aku lebih yakin memakai shawl , betullah kata orang practice makes prefect kan. walaupun takde la semantap mana, tapi atleast aku pandai la juga melilitnya dengan jayanya tanpa mencederakan mana-mana bahagian tubuh badan aku. :P

Malah,
kerana kegeraman aku pada shawl nak cantik-cantik yang wujud dimuka bumi ini, aku terrrr beli lebih la kan secara tak sengaja. dan mula menceburkan diri dalam bidang penjualan shawl secara separa serius. 


sebagai contoh :





Dannnn..... kawan-kawan yang mempunyai muka bulat aka tembam seperti ku, jangan malu-malu untuk mencuba shawl, Persetankan kata-kata cemuhan dibelakang dan didepan anda. 



Sekarang hidup saya semakin ceria kerananya (*ayat nak promosi aje kan takleh blah. hahaha*)



:)

Friday, June 10, 2011

budak itu


  • Dah pandai tau nak jadi dewasa, makan sendiri, minum sendiri, nak pakai kasut sendiri, bukak pampers sendiri tapi tak kena time.
  • Suka buat "syhhhh" kalau kita "syhhhh" kan dia. 
  • Suka sengih nampak semua gigi kalau ade buat something wrong.
  • Pandai panjat meja, kerusi, katil turun naik sendiri, panjat tepi tingkap (yang ni seram sikit)
  • Selalu buat bonda nak marah sebab tak boleh berenggang. suka masuk celah kaki bonda. baring kat lengan bonda. tapi comel lah dia buat macam tu.
  • so far dah boleh cam simple item bila bonda draw macam star, car, lorry, balloon , bubble , fish.
  • Rambut dia selalu bau masam sebab rambut keriting lepas tu peluh. hahahahahaha.
  • Kalau dah siap-siapkan dia nak pergi jalan, selagi kita tak keluar rumah, selagi tulah dia melalak depan pintu tu ha. dasar kuat berjalan. T_T
  • Kalau makanan panas dia pandai-pandai je nak tiup-tiup kasik tak panas. masalahnya sekarang air liur menyembur tapi serius comel muka dia.
  • Suka buat muka cute kalau kitaorang marah dia. terus kitaorang tak jadi nak marah.


episod puji anak sendiri. ngeh2.






 :)

Thursday, June 9, 2011

Untung Naseb


Untung suami. Sejak dia berkerja di tempat ini sekarang yang sudah hampir 5 tahun, dia sesungguh nya seorang yang boleh aku katakan untung. Untung berbanding aku yang berkerja makan gaji ciput , tapi ape pun tak dapat. tapi bila aku berfikir balik, lebih baik dari aku takde kerja langsung kan.

Suami merasa untuk kesana sini, bermalam di hotel mewah, menikmati suasana lain daripada suasana bersama isteri dan anak. Suami merasa untuk makan-makan di hotel mewah, di restoran yang tidak pernah aku jejaki ,ada masa dengan kawan-kawan, bil telefon yang tak pernah kami bayar. tahu pakai aje. Rezeki dia memang murah. dan akan aku doakan sentiasa murah demi aku, anak dan keluarganya.

Aku,
hampir 4tahun menghambakan diri dalam bidang yang aku sendiri minat. dengan gaji sekampit beras, aku tabahkan hati demi anak. takada benifit insurans, takada bil telefon , takada ape. hanya bulan-bulan tunggu gaji yang itu pun lambat menjelma.

Apeeeee pon tak boleh. (ayat jambu maharajalawak)

Mungkin aku perlu berubah ke satu fasa yang baru.





:)

Tuesday, June 7, 2011

Kawan lama

Dulu kan, sebelum aku kerja company sekarang ni. Aku kerja di sebuah syarikat pencipta/pengeluar komik. Bukan sebagai pelukisnya, cuma aku sebagai salah seorang colour separator. alah, tukang cat la senang cite. Tukang cat komik. gila best kan?

Lagilah time mude mudi tu, baru lepas abis belajar. takde kerja, dan tak de la harapkan gaji riban-riban, aku rasa gembira bila diterima kerja. Aku suka kerja aku walau hari-hari menghadap benda yang sama. Aku suka enviroment kat situ sebab kawan2 semua gila-gila. Yelah, mereka kan pelukis komik yang selalu berimiginasi lebih. Perangai pelik-pelik. Walaupun aku dah sahabat aku hanya dua orang sahaja pekerja wanita disitu.
Minggu lepas,
aku lalu di sebuah kedai buku. terperasan satu nama. Salah seorang sahabat sudah menjadi pelukis di syarikat lain dan sudah berjaya. tahniah! dan aku teringat pada seorang sahabat yang kami gelar pakcik. Seorang yang berumur dalam lingkungan 40an dan berbangsa india. Tapi jangan nafikan bahasa melayunya yang fasih. Dia seorang yang sangat pandai melukis. Seriusly. Kau cakap aje la benda ape suruh dia lukis, hasilnya memang memuaskan. Aku memang kagumlah. Entah ape cerita dia sekarang.

Lukisan sahabat aku pada aku ketika itu.

Gambar aku dan cikmok mase bercinta dulu. 


Hahahaha. kelakar plak bila tengok gambar ni. kurus gila kot kau lukis aku. kejam woh!




:)