Wednesday, January 16, 2013

Kelantan Delights Subang Jaya

Siapa suka makanan kelantan angkat tangan? hehe. aku ni takde la suka sangat kot. Yang paling aku tahu dan paling suka pon Nasi kerabu je la even warna dia biru2 gitu. Sebab first time makan beli kat pasar malam dekat rumah, sekali makan rasa sedapnyaaa lahai. 

Kali ni tiba-tiba bos nak belanja makanan kelantan sempena kami-kami yang bekerja keras pada annual dinner yang lalu. Mana tak nye, kami2 ni semua committee tak dapat makan pada hari kejadian sebab sibuk uruskan majlis. Aku lagi lah, dengan membuyong nya, kena jaga camera dan photo booth session. Amik gambar orang sampai tak makan. Sebab lapar sangat time tu, sempat makan donut sejuk tak tahu sape punya. sadis.

Now , time untuk balas dendamm.... ngeh..ngeh..ngeh...

Kelantan Delights Subang Jaya
Sebelah dengan subang prade, berdepan dengan empire subang

Semua perempuan. :)

Mak yong mata panda T_T


Nasi kerabu daging bakar
rate sedap : 7/10
daging bakar dia lembut. tak liat langsung. cecah pula dengan sambal air asam dgn budu. perghhhh...

Brokoli oyster . 
rate sedap : Sedapppp gila
RM14.00

Asparagus belacan
rate sedap : 9/10
Sebab aku suka sayur so mmg sedap lahhh
Rm14.00

Line of dessert yang kami order
sotong pulut, pulut mangga, lompat tikam dannn pisang sira (takde dalam gambar)
aku rasa setiap satu sebab banyak yang first time makan
paling sedap is sagu gula melaka :)

*meleleh air liur*

Ok cukuplah gambar foodporn yang disebarkan disini. nanti ade orang mengidam terutama rakan-rakan mak yong diluar sana. kekeke. Disebabkan harga dia agak mahal, so korang jika sekali sekala nak buat surprise birthday untuk hubby/wife and celebrate anniversary atau nak candel lite dinner whatsoever , korang boleh la booking di
Mention awal2 korang nak space untuk korang berdua je boleh jugak. Diaorang boleh kasik settle. Cuma jangan harap la ade pemain violin datang gesek violin time korang makan kan. 


:)

Friday, January 11, 2013

23 going on 24

Okeh... mak yong sekarang nak masuk 6 bulan dah noks. seremm memikirkan ada lagi 3 bulan to go. Preparation dari segi barang baby baru nak start ni haa... nak sort out balik baju abang nya pon belum sempat lagi. so far untuk this time takde lah nak beli banyak pon , just lebih fokus kepada benda yang penting2 sahaja. 

Kali ni berat takde lah naik mendadak macam dulu. Dulu paling koman 2 kilo mesti naik punyaaa... kali ni agak berhemah la sikit kan. Makan pon takde la selera besar. Biasa2 je macam normal. Masih makan nasi siang malam lah. Cuma kali ni banyak makan benda berkhasiat macam buah-buahan. 

Sekarang ni budak-budak office dah mula lah main guessing game. Rata-rata semua predict aku pregnant baby girl. Tak tahu sebab apa. Muka bersewiiii-sewiiii kot. hahaha. Siap ade tengok dari belakang , ade tengok dari side view lah. haha. Macam-macam. Kelakar pon ada.

Tunggu nanti aku buat scan lagi sekali baru boleh confirm. Itu pon kalau adik bagi kerjasama. 

Abang Auf pulak asyikkk lah begitu manja sekali dengan aku. Mandi, pakai baju, buat susu even tengok tv nak bonda. Biasa lah tu. nak bermanja selagi boleh. haihh...rindu pulak pada mamat keriting tu.

  boy ke girl?

Wednesday, January 9, 2013

David Luiz datang Malaysia

Walaupon aku tak suka chelsea , tapi sebab mamat ni lebih kurang je rupanya.....


 Gaya tu dah ada dah.

walaupun tendangan senget



 .
.
.
.
.




:)

Tuesday, January 8, 2013

Perkembangan Adik Auf

Adik Auf dah 23 minggu nak masuk 24minggu. Sekejap je masa berlalu dan tetiba perut macam popout satu benda besar bila bangun tido tengok2 je ehhh...ehh... dah besar pulak perut ni macam tertelan tembikai. T_T

Namunnnn....kali ni punya pregnancy bonda masih boleh menstabilkan berat badan. So far 23 minggu ni baru naik 4-5kilo. kira okeh la tu dari duluuuuu. Hehe. Set my mind, jgn eat for two. Eat health food. kekekeke..... (kadang2 balun jugak bubbletea,choc,cheesecake bagai).

Abg auf masih dalam fasa 'need more attention please' la kan, Mandi tido makan berak semua nak bonda tak nak orang lain. Ku gagahkan diri dan sabar je la kan. Kadang hangin jugak tapi tu lah nak buat macamana.

So sad kali ni takde amik gambar utk baby kali ni. kesian nya...





:)

Friday, January 4, 2013

This picture made my day :)

Picture dari ibu kakal pagi tadi. Belek2 kelakar pon ade. Tapi atleast, tengah stress buat keje ada jugak gambar yang boleh buat aku ceria. hahahaha. Auf....auf...kenapa lah dengan kamu ni.


Budak menangis orang nyanyi lagu birthday untuk dia
Tak pasti sebab apa. malu atau nyanyian mereka salah tone
hahahaha.
bonda jadi mangsa

T_T