Thursday, July 28, 2011

Apa yang kami perlukan ialah kata-kata semangat!



Kadang terfikir. Wanita emosi nya lebih banyak mengusai diri. Hati senang tersentuh. Air mata mudah mengalir.

Dalam kepenatan balik kerja , dengan kerja-kerja menimbun hingga memerlukan aku stayback hingga malam menjelma bukan mudah. Dengan tugas sebagai ibu yang susukan anaknya. Dengan kerja-kerja rumahtangga sebagai seorang isteri. Dengan part-time work sebagai pencari duit lebih untuk keluarga. Dan dalam semua itu kadang kala kita hilang percaturan hidup. Mulalah nak menginga tak tentu hala.

Tapi 
at least aku perlukan suami. Perlukan suami beri kata-kata semangat seperti 

"takpe eh sayang, esok kita buat sama-sama ehhh"

bukan seperti 

" dahhh tuu...nak buat macamana dah tugas ibu-ibu macam itu"

atau dengan membenarkan isteri pegi joli shopping 3-4biji baju. Hahahhahahhahahaha. 


 Kami para isteri tidak minta banyak, cuma sedikit perhatian. Itu sahaja. We can do everything, we just need support.
-HannahJohary- 




p/s: sesungguhnya kata-kata indah itu lebih baik dan menyejukkan hati. Selamat beramal.

:)

2 comments:

afni+hafiz=dani said...

agreed!! =)

Aishah Rahim said...

Kata-kata penyejuk tu penting dalam rumahtangga kan Ya? Sebab kalau kita tengah penat dan panas, kata-kata macam gitulah yang boleh buat kita mellow down.