Tuesday, December 18, 2012

Rambut Auf

Selingan sebelum lunch. Nak apload gambar seseorang..... 


 RAMBUT SATU KETIKA DULU


RAMBUT SEKARANG & TERKINI


pesanan : jangan disangka rambut yang lurus tiada keritingnya. muahahaha. :P semulajadi okkehh. 


persoalannya sekarang. Adik Auf nanti macamana pula rambutnya. 

:)

Monday, December 10, 2012

Jasa korang diperlukan segera

Ini rizki. Anak sahabat aku. Umur 4 tahun. Rizki kanak-kanak yang cukup istimewa. Dia menghidap cerebral palsy. Aku sepejabat dengan ibunya. Setiap hari mengikuti perkembangan iki dari dia kecil sehingga sekarang sudah hampir 4tahun. Iki dilahirkan normal, tetapi dengan ketentuan Allah, iki disahkan menghidap penyakit itu ketika sedang meningkat dewasa.

Aku tahu ibubapanya tidak pernah putus asa. Hari2 aku dengar cerita dia akan aktiviti mingguannya yang kesana-kemari dalam usaha mengubati iki. Bila perkembangannya dikongsi kawan-kawan dipejabat , kami sama2 gembira dengan apa yang ditunjukkan iki.


Jika tidak keberatan minta anda sumbangkan 'like' kepada beliau untuk beliau memenangi kolan khas untuk dia terapi. Tinggal dua hari untuk dia bertanding. Apa salahnya jika kita yang tak mampu sumbangkan wang ringgit, kita sumbangkan like sebagai support semangat kepada iki dan ibubapanya untuk berusaha dalam memantapkan iki.

Semoga satu hari nanti Allah memakbulkan doa ibunya untuk melihat dia berjalan sendiri. 




Ayat daripada ibunya :

Iki seorang pesakit cerebral palsy. Dah 4 tahun masih belum duduk ataupun berjalan. Iki masuk pertandingan spa pool ni untuk dapatkan kolam khas bagi m
emudahkan dia terapi di rumah.Kolam biasa tidak boleh digunakan sbb airnye sejuk,boleh me
nyebabkan kekejangan.Kolam khas ini boleh dikawal suhu airnye.Baik untuk mengurangkan "stiffness" bila terapi. Minta jasa baik anda untuk "Like " MSPA Malaysia kemudian "LIKE" pic iki ni supaya iki leh menang contest ni .Kena like 2 2 ni barulah markah diambil kira.Lebih
"afdal" kiranya kawan2 tolong sebarkan pada yang lain...menyumbang like pada iki dah kira besar rahmatnye..Mudah mudahan iki cepat jalan.Thanks byk2222 k .

MSpa Malaysia https://www.facebook.com/photo.php?fbid=505528002811352&set=a.505206552843497.116688.494198413944311&type=3&theater




Norfazilawati Binti abdul wahab
2618545

1Like · · Share
Norfazilawati Binti abdul wahab
2618545

Like · · Promote ·

Wednesday, December 5, 2012

Guangzhou - Food & Others

Kami stay di Lido Hotel. Betul2 dekat pekan ala-ala macam KL lah. Jalan lintas depan sikit je dah sampai ke beijing Lu, tempat fofular dekat sini. Kira nya pusat membeli belah jugak lah. baju , kasut, luggage ke ape semua nya ada. Cuma kena pandai cari dan tawar menawar. Ini lagi satu masalahnya... bab tawar menawar. Diingatkan mereka mmg tak pandai berbahasa English. Even simple english macam "how much?" pon mereka kadang tak faham. Jadi tips disini, tulis beberapa simple chinese words dalam kertas untuk rujukan dan bawak kalkulator kemana sahaja anda pergi. Hehehe.

Tips 4 : Hafal beberapa famous words yang boleh diguna pakai . Mestilah menggunakan ekpresi muka dan intonasi yang betul .

"eee to qian?" ---- ni satu berapa harga?

"heng kuiii" ----- Mahalnyaaaa..(sambil kerut kening)

"pang yau...pang yauuu" ------ murah lah sikit. (sambil gerak2 kan tangan)

"nooo....*&&^^%%^&%^$#$#" ----- (diaorang suka cakap no, pastu maki)

"ekellehhh...kedekut taik idung masin tahpape macam bagus" ------hehehe

kalau dia tak nak murahkan sambil memaki hamun, korang maki dia balik  bukan dia faham pon kan. :) Tapi jangan lupa senyum ketika membuat aksi maki hamun itu.

----------------------------

"sik fan" ---- makan nasi

"ka sui " ------air panas nak buat susu anak aku ler. hehehe.

Jangan lupa ucapkan "xie...xie..." iaitu terima kasih supaya budaya kita dimalaysia sebagai orang yang berbudi bahasa akan jelas terpancar. :D
 

Makanan halal jangan risau senang nak dapat. Samada ke arab street dimana semuanya makanan halal disana atau berdepan dengan Lido Hotel ada 2 kedai makan halal. satu mamak, satu chinese muslim. Tengok papan tanda ada tanda halal tu masuklah dan order tanpa was2. 




Kitaorang selalu makan kat sini. Sebabnya dekat dengan hotel . Dont worry mereka ni faham sikit2 bahasa english. Tapi korang jangan suruh dia eksplain pulak lauk korang tu lauk ape. Terkial-kial jugak dia nak menjawabnya. tengok gambar sudah. lepas tu tunjuk satu atau dua mangkuk.  Tapi untuk kekedai ni kena lalu satu kedai yang busuk amat. Aku tak pasti ape yang dijual dalam kedai busuk tu. serius punya busuk sampai kawan aku muntah 2-3kali. eeewwww.... masih teringat2 lagi kebusukannya ituuuu.

Tips 5 : Jangan order banyak nanti tak habis kecuali korang lapar gila. Nasi dia jenis lembik2 gitu so agak kenyang. Aku order lauk saje share dua orang. Mereka ni makan banyak tapi masing2 badan keding aje.

Jangan lupa beli buah-buahan segar. Sedap sangat lagi2 cherry merah gebu (lupa amik gambar) dan jus perahan yang diaorang perah kat situ jugak guna alat apetah. fresh2 takde letak gula diminum begitu sahaja. yummehhh gila! dapat lah mak buyong minum air delima sebotol . Harga jus rmb15 (rm 7.50).



tangan tembam tengah gumbira dapat minum air delima. dappp... :)


Shopping

Haaa...bab ni lah orang pompuan laju je kan. hahaha. Shopping kat sini bagi aku memang murah. Murah berbanding negara kita lah. Yelah , dah nama pon made in china , murah lah kan. Kualiti not bad cuma kadang takde jenama lah cth mcm jenama "xiang ling" gitu lah tp design copy babygap sebagai contoh. Tapi masa aku pergi tu kan musim sejuk , jadi majoriti semua jual baju Michelin , hehe...alah, baju sejuk tebal tangana ketak-ketak tu. So agak tak best lah kan. Blouse langsung xnampak orang jual. Tshirt lagi lah takde. 

Tips 6 : Sebelum berangkat plan in advance nak beli barang apa kat sana nanti. Contoh aku ada 2 hari solid untuk shopping day (tolak dua hari pergi dan balik) so satu hari aku target dapat pergi 2 tempat sebab dia punya tempat , let say plaza alam sentral tu jual kasut, kasuttttt je manjang xde benda lain yang ko akan jumpa. Selain stokin atau sewaktu dengannya.

So kami first day dapat cover tempat beg leather dan elektronik product. Cikmok yang pencinta gadjet macam tak sedar diri lah kan kat sana. Semua nak dibelinya. Dapat lah jugak beli cover ipad harga rmb100 (rm50) tapi cun gilak. Kawan2 kirim cover handphone dan power bank samsung S3 dengan harga rm90 sajork. 




 



sambung lagi tak larat nak type. hee


Guangzhou trip

Guangzhou, China terkenal dengan orang kata 'syurga shopping' .Ye, kiteorang baru je balik dari sana. Cuaca kat sana average dalam 13-16 darjah celcius. Yelah, musim sejuk dah bermula cumanya guangzhou takada salji macam Beijing. Tapi menjadi orang malaysia tak tahan sejuk macam aku ni, harap maklumlah mmg tak tahan punya. Thats why awal2 aku dah beli jaket bulu2 (auf kata jaket ulat) dengan sarung tangan untuk menahan kesejukkan. :) 

Tiket ke guangzhou aku dah beli awal dah . lebih kurang 6bulan lalu la kot. mase tu AA buat sale tapi xde lah murah gila. Tiket pergi balik 3beranak siap tax bagai dalam rm1540. Inilah dia hasil usaha gigih aku siang malam tak tido buat kerja part time sebab nak merasakan Auf naik kapal terbang, dan merasakan kami anak beranak untuk ke negara orang. Alhamdullilah dengan izin Allah. :)

Pergi 2 keluarga. Dia pon bawak anak sorang, dia pon buyong. Dia 6bulan aku 4bulan lebih. masing2 buncit kedepan jalan tak larat. Well, this is unplan okehh.  Tapi yang bestnya, dia bawak mak ayah dia. sebab dia tak larat kejar anak dia. Aku laki bini je lah kejar anak kot.

  A'uf dengan Althea. Dua2 nama nak 'A' je kan. poyo.

Naseb baik beli trunki ciplak ni dekat groupon baru2 ni. Memang membantu sedikit sebanyak nak mendiamkan mamat keriting di Airport. Dia kan nak berdukung je ikut mengada dia. Jadi tarik aje dengan bendaalah ni.

Musim Sejuk

Dari Malaysia aku dah cek sana punya suhu berapa. dalam internet tulis dalam 13-16 , so be prepared la awal2. Kalau korang jenis kulit tebal cam laki mak, no hal lah. tapi kalau penghidap asma macam mak ni, kena la standby spray asma, sarung tangan, sarung kaki (senang nak solat juga) dan baju tebal. Jangan nak eksyen sangat ingat sejuk cameron, datang sana baru tahuu...wuwuwu..

Tips 1 : Jika pergi bulan nov-januari , musim sejuk...sila beli jaket bulu2 dekat bundel bagi yang nak berjimat. Jangan ingat bundel takde class tau. Bundel dekat rumah mak aku Rm5.00 je jaket ulat tu. Jimat selagi boleh. hehe. Lip gloss pon jangan lupa nanti bibir kering gila.

Tips 2 : Baju bulu Auf aku beli dekat Brands Outlet. Ade offer. Rm50 sajork brand babygap lagi ok lah untuk pakai setakat 4 hari kot.


Travel dengan anak kecil

Travel dengan budak kecik tak reti duduk diam bukan mudah ye kawan2. Setakat dia maraton dalam kapal terbang lari kehulu hilir tengah2 laluan tu adalah perkara biasa so prepared kan barang2 macam2 seperti segala mak nenek ipad,ipod bagai. Atau coloring book, toys favorite dia dan makanan sementara macam biskut atau snek. 

Tips 3 : bawak sedikit bekalan makanan dari malaysia. Kita tak boleh aspek ada makanan halal kalau dah sampai nak malam kan. Naseb baik mak mertua bekalkan tempe & ikan bilis sambal kering untuk mak buyong . Separuh dari luggage aku adlah makanan. biskut oreo, megi cup, sup cendawan segera dan lain2....hehe. 


Solat 

Kalau dah tahu nak pergi negara orang yang bukan penduduk majoritinya adalah islam, sila jangan lupa bawak penunjuk arah kiblat ye. Alah murah aje beli dekat mydin rm5.90 tak salah aku. Apelah sangat kan berbanding dengan ingatan kita pada Allah yang maha esa ye dok. hehe. Dan mudahkan diri kita (orang pompuan) dengan membawa bekal stokin tebal , satu tudung labuh dan alas muka sebagai untuk memudahkan kita. Jangan anggap ia bebanan sebab islam tu kan mudah. :)

Waktu solat kat Guangzhou sedikit berbeza dengan kita. Magrib dengan isyak dia agak cepat sebab mereka malam panjang siang sekejap. 


So jangan lupa niat musafir lepas sempadan. dan jamak lah siap2 sebab nanti keluar susah jugak nak cari port sembahyang kecuali korang pergi tempat arab stress gitu.

okeh nanti sambung part makanan dah shopping pula.