Friday, August 19, 2011

Hati

Dulu,
Ibu aku pernah kata yang kalau di jari jemari/tangan kita ada tahi lalat , orang tu dikategorikan sebagai 'orang seni'. Masa tu aku berusaha cari tahi lalat pada sekitar tangan aku untuk membuktikan aku dalam golongan berseni itu. Walaupun hakikatnya tiada.

Tapikan aku memang suka seni dari dulu. Dan suka rekacipta. Masa tingkatan 1-2 aku pernah cipta satu rumah kotak untuk adik aku yang ketika itu seorang bayi comel. Dengan kotak TV abah aku baru beli aku potong2 , gam dan sebagainya berdirilah sebuah rumah kotak yang siap dengan tingkap kecil, pintu masuk ala-ala little tikes house dan mempunyai lampu kecil berbateri didinding rumah. 

Dulu,
Cikgu aku kata siapa yang ada banyak tahi lalat dimukanya dia adalah seorang yang sangat baik hati. Kira hatinya suci dan tulus gitu lah kan. Punya lah masing-masing dok kira berapa banyak tahi lalat yang ada di atas muka masing-masing. Dan kiraan itu terhenti pabila cikgu berkata :

"nak tahu kenapa orang itu baik? Kerana dia baikkkk hatiii sangat bagi lalat buang air atas muka dia"

Tertipu!

Actually , tak kisah lah dimana pun tahi lalat anda, pokok pangkalnya terletak pada hati itu sendiri. dan tidak semestinya tak ada tahi lalat ditangan itu anda buta seni. Korang pernah ke tahu yang eric leong casa impian tu ada tahi lalat dekat tangan?

Simptom lepas baca entry ni : korang mungkin akan try belek tangan atau muka korang nak kira tahi lalat kan.

selamat beramal!

:)

No comments: