Monday, June 25, 2012

Seharian di kampung istana

Lokasi : Kampung Istana , Batu pahat.

Kami pulang ke kampung batu pahat (lamaaaaaa gilaaa hoi tak g sana) sebab ada kenduri sekupu kan. Well, mcm biasa traveling dengan budak kecik kepochi tak reti duduk diam ni mmg memenatkan. Tapi bersemangat woh sebab lama tak jumpa sedara mara.

Sesampai je disana terus serbu makan nasi minyak batu pahat terbaik! kari kambing depan mata. Cikmok senyap terus sebab makanan depan mata kan. Hahaha.Si Auf nya pula.... makan taknak. asyik nak main aje. biasalah gumbira kan , ramai yang melayan kerenah kau tu. 

Tukang bagi sweet kat tetamu.
Halooo...haloohhh.... rahjinnyaaa anak bonda.
=)

Tak cukup dengan tugas tu...tugas photografer pon dia nak ambil alih. 
Naseblah camera Lumix siapakah ini berpuluh gambar tidak dikenalpasti.

Lepas tu singgah pula di Muar . Makan lagi durian berkilo, dan manggis. Asyikkk makan je lah kiteorang lepas tu semua orang tegur

"eehhhh korang dua ni laki bini badan naik apesal?? ade sesiapa mengandung ke disini?" sambil menunding jari ke arah kami.

masuk kereta tiga beranak diam membisu. Hehehehehe.

Wednesday, June 20, 2012

Outdoor Shoot - For product catelogue

Cerita lama juga lah, tapi saja nak share sebab rasa nak tulis pasal ni. 

Hari tu, ade sessi Outdoor shoot for company product catelogue. Alah..model free sebab mak dia kerja kat sini. Hehe. So kiteorang bawak lah sales person kiteorang , photog and aku laki bini dengan auf mikail. Tujuan nak shoot catelogue yang 'mak' dia ni design dari tahun lepehhhh tak abis-abis. Hahaha!

So sebagai budak yang lasak tak reti duduk diam. tugas photog mmg akan mencabar. Seperti kisah2 silam sebelum ni. Dari 100 gambar yang diambil , yang cun dan boleh diguna pakai mungkin 4-5 keping sahaja T_T . Apa-apa pon we all have fun lah, walau cuaca panas membahang.


CONTOH :

 Duduk situ dia menguap pulak daaaahhh...

 Kasi Apple supaya fokus, dia ketuk2 cawan dekat apple tu.

 Dia julingkan mata pulak dahhhhh T_T

 Paling sadis : Photografer kena baling dengan cawan. 


dan hasilnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bolehlahh... Ini sekeping je dah berapa shoot. Cuma bayangkan kalau 5-6 helai.
T____________T


Kesimpulan disini : Hargailah Jasa Photographer seMalaysia. Hehehe


:)

Monday, June 18, 2012

A'uf potty training

Pasal potty train pon nak tulis kat sini ye dok.... ermm... as i know..mak-mak is alwayssss complicated. Haha.

Ok. Auf dah 2years and 5month. Cakap dia masih tak berapa lancar but as me as his mother yang hari-hariiii budak keriting tido bawah ketiak mak nya, i getting use to my child german language. Aku faham lah jugakkan sebab ayat dia dah betul dah cuma pelat! 

So kiteorang (note :me & my mom) decided nak potty train Auf sebab next year plan nak hantar school kan. Malewww tau bujang macho pakai pamperssss...(read : sebenarnya bonda try to save some money here. hehe) , occayy. so memula macam pesan banyak kali kat dia... Auf nanti nak shi-shi nak poo-poo kt jamban tau. Selambe guna perkataan jamban sebab mcm tak reti pulak nak mention secara lembut 'toilet' or 'gents' or whateverrrr. :P

Dia diam aje. and then one time tu dia nak poo-poo. berpeloh-peloh alohh-alohhh anak bonda. tapi poo-poo tak menunjukkan hasilnya. and he , himself ajak pergi mandi. then my mother decided utk letak dia atas jamban and hug dia kat situ. then settle sudah! bravo!

Second time aku pulak yang cuba. Sebab dia yang ajak mandi , padahal dia nak poo-poo project dia kan, same situation juga.... aku hug dia and then settle. Dia pon happy. Hahahahaha. so this is beginning of my potty training auf . Slowly lah kan. Mak kau semangat siap servey harga jamban kanak-kanak occayy.... haruu...

one of this yang rasa best nak beli

Fisher Price fun potty
RM 176 

Best sebab shape sama dengan jamban dewasa , cute and ada music whatever
supaya menjalankan project dengan lebih menyeronokkan 
yeke?? tapi mahal sikit lah


OR


Step Ladder potty seat
RM65
Boleh attach to normal toilet bowl, senang tak yah basuh periuk poo-poo dia. haha
tapi takut juga karang licin dalam toilet macamana pula.



Ok fikir dulu baru decide. Kan aku dah kate, mak-mak memang complicated , tempat poo-poo anak pon pening nak fikir ..... itu blom lagi sekolah anak, beg sekolah, baju...blaaa...blaaa...blaaa....


note : budak zaman sekarang suka tulis "malewww....itewww....gitewww" apesal eh?

:)

Wednesday, June 6, 2012

Bila kita kenal rasa bersyukur

Okeh...dah sebulan dah kami takada transportation utama, iaitu kereta. Baru je call insurans dan dapat tahu yang insurans belum luluskan ape-ape. Biasalah, time nak suruh bayar pujuk rayu baik punya lah... time claim2 ni harap maklumlah susah benar nak luluskan.

Tapi aku dah bajet dah... dengan keadaan yg teruk semacam tu aku dah boleh bajet, kereta aku akan masuk bengkel paling koman 2bulan. Ok fine. Letak angka selamat lah 3 bulan. So sejak itu, aku pergi kerja cikmok hantar naik motosikal berkuasa kudanya. Tak jadi masalah, rasa macam zaman bercinta pon ada merempit sana sini dengan motosikal yang setia berbakti..ecehhh...

Tapi, sejak ada anak ni..lagi-lagi anak yang agak aktif macam Auf atai (auf cakap nama dia auf atai) , bukan taknak bawak dia naik moto, tapi dalam jarak dekat aku ok lagi.... tapi kalau setengah jam atas moto aku dah tak boleh kawal dia. Terus teringat, kalau time kita bawak motor , nampak satu family naik moto dengan kepit anak depan belakang betapa susah nya mereka harungi hari-hari. Rasa insaf. Rasa bersyukur. Atleast , aku ade kenderaan berbumbung sejak auf dilahirkan. Tengok orang lain lagi susah kan.

As for Auf, dia no hal punya lah nak naik moto. menangis kalau dia nampak aku dengan apaknya pakai helmet. Meraung nak ikut. Itu standard kot kanak-kanak baya dia. 

 Rambut too curly , so terkeluar dari paksi. 
T________T


Mungkin kejadian ni ada hikmahnya.. buat kami rasa bersyukur...buat kami lebih kan masa lepak dirumah , jimat duit sebab takde pergi shopping mall. Dan yang penting, mesrakan lagi hubungan aku dan suami pelok2 secara halal diatas motorsikalnya. Muaahahhahaha.... 


Haa...yang belum kawin tu yang dok sengih2. Gatal hah!!


note : terima kasih pada sahabat , yang meminjamkan sementara kereta nya selama 3hari sementara dia balik ke kampung, dapat jugak aku pergi beli barang dapur dan bawak auf jalan-jalan hujung minggu . Semoga Allah balas jasa anda. :)


 

Tuesday, June 5, 2012

Desktop wallpaper / Handphone screen saver

From my twitter :
 "berapa byk hubby yang masih buat gmbr wife as wallpaper dorang.... vise versa."

Secara jujurnya, aku rasa semenjak kawin dan beranak ni...berapa ramai yang masih letakkan gambar pasangan masing2 secara solo pada laptop/pc/handphone masing-masing. Kebanyakkannya hanya akan letak gambar anak, wife/hubby bersama anak... berbeza ketika zaman bercinta dulu kot. Kalau boleh dekat kad matrix belajar bahagian belakang pon nak selit gambar pakwe kan...kan....kannn..... eh macam pengalaman jeeee... haha

Seriusly aku terfikir juga. kenapa. aku malu ke? tak cool ke? jiwang ke? atau kesian takde gambar anak depan mata untuk ditatap. Lebih sadis lagi bila, dalam wallet sekalipun gambar anda tidak diselitkan disana dengan alasan takde gambar yang sesuai. Masa bercinta , sanggup potong gambar candid semata-mata nak letak gambar buah hati , dalam masa sama show off la kat kengkawan yang dah ade pakwe/makwe kan.

Padahal setiap hari kita akan buka wallet ambil duit masa bayar lunch, hari-hari tatap handphone balas msg, dan hari-hari menghadap pc waktu bekerja. apakah sidia sudah bosan kah. 

ok cepat pergi perisa wallet/handphone suami2 anda. Alternatif lain, snap gambar cun-cun dari posisi atas macam budak remaja sekarang dan send pada mereka dan paksa jadikan ia sebagai paparan harian mereka. gud luck!