Wednesday, May 23, 2012

Budak yang dah banyak cakap

Aku rasa kan ramai budak baya2 auf ni dah start cakap kan. Walau tak jelas mana, tapi atleast kita sebagai ibubapa agak faham jugalah apa yang cuba disampaikan mereka. Macam tu juga dengan Auf. Dia pelat sikit, tapi cakap macam orang tua. Tapi itulah penawar yang buatkan aku nak ketawa hari-hari...

Atok dia tanya pada satu petang :
"auff...auf ni kenapa degil sangat ni..."
 "onde degill....." selambe je jawab

Kadang-kadang ada benda yang kitaorang tak sangka dia nak jawab macam tu. Terus kiteorang ketawa terbahak-bahak. Tapi betul kan, time budak2 baya macam ni rasa kelakar je walau dia menjawab. Cuba time dah dewasa nanti. Mau mak kau meroyan. Hahaha.

So far auf dah pandai jugak berdikari. Contoh macam nak beli aiskrim ke ape ke, aku bagi je duit kat dia ..dia akan pergi kaunter bayar sendiri. Kelakar ok kalau kaunter dah le tinggi, nampak tangan dengan duit je la kat kaunter tu. Lepas tu ade suara kecil... "nahhhh...abang..bayarrr". Kalau kat jusco ke shopping mall ke , dia nak bayar toys dia..aku ajar dia beratur. Nanti bersungguh dia beratur sebab nak bayar toys dia kan... Kadang kala sampai tersondol makcik depan. Hahaha.

tengok anak yang meningkat dewasa macam ni memang seronok lah kan. walaupon kadang kala ke'notty'an dia tu buat darah aku naik sampai telinga....haihhh.....

 

4 comments:

lylieiqmal said...

auf hensem! lame x jumpa. Rindu pulak. Jom date Ya!

misha.w said...

raisya pon semangat bila time bab membayar kt cashier.
penah skali tu kt toysrus, bila pas dia pilih2 brg, terus lari bawak toys dia ke kaunter nak byr. mcm tak expect dia akan buat camtu, budak cashier tu gelak je. hehe

yaya+frdz+auf said...

lylie: jommm.... weh pegi ttdi space U8 tu nak. ade playroom jugak. best!

Maria Rajab said...

comelnya auf ni.. geram tgk..bila nak jumpa ni