Friday, January 11, 2013

23 going on 24

Okeh... mak yong sekarang nak masuk 6 bulan dah noks. seremm memikirkan ada lagi 3 bulan to go. Preparation dari segi barang baby baru nak start ni haa... nak sort out balik baju abang nya pon belum sempat lagi. so far untuk this time takde lah nak beli banyak pon , just lebih fokus kepada benda yang penting2 sahaja. 

Kali ni berat takde lah naik mendadak macam dulu. Dulu paling koman 2 kilo mesti naik punyaaa... kali ni agak berhemah la sikit kan. Makan pon takde la selera besar. Biasa2 je macam normal. Masih makan nasi siang malam lah. Cuma kali ni banyak makan benda berkhasiat macam buah-buahan. 

Sekarang ni budak-budak office dah mula lah main guessing game. Rata-rata semua predict aku pregnant baby girl. Tak tahu sebab apa. Muka bersewiiii-sewiiii kot. hahaha. Siap ade tengok dari belakang , ade tengok dari side view lah. haha. Macam-macam. Kelakar pon ada.

Tunggu nanti aku buat scan lagi sekali baru boleh confirm. Itu pon kalau adik bagi kerjasama. 

Abang Auf pulak asyikkk lah begitu manja sekali dengan aku. Mandi, pakai baju, buat susu even tengok tv nak bonda. Biasa lah tu. nak bermanja selagi boleh. haihh...rindu pulak pada mamat keriting tu.

  boy ke girl?

2 comments:

Unknown said...

perut awak comel kecik je yaya

fiqkbe said...

fiq skrg dh 8 bln lbih tp perut nyer kecik je cm perut akak ;D