Friday, November 4, 2011

Auf dan rambut keritingnya

Rambut Auf memang keriting. Keriting disini bermaksud keriting yang sangat keriting. Kusut. Mula-mula ayah auf memang tak dapat terima kenyataan rambut anak dia kerinting macam dia. Dia cakap susah, tak ensem , tak best. Mungkin bagi view dia lelaki rambut lurus akan lebih hot kot. Sebab tu masa zaman remaja dia , dia sanggup beli pelurus rambut wella untuk meluruskan rambutnya. Cerita ni pon aku tahu dari adik ipar. :P

Tapi aku suka ape rambut keriting. Aku suka Auf rambut keriting. Walau nampak macam serabut atau kusut tapi biarlah kan. Kata awan nano. Kenalah kusut-kusut kembang-kembang gitu. Hehehe.

Tapi, ahad lepas segalanya telah berubah.

Aku bawak auf ikut ayahnya ke kedai gunting mamak. Mula-mula nak suruh mamak tu trim je ape yang patut. alah, trim yang gulung-gulung tu je. Sekali, hambikkk kau. Dengan selambe dia potong ikut suka dia. Dia tak faham aku cakap ke atau aku yang tak faham dia cakap ni ?

 sebelum potong

Tapi auf ok. steady je bila mamak tu potong rambut dia. tak nangis langsung. Duduk diam-diam lepas tu cakap "otongg...otongg" (potong-potong). Hahaha. Nampak sangat merelakan pemotongan itu berlaku. 

tapi muka nampak macam tak rela kan? :P

Lepas tu kiteorang jumpa kawan pergi buat photoshoot. Pergh dah macam artis potong rambut dua tiga kerat nak photoshoot bagai. haha. takde la. Bukan aku pon, aku just rekemen kawan pergi photoshoot kat member aku so last-last tu tumpang la bergambar sekali kan.

Nak tengok hasilnya. 

no more kembangness. Cuma tinggal jambul didepan tu saja. 

 sayang anak bonda


ok dah sikit-sikit je lah. Kang banyak-banyak gambar buhsan pulak kan. :P

Selamat Hari Raya Haji


:)



4 comments:

farhanna said...

tapi cute la rambut anak u.. curl gituw.. so shumell

Xeea said...

Tetap hensemmmmm!

Daleela said...

lepas rindu mummy tgk gambr auf..

aLyNnZ said...

encem..:)