Friday, April 5, 2013

Maternity & Nursing pillow

 Masa mengandungkan auf dulu, memang mengikut hawa nafsuku memang nak sgt beli nursing pillow. Masa tu kan semangat BF sangat berkobar2. tapi biasa lah, dari sehari2 nak beli tp last2 tak beli pon sebabnya lupa. Last2 menyusukan auf sendal bantal tido je lah.

Untuk pregnancy kali ni. aku target lah nak beli pillow ni. Lagipun banyak barang2 lain dah ada kan (baju,mitten,booties) so agak jimat lah untuk kali ni. jadi ape salahnya beli satu benda yang mahal sikit kan. hehehe. (alasan)

Dalam banyak2 benda yang aku beli time preggy ni, barang ni lah yang aku rasa antara benda yang berbaloi aku beli. 3 in 1 maternity pillow by MLO.

Mula2 aku nak beli yang bentuk U biasa tu kan. harga dalam 60 sebijik. Tapi this one i likee so much sebab dia ada tali boleh ikat kat hujung. bila bukak dia boleh jadi macam bentuk ulat. Sangat selesa okeh untuk menyendal perut yang dah besar bulat. Berebut jugak dengan auf dengan bapak auf disebabkan oleh keselesaaan nya. Nanti adik dah keluar, bantal pon dah bacin. hahahahaha.

Lepas ni nak BF baby boleh ikat hujung bantal tu , dan dia bertukar menjadi supporters. Lagipon jenis ni dia ade zip kat situ, so sarung dia boleh dibasuh. atau len kali boleh tempah sarung baru. :)

So preggy mommies. Beli lah kalau ade duit lebih. hehehehe

:)

Friday, March 1, 2013

rinduuuuuuuuuuuu

serius rindu. rindu sangat.
budak ni. haih. walaupon lasak dia buat bonda penat. 
dan rindu juga ayah dia ni ha. 
hahahahahhaha
:P


Preloved Shoes :)

Aku memang suka kumpul kasut anak. Suka sampai beli lepas tu tak guna pon. Haha. Hari tu kemas2 baru tau banyakkk sangat kasut auf ade yang masih baru. Fikir2 nak simpan untuk adik baby. Tapi rasa macam kesian pulak. semua hak milik abang nak pass down kat adik. So buatlah sessi pilih memilih. dan buat keputusan , separuh dari nya nak let go je. Mana yang rasa sayang tu simpan lah. 

So ni picture nya. siapa nak email pada : yaya_faridz@yahoo.com / sms 012.6639934
kalau dah sold tu sorry lah.

Right click untuk besarkan gambar.







tersesat pulak . hahaha.

Thursday, February 28, 2013

DIY your aneboda ikea drawer

3 tahun lepas , aku beli aneboda drawer ni dekat ikea dengan harga Rm199. Mase tu konsep bilik mamat keteng adalah putih kan. so mengikut kesesuaian bajet bulanan, aneboda drawer ni je lah yang mampu milik dan cantik dia mata aku. sesuai untuk baju2 baby auf. Lepas beli bawak sendiri. Balik rumah cik mok pasang , bonda dia begitu teruja masukkan semua baju2 baby auf time tu.

Setelah penggunaan 3tahun. aku tak pasti. aku yang ganas ke . atau perabot ni jenis tak tahan lasak. hohoho! hasilnya...


rabak wehhh T_____T

lagi-lagi bila auf dah cukup tinggi dan dah pandai buka tutup drawer dia sendiri. lagi lah makin parah keadaan drawer ni. tak sempat nak guna turun kepada adik nanti.

so...

sebagai alternatif penjimatan maksima. dan hasil google. terpaksalah men DIY balik drawer ni. Struktur dia masih kukuh , cuma drawer bahagian depan tu je yang dah super teruk.

maka terhasillah ini...

hanya beli :
Adjustable rod dekat ikea : RM15+
dua box hitam utk bahagian bawah : Rm7 satu
hanger kecik2 dekat giant : Rm10

taraaa.... jadi lah almari gantung untuk mamat auf. soooo jimat untuk sementara duduk rumah sewa ni ha. nanti dah pindah rumah sendiri. pepandailah buat wardrobe tahan lasak. 

:)

so korang kalau ada masalah yang sama dengan aku. boleh lah buat jugak. settle masalah.

sekian

Tuesday, February 5, 2013

Adik Auf

Adik 26week 4day.
850g

Last week sempat jugaklah pergi buat detail scan untuk si kecik dalam perut ni ha. Paling kiteorang nak cek mestilah jantung dia kan. Masa auf dulu takde buat detail scan ke 3d/4d bagai ni ha... tapi buat maternity photoshoot. 

Kali ni nak bagi adil kat adik. kite buat 3d/4d scan sebagai ganti kepada maternity photoshoot. So far jantung dia ok la. Harap segala2 nya ok sehingga melahirkan dia kelak. Aminnn...

Masa tengah scan dokter cakap mulut dengan hidung sebijik abang dia. Haha. Ibu aku pon selalu cakap macam tu sebab aku asyik nak bergaduh je kan dengan auf. hahaha. auf memang dengki kat aku je. kat ayah dia , dia baikkkkk sangat tau.  Tapi belum tentu lagi yang ni keriting macam abang dia kan. :)

gender? 

owh ... dah tahu dah pon. memang jelas lagi nyata. 
so kami bakal menerima seorang lagi baby boy. Alhamdullilah...
ini semua perancangan Allah, syukur ya Allah. Moga-moga jadi anak yang soleh.

Preparation...
Baru beli peralatan mengepam susu sahaja. list dah buat tapi masa tak mengizinkan.
sibuk dengan tempahan customer sehingga bulan 3. Alhamdullilah lagi itu semua rezeki adik. 

Moga Allah permudahkan segalanya.

:)

btw , sesiapa yang nak murah scan 3D/4D (detail scan) murah, boleh buat dekat 

KLINIK SOFEA , PUCHONG UTAMA.
JALAN PJU 7/3 
BANDAR PUCHONG UTAMA

Shoplot berdepan 99speedmart.
Harga Rm80 sekali print out, report and CD
 Dokter perempuan.

rasanya situ paling murah yang pernah aku tahu la kot. Dan boleh walk-in je terus.
Sebab dia dekat gilos 5minit je dari rumah mak mertua. tu yang teruja lebih tu. hahahaha.



 

Wednesday, January 16, 2013

Kelantan Delights Subang Jaya

Siapa suka makanan kelantan angkat tangan? hehe. aku ni takde la suka sangat kot. Yang paling aku tahu dan paling suka pon Nasi kerabu je la even warna dia biru2 gitu. Sebab first time makan beli kat pasar malam dekat rumah, sekali makan rasa sedapnyaaa lahai. 

Kali ni tiba-tiba bos nak belanja makanan kelantan sempena kami-kami yang bekerja keras pada annual dinner yang lalu. Mana tak nye, kami2 ni semua committee tak dapat makan pada hari kejadian sebab sibuk uruskan majlis. Aku lagi lah, dengan membuyong nya, kena jaga camera dan photo booth session. Amik gambar orang sampai tak makan. Sebab lapar sangat time tu, sempat makan donut sejuk tak tahu sape punya. sadis.

Now , time untuk balas dendamm.... ngeh..ngeh..ngeh...

Kelantan Delights Subang Jaya
Sebelah dengan subang prade, berdepan dengan empire subang

Semua perempuan. :)

Mak yong mata panda T_T


Nasi kerabu daging bakar
rate sedap : 7/10
daging bakar dia lembut. tak liat langsung. cecah pula dengan sambal air asam dgn budu. perghhhh...

Brokoli oyster . 
rate sedap : Sedapppp gila
RM14.00

Asparagus belacan
rate sedap : 9/10
Sebab aku suka sayur so mmg sedap lahhh
Rm14.00

Line of dessert yang kami order
sotong pulut, pulut mangga, lompat tikam dannn pisang sira (takde dalam gambar)
aku rasa setiap satu sebab banyak yang first time makan
paling sedap is sagu gula melaka :)

*meleleh air liur*

Ok cukuplah gambar foodporn yang disebarkan disini. nanti ade orang mengidam terutama rakan-rakan mak yong diluar sana. kekeke. Disebabkan harga dia agak mahal, so korang jika sekali sekala nak buat surprise birthday untuk hubby/wife and celebrate anniversary atau nak candel lite dinner whatsoever , korang boleh la booking di
Mention awal2 korang nak space untuk korang berdua je boleh jugak. Diaorang boleh kasik settle. Cuma jangan harap la ade pemain violin datang gesek violin time korang makan kan. 


:)

Friday, January 11, 2013

23 going on 24

Okeh... mak yong sekarang nak masuk 6 bulan dah noks. seremm memikirkan ada lagi 3 bulan to go. Preparation dari segi barang baby baru nak start ni haa... nak sort out balik baju abang nya pon belum sempat lagi. so far untuk this time takde lah nak beli banyak pon , just lebih fokus kepada benda yang penting2 sahaja. 

Kali ni berat takde lah naik mendadak macam dulu. Dulu paling koman 2 kilo mesti naik punyaaa... kali ni agak berhemah la sikit kan. Makan pon takde la selera besar. Biasa2 je macam normal. Masih makan nasi siang malam lah. Cuma kali ni banyak makan benda berkhasiat macam buah-buahan. 

Sekarang ni budak-budak office dah mula lah main guessing game. Rata-rata semua predict aku pregnant baby girl. Tak tahu sebab apa. Muka bersewiiii-sewiiii kot. hahaha. Siap ade tengok dari belakang , ade tengok dari side view lah. haha. Macam-macam. Kelakar pon ada.

Tunggu nanti aku buat scan lagi sekali baru boleh confirm. Itu pon kalau adik bagi kerjasama. 

Abang Auf pulak asyikkk lah begitu manja sekali dengan aku. Mandi, pakai baju, buat susu even tengok tv nak bonda. Biasa lah tu. nak bermanja selagi boleh. haihh...rindu pulak pada mamat keriting tu.

  boy ke girl?

Wednesday, January 9, 2013

David Luiz datang Malaysia

Walaupon aku tak suka chelsea , tapi sebab mamat ni lebih kurang je rupanya.....


 Gaya tu dah ada dah.

walaupun tendangan senget



 .
.
.
.
.




:)

Tuesday, January 8, 2013

Perkembangan Adik Auf

Adik Auf dah 23 minggu nak masuk 24minggu. Sekejap je masa berlalu dan tetiba perut macam popout satu benda besar bila bangun tido tengok2 je ehhh...ehh... dah besar pulak perut ni macam tertelan tembikai. T_T

Namunnnn....kali ni punya pregnancy bonda masih boleh menstabilkan berat badan. So far 23 minggu ni baru naik 4-5kilo. kira okeh la tu dari duluuuuu. Hehe. Set my mind, jgn eat for two. Eat health food. kekekeke..... (kadang2 balun jugak bubbletea,choc,cheesecake bagai).

Abg auf masih dalam fasa 'need more attention please' la kan, Mandi tido makan berak semua nak bonda tak nak orang lain. Ku gagahkan diri dan sabar je la kan. Kadang hangin jugak tapi tu lah nak buat macamana.

So sad kali ni takde amik gambar utk baby kali ni. kesian nya...





:)

Friday, January 4, 2013

This picture made my day :)

Picture dari ibu kakal pagi tadi. Belek2 kelakar pon ade. Tapi atleast, tengah stress buat keje ada jugak gambar yang boleh buat aku ceria. hahahaha. Auf....auf...kenapa lah dengan kamu ni.


Budak menangis orang nyanyi lagu birthday untuk dia
Tak pasti sebab apa. malu atau nyanyian mereka salah tone
hahahaha.
bonda jadi mangsa

T_T