Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Kelantan Delights Subang Jaya

Siapa suka makanan kelantan angkat tangan? hehe. aku ni takde la suka sangat kot. Yang paling aku tahu dan paling suka pon Nasi kerabu je la even warna dia biru2 gitu. Sebab first time makan beli kat pasar malam dekat rumah, sekali makan rasa sedapnyaaa lahai. 

Kali ni tiba-tiba bos nak belanja makanan kelantan sempena kami-kami yang bekerja keras pada annual dinner yang lalu. Mana tak nye, kami2 ni semua committee tak dapat makan pada hari kejadian sebab sibuk uruskan majlis. Aku lagi lah, dengan membuyong nya, kena jaga camera dan photo booth session. Amik gambar orang sampai tak makan. Sebab lapar sangat time tu, sempat makan donut sejuk tak tahu sape punya. sadis.

Now , time untuk balas dendamm.... ngeh..ngeh..ngeh...

Kelantan Delights Subang Jaya
Sebelah dengan subang prade, berdepan dengan empire subang

Semua perempuan. :)

Mak yong mata panda T_T


Nasi kerabu daging bakar
rate sedap : 7/10
daging bakar dia lembut. tak liat langsung. cecah pula dengan sambal air asam dgn budu. perghhhh...

Brokoli oyster . 
rate sedap : Sedapppp gila
RM14.00

Asparagus belacan
rate sedap : 9/10
Sebab aku suka sayur so mmg sedap lahhh
Rm14.00

Line of dessert yang kami order
sotong pulut, pulut mangga, lompat tikam dannn pisang sira (takde dalam gambar)
aku rasa setiap satu sebab banyak yang first time makan
paling sedap is sagu gula melaka :)

*meleleh air liur*

Ok cukuplah gambar foodporn yang disebarkan disini. nanti ade orang mengidam terutama rakan-rakan mak yong diluar sana. kekeke. Disebabkan harga dia agak mahal, so korang jika sekali sekala nak buat surprise birthday untuk hubby/wife and celebrate anniversary atau nak candel lite dinner whatsoever , korang boleh la booking di
Mention awal2 korang nak space untuk korang berdua je boleh jugak. Diaorang boleh kasik settle. Cuma jangan harap la ade pemain violin datang gesek violin time korang makan kan. 


:)

Wednesday, December 28, 2011

My Homemade popcorn

Aku takde la suka popcorn sangat kan. Sebab bila makan tu rasa nak tersedak pon ade. haha. Tapi hari tu balik kampung hubby, cousin dia ade cerita pasal buat popcorn kat rumah. Senang aje dia kate. Sambil dia cerita step by step tu aku pon hafal lah didalam minda kan. Macam malu pulak nak amik kertas dan tulis. Hehehe.... dasar malu tak bertempat pulak. :P

Dan sekarang ni kan dok sebok orang nak makan garrets popcorn tu kan sampai beratur panjang.

And.... ni aku nak share ngan korang....

1) Baca bismillah dulu ye.

2) cari bahan-bahan di hyper market terdekat.

-jagung kering
-brown sugar
-minyak sayuran / minyak jagung
-butter
-susu pekat



Okay...cara nak buat dia senang aje dong. Kena asing-asing tau nak buat popcorn tu dulu then baru buat dia punya caramel.


1) panaskan minyak jagung tu sampai betul2 panas. Aku guna periuk yang tak lekat punya, guna kuali pon boleh kot tapi nanti bawah2 dia senang hangit.


2)  Dah cukup panas. (jangan lah sampai hangit pulak) , ko masukkanlah jagung kering tadi kedalam periuk tersebut. tunggu macam ade bunyi goreng gitu, tutup dengan cover. Lagi satu best sebab cover periuk aku ni transparent , so senang aku nak pastikan popcorn dah meletup gitu. :)

3) Biar sampai dengar bunyi letupan didalam periuk. Hehe. Letupan manja je pun. Jangan bukak sebab nanti terpelanting ke muka korang. Hahaha. Auf suka part letup2 ni. Lepas tu sebok jerit "atuuutt...atutt" (translate as : takut! takut!) Hahaha.

4) Bila tak agak xde letupan berlaku maksudnya semua jagung itu dah menjadi popcorn lah. Disarankan agar jangan masukkan byk sangat jagung sebab segengam je dah boleh jadi banyakkkkk gilos! percayalah. Aku guna satu mangkuk ikea auf tu kan. Dapat banyak ni...


5) haaa...hambik kau. Tapi boleh tahan 3 hari  je kot dalam bekas kedap udara. Kalau rasa nak makan lagi , buat lagi lain kali.





ok , sekrang step buat caramel dia pulak. Resepi aku beger2 sendiri je ni tau. hahaha. Sebab aku tak pasti macamana nak buat yang sebenarnya.


1) meltkan butter , satu senduk. banyak takpe.
2) Masukkan brown sugar. Kacau . Api kecil. selalu kacau macam buat air gula nanti kang kering melekat pulak.
3) satu sudu susu pekat nak kasi lemak. cewah
4) air sikit. tunggu sampai macam berbuih2 gitu. masukkan popcorn tadi gaul rata kasi semua kena gula tu. Kena cepat2.
5) tutup api dan biarkan kat luar seketika sampai dia macam sejuk sikit. Masa panas tu gula masih melekat2 lagi.
6) Dah sejuk sikit masukkan dalam bekas kedap udara. Dan boleh makan dengan bergaya.


Ade video tapi takleh nak transfer pulak. Ok sekian.

p/s: aku rasa nak buh madu pon ok. Tapi takde, belasah je lah ape yang ade. 


Friday, September 9, 2011

Banana - strawberry smooties

Sebab terfikir banana crusher dekat KFC.

so.




yum mmmehhhh!




:)

Wednesday, February 9, 2011

Si Baldu Merah yg menggiurkan

Ramai la dok heboh2 pasal red velvet. Sejenis kek berwarna merah yg menakutkan tetapi menyelerakan. Memang dari tahun lepas kot aku sebok2 nak makan Red velvet ni. Tak tau la pada korang , tapi pada aku ia adalah sgt menggiurkan. Kalau tengok boleh serta merta rasa gelombang lapar dalam usus. Kira macam cinta pandang pertama la pulok. haha. Over disitu. T_T

Ade kenal sorang kakak ni pembuat kek yang tegar. Jadi terus laju2 call dia tempah bila nampak dia iklankan pasal RV ni. Bayangkan la masa tengah tempah calling2 tu berapa kali la aku menelan air liur di sudut corong telefon.T_T


Akhirnyaaa...


 Hahaha..... *gelak gumbiraaa* 

nak order sila pergi ke website kakak ni


Dan lagi selepas tu budak2 office dok sebok nak jugak merasai kenikmatan kek RV ni. Jadiiii.... kami berkongsi2 untuk membeli dari Kak nani. iaitu mak kepada model gojes hanis zalika. :)
Ini versi kak nani pula. :)



Puas hati aku dapat makan 2 kali kek ni. Haha. 
Terkorbanlah diet aku selama 2 hari berturut2. haihhh....



:)

Thursday, November 11, 2010

Tutti Frutti Frozen Yoghurt


Pernah dengar tak pasal Tutti Frutti Frozen Yoghurt? 

Aku tak penah dengar ... atau aku jenis tak perasan kewujudan dia.....  tetiba aku ade terbaca satu blog about benda ni.... dorang siap bagi thumbs up kan.... then terus cam gila rasa nak cuba. haha!

Jadi aku paksa cik mok pegi carik juga. T_T 


TFFY ni adalah dibawah NAZA group yang punya. Kira dah banyak juga la cawangan di malaysia ni dia bukak....Tempat dia berkonsep "layan diri" ....... Kita boleh pilih flavors yang kita suka.... aku masa tu pilih 2 - which is mango and strawberry.... sedap! Macam teruja gila la kot aku dok serba salah nak pilih flavor ape. part teruja no.1....kekeke... 



Lepas tu kita boleh pergi ke bahagian topping... huhu... part teruja no.2 (tak abis lagi part teruja aku) , dok belek2...fikir2 nak toppings ape.... (siap telan2 air liur woo) haha... Macam2 gak yang ada , and lastly terpaksa la aku buat keputusan.... and aku pilih watermelon & chocolate cips sebagai topping aku....



Part ke.3 ni tak teruja sangat la.... sebab part nak timbang and bayar. Hohoho! Mesti kite boleh agak la tempat2 macam ni harga mesti lah mahal sedikit dari biasa kan... but, sekali sekala its ok lah kan... aku keje penat2 sekali sekala upah diri sendiri makan sedap2..... hehe. Oh, ok berbalik cite pasal TFFY tadi tu , harga yang aku kena berdasarkan berat makanan itu adalah dalam rm10.... for a cup of yoghurt.... huhu.... mmg agak mahal.... @,@



Dah cuba aku bagi tahap best dia : 7/10 , sebab aku mmg suka makan yoghurt so layan gak la kan.... just mango dia tu masamm beno.... hehe. 




Ok..sekian lah iklan percuma aku jalan-jalan carik makan.... 



p/s: yang aku pegi ni cawangan dia kat sunway pyramid.... dia ade juga buka dia tropicana mall dan ioi mall.
:)

Wednesday, September 1, 2010

Steamboat antarabangsa

Dah lama tak jalan2 carik pasal makan.... so seperti biasa setiap kali bulan puasa, berkoyan2 jemputan berbuka puasa diterima mengalahkan artis. teheee..... macam biasa helo2 geng sepakat membawa berkat untuk urusan planning..... baru chapter planning dah bergaduh nak makan situ la , sini la...sana ok la... mahal la... hehe. tapi jangan risau, air terjun dicincang tak kan putus punya lah... :)

Setelah lebih 3 hari perbincangan dibuat, ditambah dengan fakta2 yang memuaskan, dan anjakkan paradigma yang telah dikaji,  akhirnya kami dengan sepakatnya memilih steamboat antarabangsa di bangi sebagai port berbuka kami pada tahun ini. Belasah je lah , asal semua setuju.

Ini la dia tempat tu. Kat sini dia buffet style , rm22 per person. Actually aku xde la into sgt seafood2. yelah aku kan alergik. haha. tapi sebab kawan2 xde hal lah. Alergik tetap ku harungi.

Haa.... dah dia tulis 'eat all u can' , kira macam mencabar kite la kan. Dalam hati dorang mesti kata, "hahaha, padan muka korang ,takkan korang larat makan semua ni kan....hahaha padan muka" -_-.

tapi mereka silap...
kawan2 aku adalah spesis tong besar punyaaaa. :) Dorang makan start dari berbuka sampai la restoran nak tutup :P. Kira kalau tokey bagi 2jam buffet, dorang belasah 2 1/2 jam. haa kau!


ko tengok tu.... ni belum buka lagi ni. makanan dah penuh satu meja sampai xde tempat letak tangan dah. :P kira macam berbaloi2 la mereka bayar rate tu kan. Aku? aku makan sikit saje. tehee... bukan diet owh, tp sebab auf merengek2 sebab dia kan selsema. 

Budak selsema , tapi tetap xduduk diam. :)

segala seafood , daging di grill.

buffet area.



kira nya restoran ni owner dia malay. so masa ramadan ni ramai la booked for buffet kan. Dorang ade sediakan surau kecik (kapasiti 2 org) untuk solat dan kemudian leh sambung balik makan. :) Secara jujurnya aku bagi restoran ni 3/5star. (berangan macam jalan2 carik makan :P). Yang paling suka sebab ade choc fountain cecah fruit and marshmallow. huhuhuuuu. 
and seperti biasa gambar kumpulan mesti ada. :) tradisi lah katakan.


Sassaroots , dah 12 tahun kami kawan. 
Moga kawan sampai cucu cicit.
ok , anyway sesapa interested cari tempat2 makan baru boleh pegi sini.
or tengok website dorang.



:)

Tuesday, July 13, 2010

Ammar Birthday Party

Before this aku pernah tulis pasal baby comel ni.... Ammar.... my cousin son.. Ammar is now 2 years old. Dah besar , makin macho , noty and active! dulu masa ammar kecik2 cik ya selalu dtg rumah ammar spending a day or two kat sana lepak2 with mummy ammar. And now , cik ya married and ada baby sendiri.... and mummy ammar also expecting yang 2nd one.... macam sgt sekejap masa berlalu....teringat masa2 dulu tu. hehehe.....

So, kami bertiga was invited to ammar birthday party @ kids........ bangsar village ..... bergegas2 ke sana sampai tersesat2...haha...nampak sgt dah lama tak pergi KL....sampai2 saja budak2 tgh main game.... A'uf tengok je lah.... meronta2 dia nak pergi kearah kawan2..... heee.....



and then , makan2, ammar blow candle... cit cat.... A'uf main balloon's ....then balik....

apa2 pun...we have fun. Thanks to mummy & daddy ammar invite kami. Nanti dah deliver junior lagi satu tu sms la eh.... :)


p/s: terkejut baca wall FB mommy ammar..... ammar celup Iphone dia dalam baldi sabun..... gile ah.... pastu mommy dia nangis boleh pulak hugging n patting her back pujuk mommy dia.....anak oh anak...... :)

Tuesday, June 29, 2010

The Arabic food

helo semua...... dah lama aku tak cerita tentang jalan2 cari makan..... hehe.... so aritu kami sefamily pergi jalan2 cari makan. disebabkan terpengaruh dengan cerita warung kita kami cari lah restoran d' arab cafe yang berada di TTDI jaya....sebab lokasi tak jauh dari rumah....jadi apa lagi serbu lah.

mengikut interview.....tuan punya restoran ini adalah seorang chef di arab sebelum dia kembali ke malaysia dan ingin memperkenalkan makanan arab disini. dan kalau korang nak tahu...orang arab makan satu dulang banyakkkk gilaaa nasi....yang sama kuantiti kalau kami makan sefamily. hehe. tapi tak ada lah dia serve dalam dulang....dia serve satu pinggan...tp dah cukup untuk mengenyangkan kamu. cik mok pon terkulat2 nak habis...apetah lagi aku kan. hee~~

bagi aku...sesape penggemar nasi2 jenis macam ni untung la kalau sekali sekala nak rasa makanannya. ayam dan kambingnya mmg lembutlah....tak liat langsung. tp aku tak gemar sgt ayam n kambing...so makan roti arab jelah cecah dengan kacang apetah...sedap juga.

ni cik mok punya dah tinggal separuh dia tgh tercungap2 nak habiskan. :P



kalau datang ke sini jangan lupa cuba rasa air karbonat arab ni.... hehe... mula2 jakun juga.... ade pelbagai perisa. secara tamak kami adik beradik pilih seorang satu perisa..... paling sedap adalah perisa strawberry. sedappp....hehe...... cuma pelik kenapa nama dia barbican yer?

dan selepas makan mestilah masing2 sebok nak naik penimbang nak tengok berat badan masing2. hahahaha.... oh ya.. tak lupa juga timbang budak kecik ini. hihihi

hehehe....lari topik kejap....Auf dah 6.9kg. yeay! 



sekian terima kasih.