Showing posts with label ayah auf. Show all posts
Showing posts with label ayah auf. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Hello kembali :)

Dah lama rasanya tak update blog. Tak terkejar rasanya dengan kerja office dan kerja part time kat rumah tu. Balik-balik siap segala kerja , buat design tengok2 jam pon dah pukul 2pagi. Lama-lama jadi zombie...ewahh..pantun 2 kerat lah pulak . :)

Kadang kala banyak juga benda menarik yang nak share tapi apekan daya. Last week auf warded lagi dalam 5hari. dan this week pula hubby pulak yang warded. Sedih , kelam kabut , keliru semua ada. tapi, aku kena lah kuat sebab aku isteri dan bonda. Kena cergas, dan kuat semangat. 

So far everythings under control. HUbby pon dah samakin pulih. bayangkan menggigil aku drive 130km/jam nak pergi ambil dia di office yg tengah kesakitan. aku keluar office tanpa signage bos dan redho ape2 terjadi pada kerjaya aku.Sebab aku rasa Allah tolong orang yang benar. Dan saat macam tu suami lagi memerlukan aku disisi kan. 

Aku terlalu sayangkan keluarga aku. 

ok. done with kisah sedih-sedih.

Auf pon bulan depan dah nak masuk 2tahun. Rasa sekejap sangat masa tu berlalu. Rasa dah besar dah anak bonda. DIa biasa lah, lagi dah nak besar ni lagi lah lasak kan. Dah pandai macam-macam, cuma cakap je belum faham sangat lagi.
Panggilan dia kat aku sama lagi lah. Ape lagi ..."nen" lah. Aku dah jadi tak malu dah tau. Last week masa kat hospital, nurse nak cucuk dia...dia jeritt..."nenennnnn" nurse tu tanya kat aku, "dia panggil nenek dia ke" . bergegar perot aku tahan gelak ok. hahahha. 

satu lagi situasi kalau pagi-pagi nak pergi kerja. Aku salam lah dia kan, then aku cakap " bye auff...bye sayang" nanti dengan muka selamba cakap "bye nen..." sambil tutup pintu. Hahaha. Kelaka ok.

oklah. ade urusan sikit ni. saja je tulis sikit dekat blog sebab rasa rindu nak update betul2 tapi takde masa. kite ni betul2 blogger lah kalau rindu blog sendiri. hahahhahaha. :P

:)

Friday, May 20, 2011

Happy Birthday You !

Lagi dua hari birthday cikmok. Tapi rasa macam nak ucap awal-awal je sebab nak jadi orang terawal wish dia. dan takde surprise2 pon sebab dia ada plan dia sendiri on that day.

Tak biasa dan tak tahu nak ucap macamana.Memang orang tak reti nak jiwang-jiwang sgt. hehe. but, just want to wish you happy birthday. Sorry takde hadiah mahal2... but i buatkan u this video bila i ade free time kat office. Save tau dalam handphone you. Nanti you boleh ulang-ulang tengok hari-hari. hehe. It takes me 1 week tau nak kumpul gambar and fikir jalan cerita tau. oklah.

Tunggu dia loading dulu. :)





Happy birthday You.

Tuesday, May 3, 2011

Genting

Actually memula takde la beriya sangat kan plan nak pergi genting ni. Padahal kabel car genting bukan main dekat lagi dengan rumah ibu aku kan. Sebab selalunya nanti beriya-iya plan sekali tak jadi mak akan sentap lebih noks. haha!


Seperti biasa, bonda lah yang selalu lebih-lebih plan bagai. 

Disebabkan cuti 3 hari , fikir-fikir apelah aktiviti yang boleh dibuat dengan gaji belum masuk lagi. so pergi yang dekat-dekat je lah kan. Takyah fikir nak tido sana bagai, tidur rumah sendiri sudah. Cuma rasa nak spend time dengan Auf lebih sikit sebab seminggu dah asyik kerja je kan.

So pergilah kami bertiga ke genting. 


 Ini cabel car. Tiket naik benda ni satu hala adalah rm5. Masa naik benda Auf dengan Ayah behaved gila la diam keras, dan berpura-pura menikmati alam sekeliling. Tiba-tiba jadi pencinta alam. padahal cover line cuak.


 Okeh, tangan gebu tu milik Auf mikail. Cute but montoks.


Lepas masuk outdoor park tu kiteorang macam tak tahu nak buat ape. So , sebab plan adalah untuk jalan-jalan je lah kan, kami pon tawaf lah park tu sambil ambil-ambil gambar.

Bonda tgh mendukung anaknya yang manja


Ayah dengan Auf depan chocolate wonderland.



Dan aku rasa benda yang Auf excited dan happy the most adalah playground dia. Dia suka sangat sampai nangis-nangis tak mo balik. Padahal aku tengok biasa-biasa je. Haha. Mungkin sebab main di playground dengan cuaca sejuk adalah sangat best kot.


Total kitaorang berada digenting tu dalam 4 jam aje. lepas Auf tertido kepenatan kiteorang pun balik lah kebawah kan. Even 4jam rasa seronok dan gembira lagi-lagi bila spend time dengan anak dan suami. This is what i call quality time. :)


:)

Monday, April 11, 2011

Cinta hingga hujung nyawa

Tiba-tiba aku rasa macam jiwang, rasa macam terfikir. bagaimana rumahtangga aku satu hari nanti. tatkala anak-anak sudah dewasa. tatkala masing-masing duduk berjauhan bila aku adalah berdua kembali dengan cikmok. tatkala kedutan di tangan, kaki dan muka mula menular. Tatkala langkah tidak lagi selaju wanita muda.

macamana ye?

Mungkinkah cikmok akan jalan berpimpin tangan lagi. berpeluk2 bahu. bergurau senda macam muda-muda dulu.atau shopping sambil tanya-tanya baju tu sesuai ke tak dengan aku ketika itu.

Macamana ye?
entry ni aku tulis sebab, gambar dibawah ini.


aku jumpa warga emas ini disatu shopping mall baru-baru ini. Si isteri agak tak mampu untuk berjalan mungkin sebab sudah tidak larat. si suami dalam lingkungan usia yang sama, memeluk erat isterinya berjalan sekitar shopping mall sambil cerita2. Muka isterinya memang nampak ceria. Mungkin gembira.

lalu aku tunjukkan kepada cikmok.

"you..cuba tengok nenek tu"

"mana" sambil menoleh.

"sweet kan?"

"hurmmm...."


"Nanti i dah tua, u nak tak jalan pegang tangan i ni lagi"



diam.



Yang penting aku harap, cinta kami hingga ke syurga!

:)

Monday, March 21, 2011

Si pelengkap suami

Otak wanita memang sentiasa aware dengan benda remeh temeh. Susun atur rumah, warna cadar mesti macthing dengan sarung bantal, langsir mestilah warna sekata dengan warna dinding dan sebagainya.

Sebagai seorang wanita, kadang kala aku rasa macam kita ni terlalu banyak nak kena fikir. Kita bukan nya kerja menggunakan tenaga, tetapi kita akan cepat penat kerana kita terlalu banyak berfikir.

Aku tak kata yang si suami tak suka berfikir , cuma bezanya mereka akan berfikir dari segi2 yang besar2 sahaja seperti bagaimana menjana pendapat mereka untuk tanggung keluarga, contohnya. Dan si isteri pula kepanjangan berfikirnya adalah seperti memikirkan pakaian anak untuk bercuti 4hari 3 malam, berapa helai pampers yg perlu dibawa, apakah baju yang dibawa sesuai untuk cuaca yang mungkin akan berubah2 pada waktu percutian itu.

betul tak?



Ni ha, Sebab ditinggalkan dengan ayahnya, baju hijau seluar biru selambe ah ayah dia pakaikan. Hehe. Ayah malas fikir la tu. Kadang tengok rasa kelakar la pulak kan.

Disebabkan itu lah aku adalah pelengkap cikmok. :)

Wednesday, December 8, 2010

Digi bring your kids to work day!



Hari lalu....
Ayah ajak bonda dan Auf untuk ke office dia.... office dia buat event supaya staff2 bawak anak2 dan family ke office diaorang yang canggih tu ... hehe... so ayah dapat la menunjuk2 kan bonda dengan auf tempat ayah mencari rejeki untuk keluarga selama ni..... serius , lebih 4 tahun ayah kerja sini tapi bonda sekali pon tak pernah masuk ke dalam.... pernah hantar kat luar je la....

 Ni la bahagian dalam nye... semua berkaca2.... transparent gitu. hehe..... cantik gak.... diaorang set up games untuk budak2...tapi auf kecik lagi... so takde ape yang auf boleh join... hehe...

 Ni pulak cafe dia...pergh agak cantik kan didalam gambar.... hehe.... siap ade kolam2 bagai...Auf dah dok usyar je kolam tu dia ingat swimming pool boleh mandi2.... hehe..... ni adalah untuk hiasan semata2.


Mamat ni agak blur la kan mase tu...satu , sebab dia tak tidur2 lagi...dah ngantuk tapi saje2 taknak tido kan..... dan dia badmood..... lagi satu , sebab takada games or toys untuk babies..... mase ni dia tgh tenung2 clown buat belon...bonda paksa ayah beratur untuk amik ballon tu... hahahaha.

 budak yang sangaaaattt gumbira bila dapat ballon..... tunjuk2 gigi kat semua orang lalu depan dia.




so..... our day adalah sangat memenatkan...but fun jugak lah kan bawak auf jalan2 dan bersosial dengan kawan2 baru... :)






.

Monday, August 2, 2010

Bila orang kata anak tu rezeki.....

Memang selalu kan bila orang kata anak itu rezeki..... rezeki dari Allah..... memang...memang betul.... sebab tu lepas aku kawin.... aku tak pernah merancang untuk anak pertama. sebab aku yakin...yakin akan ade rezeki yang akan mengiringi kelahiran anak itu nanti....

lepas 4bulan kawin....aku disahkan mengandung...aku tak pernah rasa tak bersedia.... tak pernah aku anggap perut boyot aku tu bebanan....cuma yelah, dah nama pun mengandung kan...penat tu mestilah....dengan sakit tulang belakang lah...asyik nak ke toilet lah..dengan mengusung perut kesana sini.... driving lagi....haihh.....  tp mood aku kebykkan nye happy....gembira..... semua2nya baik2 lah... hehe..... oklah...oklah...tipu la semua happy. hee.... cuma ade la part2 yang aku tetiba suka nangis.... haha. tah apesal tah. but overall im really enjoying my pregnancy. seriously wei....

sampai pula part nak beranak..... dan dah keluarlah mamat A'uf mikail tu ha.... aku terfikir jugak.... boleh ke kiteorang jadi ibubapak yang baik kepada mamat tu..... dengan kami yang tak stabil mana.... cik mok kerja kontrak.... gaji kami cukup2 makan pulak tu.... macamana nak besarkan anak.... dengan education zaman sekarang yang daboom... makan pakai dia.... dengan kami yang masih terkapai2 dilautan biru....cecewahhh.... keh keh. dengan sabun mandi johnson2 pon dah dekat 10hengget sebotol... haha! dan-dan terasa macam kami kawin terlalu awal pulak....

tapi tulah....mungkin ini rezeki Auf... dan rezeki kami sekeluarga.... Ayah auf dah dapat jadi permanent staff dengan co yang dia dah berkhidmat lebih 3 tahun secara contract.... itu kerana bos2 dia dtg terjah kami dihospital tempohari masa auf sakit tu.... dia sedar yang anak buah dia yang workaholic tu dari dulu contract  staff..... dan ade family nak tanggung....dan anak yang sakit...... itu lah orang kata..ada hikmah disebaliknya..... :)

Alhamdullilah......

betullah orang kata setiap zuriat yang lahir dimuka bumi ni.... Allah dah tuliskan rezeki untuk mereka masing2.... cuma penyampaiannya dalam bentuk atau kaedah yang berbeza2.

Senyumlah dan Bersyukurlah......:)




:)


 p/s: tunggu rezeki bonda pula lepas ni.....

Wednesday, March 17, 2010

Oh...ayah...

Ayah,
Hari ni ayah pegi makan sedap eh.....
dengan budak2 opis ayah.....auf tahu ayah selalu pegi makan sedap...
makan kat hotel...makan kat restaurant best2....yang auf pon xreti nak sebut sebab auf kecik lagi...
itu semua rezeki ayah la... bila lagi nak dapat macam tu kan.sebab bonda kata itu komponi ayah belanja...

Ayah,
nanti time makan2 ingat2 la kat auf...dan kat bonda.... sian auf minum susu aja...tu pon minum susu yang bonda perah time opis then bonda kejar-mengejar hantar bekalan kat auf yg tgh tunggu kat umah ni.....sian bonda...tak makan pon dia.... nanti ayah belanja la bonda makan sedap pulak...sebab auf rasa bonda deserved that. hehe.

Ayah,
Auf sayang bonda n ayah..... ayah pon sayangkan lah bonda tu....sebab dia pon sayangkan auf..... sebab tu auf taknak susu lain...auf asik nak susu bonda je..... jangan la marah..... susu bonda baik utk kesihatan auf... hee... bonda..... auf mintak maap laa....kalau auf asik nak gayut2 aje kt bonda siang malam sampai bonda tido pon senget2 badan....sian bonda kan...... jgn la marah auf eh bonda.... kalau bonda marah nnt auf ngadu kat ummi atau nek ma..... suruh dorang cubit bondaa..... hehe

Ayah,
psstt...ni auf nak bisik ni..sebenarnya kan....bonda tu jeles ayah makan best tak ajak dia....betul...tadi bonda ade terbagitahu auf....mase susukan auf tadi...tapi dia ckp , jangan ckp dgn ayah.... tp auf rasa bersalah pulak simpan rahsia....bagitahu je lah eh... hehe..pastukan bonda ckp dia nak niii....


bonda kata kan ayah...mase mengandungkan auf dulu pon bonda nak ni...tapi tak dapat. hehe.... itu bonda kata la...bukan auf kata. hehe



"OMG....sedapnya menatang tuu...waahhh"
takpe la ayah...auf test makan tangan auf ni sedap ke tak...


"erkkk...apesal rasa lain ha?? confuse la auf"

Ayah,
oklah ayah....auf nak tido dah ni..penat auf taip satu2...sakit jari...jari auf kan kecik aje kan....nnt lain kali auf tulis lagi eh....babai...ayah keje baik2 ye....nnt balik auf tggu ayah cam biasa eh.....

sekian time kasih kerana sudi baca2
regards
A'uf Mikail Bin Faridz Ridzuan
panggil aje auf macho

hee..... i leb biu bonda!