pejam celik dah 13 hari bonda dan auf berkampung kat ward ni..... jiran sebelah katil dah lebih kurang 5org dah bertukar ganti....betapa aku nak menaip perkembangan terbaru auf tetapi budak bujang ni asyik nak berdukung sahaja....dan sejak warded ni...dia kurang dengan org lain....mane taknyeee....dah berkepit bawah ketiak bonda dekat 2 minggu.....siang dan malam...heee...
auf still demam....graf dia still turun naik....so sebab tu dia tak dibenarkan lagi untuk discharge kerana takut bila demam dia naik tinggi...aterinya makin membengkak..... paed bagi contoh.... ateri dia tu macam plastic...bila kena panas makin kembang....and kalau makin panas makin kembang......so that's why demam dia mmg sgt dipantau disini..... macam rumah terbakar...tp bara still ada.....
tapi alhamdullilah....lepas 24 jam ambil ubat ivig (Immunoglobulin) , mmg perubahan ketara berlaku....dia tidak lagi menangis2 seperti sebelum ni...dia dah mula fokus pada toy's dia....(thanks lylie and fara for the toy's) , and he can smile again..... betapa bonda gembira.... sukar digambarkan dengan kata2.....
seperti yang diterangkan , auf still akan bergantung dengan ubat untuk sementara kerana bimbang akan kesihatan jantungnya.... tetapi , auf tetap boleh jalani kehidupan seperti kanak2 lain..... have fun pada zaman kanak2 mereka....
semua yang berlaku ada hikmahnya....dan ini dugaan Allah kepada kami sekeluarga...bahagian kami....dan walau macamana pun rawatan seterusnya.... rintangan yang datang.... bonda bersyukur auf semakin pulih... dan apa yang paling menggembirakan bonda....
.its ur first smile after 10days , which i can't live without it....
i love u son....
jikalau darah bonda boleh diambil untuk menyembuhkan kamu auf....bonda rela...ambillah sebanyak mana darah dari tubuh bonda ni....bonda sanggup sayang....
p/s: thanks to friends and family yg mendoakan auf....yang sms tnya kabar....kawan2 baik, bloggers dan facebook yang tak putus asa berdoa and menguatkan semangat bonda....pada yang membuat entry khas berkaitan auf.... kawan2 yang melawat...yang secara langsung atau tidak mendoakan auf..... nurse2 kat sini yang dah macam geng...borak2 dgn bonda pepagi buta.... menenangkan bonda ketika bonda menangis..... dan juga Ayah (aka cik mok) yang tak putus asa berdoa dan solat hajat .... terima kasih.... semoga Allah membalas kalian dengan rezeki dan kebaikan....
:)
Updates : Email Change
10 years ago