Monday, July 11, 2011

Sekitar Leehuat warehouse sale

Salam kawan-kawan. Baru sempat nak update blog. Lepas warehouse sale berduyunnnn kerja tiba.

Aku hampir tiada suara ni dek penangan warehouse sale tempat kerja. Dok jerit sana sini dengan cuaca panas membahang dan asyik minum air. Nasib baik update blog pakai taip, kalau pakai suara dah tak mampu nak cakap dah ni ha.

Ok, warehouse sale 2011 kilang plastic tempat aku kerja dah pun tamat. selama 4 hari kami berjuang mempromosi (sebulan sebelum) , buat flyers, buat banner, tshirt , fikirkan startegi , makan minum kawan2 yang lain, set up booth dan sebagainya. Penat memang penat, hingga terpaksa tinggal anak bini laki semualah kerja non-stop isnin ahad dengan Auf yang warded 4 hari sebelum aku start warehouse sale tu. Ok , itu cerita lain.

Sepanjang 4 hari warehouse sale bermacam-macam benda terjadi. Ada yang menariks dan ada yang tertarik malah ada juga yang menarik muka. hahaha.

1) Turun berat badan
Penat wehhh..... kami committee lagi la kena lari sana lari sini layan customer yang mahukan harga borong membeli secara pukal. Aku angkat berkotak-kotak kot dari belakang kilang sampai ke booth aku. Mana barang aku tengok kurang aku akan pergi lari ambil stok dan kemudian top up dekat kaunter dimana kawan yang lain sedang berurus niaga. Dengan makan kemana minum air je weh. Total lost weight is 2 kilo dalam 4 hari. hahaha.

2) Bermacam customer bermacam ragam
Adat la bila berniaga, macam-macam orang kita boleh jumpa. Yang cool, yang pak angguk, yang tamak nak free gift lelebih dari nilai barang dia beli, yang jenis tak kisah dan anggap harga yang diletakkan sudah murah berbanding beli dia luar. 

Kami ade bermacam produk diantaranya barang-barang brand rubbermaid , little tikes yang kami eksport ke luar, so contoh lah kami jual satu set toiletteries kalau dekat metrojaya dia jual dalam rm19.00 gitu la satu set, kami jual 2set for rm5.00. Ok fine memang murah lah kan, harga kilang and barang tu baru (dalam kotak lagi) cuma off season je la. Dah la makcik tu beli rm5.00 , dia paksa aku nak free gift 3-4 ketul lagi yang nilai dalam rm10. memula aku sabar juga lah tapi bila tengok orang tamak melampau mula la aku bagi pepatah "kakk..jangan tamak-tamak kak, cikgu saya ajar, orang tamak selalu rugi kak" dan berlalulah kakak tu dengan muka bengang. hahahaha.


3)Auntie 5 ringgit
satu peristiwa yang buat hati aku tersentuh dan ingat sampai sekarang. Ada seorang nenek tua , datang bersama cucunya dalam lingkungan darjah 3-4 gitulah. Berbangsa india. kehulu-kehilir dia melihat-lihat apa yang boleh dibelinya. Dari pakaiannya yang biasa-biasa aku anggarkan mereka dalam golongan sederhana. Macam kita-kita. 

Dari satu booth ke satu booth diperginya. Tak sedikit pon dia bertanya harga , mungkin cuma lihat pada signage yang kami paparkan. hingga dia berhenti kepada booth kami. Masa dia tengah jenguk2 tu aku tanya, "auntie, you nak beli apa". then dia jawab "ada rm5.00" sambil keluarkan duit dari plastic warna kuning disimpulnya dan tunjukkan kepada aku. Cucunya beriya- iya mahukan botol air sekolah. aku balas "auntie, yang tu murah auntie, 3 rm5 saja" kerana dia dengar perkataan rm5 , dan wangnya cukup dia tersenyum lebar dan segera suruh cucunya memilih. Aku sedih sangat , sebab dia tak minta langsung barang free atau kurangkan harga dan tujuan nya kesitu hanya untuk membelikan cucunya apa yang termampu. kalau aku cakap 3 barang , maka 3 barang lah yang dipilihnya, tanpa banyak kata, banyak soal. serius aku kesian. lalu aku pejamkan mata menghadiahkan dia lagi 2 biji botol air kesukaan cucunya. dan beberapa barang extra. berulang kali autie tu ucap terima kasih dan berlalu dengan plastic bungkusan dan duit rm5.00 ke kaunter bayaran. Bagi aku, mungkin duitnya ada banyak tu saja, tapi oleh kerana dia fikirkan cucunya, dia belikan juga barang itu untuk gembirakan cucunya.

Serius sedih weh. Susah nak jumpa orang susah tapi takde la lebih-lebih macam orang lain yang minta macam-macam , tamak pula tu. :P


4) Drama air mata
Last year warehouse sale takde la mengalir air mata sampai macam ni. tapi kali ni memang sadis lah bila ada suara mempertikaikan kami memberi barang percuma kepada customer. Standard la kot free gift , dan barang tu pun byk nak mampos. itu pun kedekut ke. kami-kami ni ok lah lagi kan nak bagi free gift ke semua, yang tak puas hati semua orang baru dalam company dan nak bersuara pulak. last year kami buat takde pape pon. ok je takde la sampai ke pihak atasan. dan pembeli pon gembira dan kami pon gembira. 

Ok. gambar sekitarnya.









Dan last sekali, gambar crew warehouse sale ini.


:)

8 comments:

sharEna said...

sedih bace yg anT india tuh. insap +(

Ann said...

serius sedih dengan cerita anT India tu
tsk tsk

nanonano said...

syoknye klu dpt g ni,
na mmg pgumpul brg2 tupperware ni,
nk beli yg branded tuppwerware betul tu xmampu la
beli yg murah2 aje ni yg syok borong :p

wardah @ fie shah said...

kesian auntie India tu. huhu.

Hannah Johary said...

Ruginya tak pergi. Ada wedding pula.

Banyak barang best. Bila next? :D

Touching baca cerita Aunty india tu juga. Begitulah selalunya. Orang yang tidak ada duit tidak minta banyak. Yang ada duit, berkira macam nak mampus pula, kan. Huhu.

nadeera said...

eh nie kilang dekat area subang mahseng sana ek??

sgt sedih gak baca entry nie..huhu

LIP (^_^) said...

Seronok dpt memborong nih..

Unknown said...

sedih denga citer auntie tu..
em mcm best je tgk botol air tu..hehehe..