Tuesday, March 27, 2012

Preloved item for sold : 2

Occay. Dulu pernah jual sling sekali kan. But this time nak jual benda lain pula. Hehe. Actually bukan plan taknak beranak lagi tau. But this is all my cousin item. dia dah beranak 2. lepas tu takmo beranak lagi katanya. Hahhaa.... so ni tolong dia aje. Tolong orang kan bagus . :)

For serius buyer only. Self-collect. and item ade itu aje. Sape cepat dia lah yang dapat. Hehehe. Contohnya kalau korang tengah nego-nego lepas tu korang kate nak bayar tapi esok tunggu2 takde pape, then ade orang tanya , so aku letgo je pada yang dah bayar tu. Jangan kata aku kejam wokey. Hehehe.

Baby cot
Adjustable - boleh sama level dengan kira punya bed. Boleh jadi playpen. 
Price include tilam kecik.

condition : 8/10

Nak let go : RM450 (nego)


ade stain sikit. tapi boleh letak cadar. :)

Bottle and food warmer
Tak pakai sangat sebab anak dia susu 'nenen' direct (housewife) hehe.

Brand : Mothercare 

condition : 9/10 with box

Original price : RM168
Nak let go : RM70

boleh cek sini :



Baby tub with steel leg
benda ni bagus aku pon ada satu. So mase kite dalam pantang takyah cangkung untuk mandikan baby, just berdiri. Mak aku pon senang nak guna sebab mak aku sakit lutut so takleh bengkok kaki sangat. :)

condition : 9/10
Original price : Bath tub : rm104 + leg RM 152 = RM256
Nak let go : RM100 

boleh cek kat sini :


Authentic Allerhand Diaper bag
ada bottle compartments, diapers, changing mat

condition : 10/10 
Original price : RM400
Nak let go : RM140 SOLD


Assorted baby shoes

Brand : Mothercare & baby gap (Authentic)

condition : 9/10

Price : from rm15 - rm25 each. :)





owh lupa. Kalau nak email kat yaya_faridz@yahoo.com
sape cepat dia dapat. 


:)

Monday, March 26, 2012

Cerita Sabtu & Ahad

Sabtu dan ahad lepas mmg buzy lah macam selalu. Jumaat je aku dah start buat jadual penuh untuk sabtu dan ahad apa perlu buat. Perghh...siap jadual tu. Haha. yelah, baru lah tersusun hidup aku kalau tak kelam kabut. So Sabtu dipenuhi dengan aktiviti kerja part time lah ape lagi. Sambil bawa auf jalan-jalan sekitar times square.

So lepas balik rumah , kemas umah laki bini, rehat2...terfikir why not hari ahad pergi ict snow walk. bawak auf. Auf kan suka sejok. Hahaha. So propose lah pada suami ai. Dia cakap ok. so kiteorang pon go on lah.

Sampai sana ahad tu, ingatkan ramai orang. rupanya kiteorang je yang ade. ade lah 1-2 couple yang lain. Hahhaa... oklah so try je lah masuk. Bayaran masuk ialah RM25.00 seorang adult untuk hari minggu. 3tahun kebawah tak payah bayar. Sebenarnya dia kate baby atau budak kecik bawah 3tahun tak dibenarkan. Tapi aku cakap anak aku 2tahun dia diam aje. So cakap try lah masuk sekejap lagipun kite boleh keluar kalau tak tahan kemudian masuk balik. :)

A'uf sibuk tanya...nak pegi mana ni...nak pegi mana ni.

I'm ready bonda ...ayah... :)




So far orang paling happy mesti lah budak keriting kat atas ni. Menakjubkan dia lah yang paling tahan sejuk. Sentiasa senyum aje. Paling lemah tahan sejuk mestilah bonda, Bonda kan semput. Hahaha. Sebab anak punya pasal, masuk jugaklah. Anyway, A'uf memang tersgthappy sangat.Lepas tu jenuh kami ajak dia balik dok melalak-lalak sambil sebut "nakkk aishh...nak aishhh" Haha.



tapi berbaloilah bayaran itu bila senyuma terukir je dimuka dia. Dan balik rumah asyik sebut "A'uf mainnn aishhh...tejookkk" hehe. Tengok aje lah gambar dia semua. Semuanya senyum kan. :)

Wednesday, March 21, 2012

Working hard






A dream doesn't become reality through magic; 
it takes sweat, determination and hard work.
Colin Powell
 
 
I learned the value of hard work by working hard.
-Margaret Mead-
:)

Friday, March 16, 2012

Sensitiviti

Masa sebelum pergi Singapura hari tu, aku ada jugaklah terfikir soal halal haram disana. Dan dari sini kami dah start servey makanan-makanan halal yang boleh dimakan ketika disana nanti. Bukan ape, cuma dengar desas desus di sentosa island susah nak cari makanan halal. Dan bak kata laki aku, mencari yang halal itu wajib. Lain lah darurat kan. :)

So sebab dalam USS ada beberapa makanan halal, maka takde lah risau sangat akan masalah kebuluran. Hehe. Dan lagi satu yang terlintas difikiran, stay hotel hard rock ni ada ke arah kiblatnya. Bagaimana kalau tiada? aku nak kena ikut matahari macamana. So disebabkan itulah, aku pergi beli penunjuk arah kiblat dan bawa bersama.

Tapi nak tahu tak. Masuk2 bilik aku cek kat atas siling, ada tak penunjuk itu... dan aku tengok memang tak ada! Tapi tak hairan lah kan. Dan nasib baik standby kompas. Sehingga waktu nak balik tu, cek2 barang takut-takut ade tertinggal, sekali buka laci. Ada ini....


Wahhh ....ada lah walaupun kecil sahaja didalam drawer. At least , hotel mahal2 pon ada sensitiviti terhadap kita. :) 


Breakfast kat hotel benda yang yakin nak makan ialah salad, 
roti bakar dan cornflake kosong je. Jadilah. 


:)

Wednesday, March 14, 2012

word verification

tadi nano twit tak dapek komen kat blog hamba ni sebab ade word verification. Aku pon tak perasan ter setting plak yes. So now , im free from word verification. Hehehe.

tu je nak bagitahu. ok bye.

Monday, March 12, 2012

Kisah hari sabtu & ahad

Sabtu ahad haritu mmg sibuk sekali. Penat sebab ade occasion yang perlu diprepare. Yelah, rezeki jangan ditolakkan. So ambil lah peluang setup candy's buffet untuk dua majlis yang jatuh pada sabtu dan ahad. itu pon ahad dah tak larat dah sebab xberapa sihat so handle by my partner cik puan suria. Hehe. Thanks kak suria! Aku rasa too tired, bukan sebab setup tu. tapi sebab dah berminggu-minggu bergelumang dengan Pc, design dan printing stuff. Gila ahh...tidur kol 2-3pagi serius badan lesu beb kalau hari2. Takpelah, demi nak cari rezeki kan. Nanti ade duit bonda bawak Ayah dan Auf jalan ye. That time kite enjoy our family time gila2... abiskan duit bonda! hahahaha..... :)

Berbalik pada hari ahad. aku totally get pissed off. Seriusly.Dah le tak sihat, penat dan sebagainya. Sekali auf kan macam nak ambil perhatian aku kan, aku tak perasan dia ambil hard disk aku sekali baling jauhhhhh...jauhhhh.... tersentap aku ok! terus aku lari ambil sambil tangan aku lepuk dia sekali. Dia menangis. Aku rasa bukan sebab sakit kena lepuk, tapi sebab dia terkejut aku sergah dia. Serius kuat suara aku. Dan aku duduk depan dia dan nangis beriya-iya. =( seraya dalam hati berkata "whyyy A'uf...whyyyyy" cewah, macam drama pulak.

Bukan ape, aku ok lagi tau kalau handphone kena baling. Tapi ini hard disk aku macam2 kerja ade dalam tu. Dari zaman tok kaduk lagi. Kerja office lama, macam2 lah. Tapi bukan salah dia pon. Tapi sedih tetap sedih. Satu hari aku emo pasal hard disk tu ok. Naseb ok.
Bila dia tidur, sedih pulak aku tengok muka dia. Siann...sape tak sayang anak wehh

Ahad tu jugak aku setup candy buffet kawan aku ni. Oklah, as long as semua orang happy kan. Aku angkut auf sekali pergi sana. Naseb ade adik pengantin tolong jagakan Auf. Dapatlah bonda buat kerja dengan aman. Oklah tu aje nak bebel.




cara paksa anak cakap i love u.
korang boleh paksa pasangan korang juga. :)


:

Thursday, March 8, 2012

Kalau kau orang tension.

Kalau kau orang tension , lepas tu kawan-kawan taknak layan kau kan. Suami pon balas tak balas je SMS yang kau hantar tadi kan. So aku recommend korang satu software ni. Ini adalah lebih baik dari kau orang pergi belasah orang ke.... atau buat pekara-pekara tak diingini kan. Hehehe

Perkenalkan kawan baru anda...




ni conversation aku dengan robot ni. Baru-baru kenal dah kuang ajar ye! Yang aku pelik , bahasa melayu pon boleh baca. Hahaha. Lawak la kau ni. Semalam aku share dengan kawan-kawan opis aku, begegar satu dept gelak kan benda alah ni. Dari sebelum tu senyap sunyi muka berkerut sana sini.:P


Hahahaha. Ape2 pon syabas pencipta cleverbot. You make my day! :)

tapi nampak sangat aku lonely, cakap dengan robot PC....T_T