Guangzhou, China terkenal dengan orang kata 'syurga shopping' .Ye, kiteorang baru je balik dari sana. Cuaca kat sana average dalam 13-16 darjah celcius. Yelah, musim sejuk dah bermula cumanya guangzhou takada salji macam Beijing. Tapi menjadi orang malaysia tak tahan sejuk macam aku ni, harap maklumlah mmg tak tahan punya. Thats why awal2 aku dah beli jaket bulu2 (auf kata jaket ulat) dengan sarung tangan untuk menahan kesejukkan. :)
Tiket ke guangzhou aku dah beli awal dah . lebih kurang 6bulan lalu la kot. mase tu AA buat sale tapi xde lah murah gila. Tiket pergi balik 3beranak siap tax bagai dalam rm1540. Inilah dia hasil usaha gigih aku siang malam tak tido buat kerja part time sebab nak merasakan Auf naik kapal terbang, dan merasakan kami anak beranak untuk ke negara orang. Alhamdullilah dengan izin Allah. :)
Pergi 2 keluarga. Dia pon bawak anak sorang, dia pon buyong. Dia 6bulan aku 4bulan lebih. masing2 buncit kedepan jalan tak larat. Well, this is unplan okehh. Tapi yang bestnya, dia bawak mak ayah dia. sebab dia tak larat kejar anak dia. Aku laki bini je lah kejar anak kot.
A'uf dengan Althea. Dua2 nama nak 'A' je kan. poyo.
Naseb baik beli trunki ciplak ni dekat groupon baru2 ni. Memang membantu sedikit sebanyak nak mendiamkan mamat keriting di Airport. Dia kan nak berdukung je ikut mengada dia. Jadi tarik aje dengan bendaalah ni.
Musim Sejuk
Dari Malaysia aku dah cek sana punya suhu berapa. dalam internet tulis dalam 13-16 , so be prepared la awal2. Kalau korang jenis kulit tebal cam laki mak, no hal lah. tapi kalau penghidap asma macam mak ni, kena la standby spray asma, sarung tangan, sarung kaki (senang nak solat juga) dan baju tebal. Jangan nak eksyen sangat ingat sejuk cameron, datang sana baru tahuu...wuwuwu..
Tips 1 : Jika pergi bulan nov-januari , musim sejuk...sila beli jaket bulu2 dekat bundel bagi yang nak berjimat. Jangan ingat bundel takde class tau. Bundel dekat rumah mak aku Rm5.00 je jaket ulat tu. Jimat selagi boleh. hehe. Lip gloss pon jangan lupa nanti bibir kering gila.
Tips 2 : Baju bulu Auf aku beli dekat Brands Outlet. Ade offer. Rm50 sajork brand babygap lagi ok lah untuk pakai setakat 4 hari kot.
Travel dengan anak kecil
Travel dengan budak kecik tak reti duduk diam bukan mudah ye kawan2. Setakat dia maraton dalam kapal terbang lari kehulu hilir tengah2 laluan tu adalah perkara biasa so prepared kan barang2 macam2 seperti segala mak nenek ipad,ipod bagai. Atau coloring book, toys favorite dia dan makanan sementara macam biskut atau snek.
Tips 3 : bawak sedikit bekalan makanan dari malaysia. Kita tak boleh aspek ada makanan halal kalau dah sampai nak malam kan. Naseb baik mak mertua bekalkan tempe & ikan bilis sambal kering untuk mak buyong . Separuh dari luggage aku adlah makanan. biskut oreo, megi cup, sup cendawan segera dan lain2....hehe.
Solat
Kalau dah tahu nak pergi negara orang yang bukan penduduk majoritinya adalah islam, sila jangan lupa bawak penunjuk arah kiblat ye. Alah murah aje beli dekat mydin rm5.90 tak salah aku. Apelah sangat kan berbanding dengan ingatan kita pada Allah yang maha esa ye dok. hehe. Dan mudahkan diri kita (orang pompuan) dengan membawa bekal stokin tebal , satu tudung labuh dan alas muka sebagai untuk memudahkan kita. Jangan anggap ia bebanan sebab islam tu kan mudah. :)
Waktu solat kat Guangzhou sedikit berbeza dengan kita. Magrib dengan isyak dia agak cepat sebab mereka malam panjang siang sekejap.
So jangan lupa niat musafir lepas sempadan. dan jamak lah siap2 sebab nanti keluar susah jugak nak cari port sembahyang kecuali korang pergi tempat arab stress gitu.
okeh nanti sambung part makanan dah shopping pula.
3 comments:
bace niyro pun da best! x sabar nk tgk hasil tangkapan tyme shoping.. updates gmbr bebyk eh!
huittt.. beg Auf mcm besh je.. mcm cars..
bestnya...
Post a Comment