Friday, May 11, 2012

Ujian yang diturunkan Allah

Ada yang dah tahu melalui twitter atau Fb, mungkin ada yang tak tahu. Kami sekeluarga kemalangan pada malam kelmarin.

Malam rabu tu, memang dah plan lepas solat magrib nak gerak pegi jumpa cousin dekat USJ sebab nak hantar banner yang diorder oleh RHB bank. Happy gila sebab ini antara potential customer aku kan. Hehe. Lepas jumpa dekat area USJ, borak-borak dengan cousin , salam-salam kemudian bergerak untuk balik ke shah alam.

Masa nak masuk simpang USJ 17 persiaran setia , kami nampak kereta wira dalam keadaan slow motion dan macam tanpa hala tuju kekiri dan kekanan. Aku cakap kat cikmok, tengok tu dia tengah guna handphone. Cikmok balas lah, eee... susahkan orang lah bawak slow lepas tu guna2 handphone pulak. Kitaorang terus ke depan menghala ke shah alam.

Sampai di traffice light pertama kami berhenti. Borak-borak macam biasa. Sekali...... "banggggg!!" kuat gila segala asap keluar. Rasa macam mimpi, tapi tindak balas spontan aku ketika itu adalah memeluk erat Auf yang duduk dipangkuan aku ketika itu. Dalam kereta ada , aku , auf seat depan penumpang, suami drive , belakang adik lelaki dan ibu aku. 

Ketika tu dengar ibu aku jerit... suami panik , sebab impact tu je dah buatkan cermin mata dia terbang kebelakang. adik lelaki aku dengan ibu tak boleh keluar sebab pintu belakang tersepit. Aku tengok depan , tengok belakang abis semua cermin belakang pecah berderai. Cebisan kaca berteraburan dekat peha aku dan auf. 

aku cari handphone. tak jumpa! semua tercampak ke belakang. menggigil satu badan. auf terdiam, sedikit pon tak nangis. Aku rasa dia panik atau dia tak faham apa yang berlaku. Adik lelaki aku bengang, terus tendang pintu kereta utk keluar. Dia meluru terus ke kereta belakang marah2.Diikuti dengan cikmok. Hehehe.... Dia kate dia emo sebab dia lapar. Sian juga mamat chinese tu kena marah, Banyak kali dia say sorry. 

Aku? aku tak marah dia pon sebab aku tengok xde siapa yang cedera teruk dalam kereta aku (berdarah ke ape) just pemandu belakang mulut dia yang berdarah dengan kat perot dia. Aku cek auf tengok dia ok je...tapi xnampak sangat sebab dalam gelap malam tu. Mamat tu say sorry and suruh cek tengok auf ade cedera ke tak . And dia mengaku dia on phone and tak nampak traffic light merah.

Kesimpulan disini. Kiteorang ok, cuma kereta je remuk teruk bhg belakang. Cermin totally pecah semua yang belakang. Bak kate cousin laki aku, kena masuk halfcut alphat la lepas ni. hahahaha.:P

Alhamdullillah ini semua dugaan, aku sikit pon tak rasa marah kat lelaki tu, geram atau nak balas dendam ke ape walaupon mmg salah dia. Cuma bila tengok kereta aku, serius rasa sebak yang amat sgt. Sebab kereta tu lah aku cari rezeki. Kereta tulah aku yang bayar bulan2. Kereta tulah yang aku ada sebagai harta aku. Sedih tau. 

malam kejadian



Syukur semua nya ok. So 2-3 minggu ni duduk rumah sahaja lah diam-diam. . Tapi agak patah kaki juga lah xde kenderaan lagi-lagi aku dengan auf memang kaki jalan. Kekekekke. Cikmok ok lagi sebab dia mmg suka duduk rumah tido. :)

Yang paling aku rasa bersyukur , auf mikail tak duduk belakang macam dalam gambar ni...

Macam selalu dia buat. Kalau tak,  aku takleh bayangkan dia macamana. Dengan kaca terpercik lagi...iskk..ngeri aku kalau dok bayang. Ada yang tanya, auf trauma ke. Jawapan aku no! sebab dia memang suka imagine kereta berlanggar-langgar ni.(macamana dia selalu main toys dia lah) So dia cool je macam biasa. Hehehehe. :P

Aku tak kisah kalau aku yang cedera, tapi kalau aku tang anak cedera  , nanti aku akan rasa bersalah, atau rasa sedih gila atau mungkin, tak pasal-pasal chinese guy tu dapat rasa
rasa kasut size 7 aku ni. :)


p/s: kereta aku tengah2,  so depan belakang lah kemek. Cuma bahagian depan kurang impact nya .

7 comments:

nanonano said...

Haish ntah nape aku sebak dgn entry ni walaupun ko xde citer sedih2 pun, maybe sbb semua slamat kot aku jd sebak, huuu.. Tringat mika yg slalu duk cam auf gtu kt blkg, Allah, mtk jauhkan kami dr sbrang kejadian xdiingini, amin.

cyanamoose said...

Yaya... syukur penumpang selamat. kereta walau kita asa sedy tp boleh di baiki. cuma patah kaki sket la kan.

Mama Farris said...

syukur semuanya selamat..

yaya+frdz+auf said...

na : aku pon sedih na. naseb xde pape teruk2.

kak shana: syukur Alhamdullilah... aah...kena duduk rumah je lah

mama farris: kann... Alhamdulillah...

misha.w said...

syukur yaya sekeluarga takde apa2 yg teruk. terkejut gak aritu baca tweet yaya eksiden, kita reply tgk yaya diam jek.saspen je kita. huhu

xeea said...

Thank god semua selamat! phew! Mmg benci tau org layan HP time drive. Bahayakan org lain.

Unknown said...

ya ALLAH..syukur wak semua selamat.. plg penting anak kan..ya ALLAH..