Friday, November 26, 2010

07- A picture of someone/something that has a big impact on you.

Dalam banyak2 gambar dalam thumb drive aku , gambar ni lah yang paling2 memberi kesan pada aku... bila tengok je rasa nak nangis.... bergenang2 air mate... huhu. Sebab gambar ni la masa Auf mikail melawan penyakitnya tu..... masa ni lah dia sangat tak berdaya membuka mata...hanya tido sepanjang hari..... setitis susu pon dia tak minum sehari suntuk.... bibir berdarah lagi..... hish, kalau nak flash back balik time tu aku dah tak sanggup..... bukan aku je yang nangis...nurse2 kat situ pon kesian tgk dia. Yelah, dia kan baby.... mana tahu ape2......



Ok2..... dah, tutup cerita sedih.


:)

Thursday, November 25, 2010

Isu Makanan Halal/Haram

Pagi tadi suasana kat office aku kecoh pasal pengupasan isu Halal / Haram ni.... mulanya dia disebabkan oleh kami dapat coklat yang diberikan oleh salah seorang sahabat yang melangcong ke jepun.... Dia coklat kit-kat biasa je kalau tengok dari luaran , tidak mempunyai logo halal (sebab dari luar) dan juga mempunyai kod lemak E476 yang tidak diketahui samaada dari lemak haiwan ataupun tumbuhan.

Aku terus meletakkan kembali coklat2 itu sebab hati rasa was2..... bila dah was2...adalah lebih baik aku menghindarinya dari terus mengunyahnya kan....

Dan apakah hukumnya jika kite makan menggunakan pinggan yang pernah diletakkan masakan haram (masakan menggunakan wine) Ade sesape tahu ke? Kawan sepejabat aku kate ia tidak haram sebab hanya menggunakan pinggan bekas makanan ade wine sahaja.... tp makanan yang kite makan tu yang halal punya.... so macamana ye?

Arak itu haram kerana ia memabukkan kan? Jadi kalau setitik je arak tu masuk ke mulut kite , ia tidak memabukkan , adakah ia haram? atau halal kah? Bukan arak haram adalah tetap haram ke? Bukan ke halal tu adalah dari sumber dan penyediaannya...

Sesiapa ada link ke sumber yang boleh dipercayai tak pasal benda ni....



Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”


p/s:jangan persendakan haram / halal.....


Sekian terima kasih. :)

Akhirnya beb....akhirnyaaa.....



Muahahahahhahaa..... Akhirnya Auf dah tumbuh gigi..... fuhhh, aku ingat dia nak jadi si Gusi je sampai umur setahun. hihihihii...

Anyway, Happy 11month today bucok onde!


p/s: gambar paksaan tu aku ngan cik mok punya keje.... huhu.


:)

Tuesday, November 23, 2010

02- The meaning behind your Blog name

OK..

Kenapa aku pilih nama "yayafrdz-mylifechapter" sebagai nama blog aku.... sebabbbbb.... aku dah takde nama lain. haha...

ok-ok.... Mase memula tu , time aku baru kenal aktiviti membelok ni kan... aku rasa macam nama tu innn je la time tuh... hehe... yaya tu nama aku la kan... so frdz tu nama singkatan laki aku (time tu boypren)... nama cik mok sebenar adalah faridz ye puan-puan.... so sebab ada 'mylifechapter' sebab tujuan aku buat belok ni adalah nak menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan aku atau mekaitan dengan diri aku...



ok dah... siap! :)




.

Monday, November 22, 2010

01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

*gambar sorang2 tak ada yang latest T_T*
1) Panggilan 'bonda' yang aku suruh Auf panggil tu aku dapat masa mengandungkan dia , dalam cerita indon ape tah nama dia... anak dia panggil mak dia... 'bundaaa' ... hehehe


2) Aku lebih suka drive kereta manual dari kereta auto...sebab rasa macam susah nak gerak je kereta auto ni .... (poyo berlagak power...wakaka) dan sekarang tgh menggunakan kereta auto!


3) Semua handphone yang sedang & pernah aku pakai adalah TIDAK menggunakan duit aku sendiri.... wakaka.


4) Aku suka minum air lain sikit dari biasa... cth: Air tin buah naga. @______@


5) Hanya sekali aku pakai high heel , itu pon masa kawin dulu sebab terpaksa lepas kena bebel... dah siap plan time sanding nak pakai converse hitam aku....(opismate lama aku tau la hal ni).... 


6) Aku suka kerja aku sekarang walaupon gaji ciput. Dan kalau aku berenti sekalipun, mungkin aku akan berada dalam line yang sama.


7) Mase belajar kat politeknik dulu kawan2 panggil aku "yayot" instead of 'yaya' padahal aku tak boyot pon time tuh... T__T


8) Berat paling ringgan yg pernah aku cecah adalah 48kg dengan ketinggian 165cm ni, rasa macam sekeping kertas tengah melayang2 di tiup angin.... (jangan tanya berat paling max pernah aku capai ek) wakaka.


9) Aku dan adik aku pernah terbakar kening, rambut dan bulu mata masa umur 4-5tahun sebab adik aku bakar lighter pastu meletup...... agak2 dulu bulu mate aku panjang kot macam Auf... (statement taknak kalah tuu..hihi)


10) Aku tak pernah ada jam jarum...dari dulu lagi aku pakai&suka jam digital.... sebab aku rasa macam lambat je nak baca kalau jam tu jarum.


11) Aku seorang pesakit Asma..... dan kehulu kehilir aku bawak pam dalam beg.


12) Suka warna purple dan black. Tapi tema kawin aku pilih white... entah la kenapa.


13) Nama sebenar aku Dahlia. iye, aku seorang bunga... T_T @;-------


14) dan aku juga suka dengar lagu eminem....


15) Sekian terima kasih. hahaha!




no. 11 dan kebawah semua tu dah start malas nak fikir..... wakaka.




:)

Monday, November 15, 2010

This is what...


tu le dia... terpengaruh sape le ni..... asyik la nak buat rempit.... adoiaiiii....



:)

Friday, November 12, 2010

Macam best je kan benda ni....

Dapat dari blog Hannah..... rasa macam best .... tapi kan... macam tak leh complete je... huhuhu..... extend pon belasah je la...

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.
Day 02- The meaning behind your Blog name.
Day 03- A picture of you and your friends.
Day 04- A habit that you wish you didn’t have.
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.
Day 06- Favorite super hero and why?
Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.
Day 08- Short term goals for this month and why.
Day 09- Something you’re proud of in the past few days.
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.
Day 11- Another picture of you and your friends.
Day 12- How you found out about Blog and why you made one.
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.
Day 14- A picture of you and your family.
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.
Day 16- Another picture of yourself.
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?
Day 18- Plans/dreams/goals you have.
Day 19- Nicknames you have; why do you have them?
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.
Day 21- A picture of something that makes you happy.
Day 22- What makes you different from everyone else?
Day 23- Something you crave for a lot.
Day 24- A letter to your parents.
Day 25- What I would find in your bag?
Day 26- What you think about your friends?
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned.
Day 30- Who are you?


Thursday, November 11, 2010

Tutti Frutti Frozen Yoghurt


Pernah dengar tak pasal Tutti Frutti Frozen Yoghurt? 

Aku tak penah dengar ... atau aku jenis tak perasan kewujudan dia.....  tetiba aku ade terbaca satu blog about benda ni.... dorang siap bagi thumbs up kan.... then terus cam gila rasa nak cuba. haha!

Jadi aku paksa cik mok pegi carik juga. T_T 


TFFY ni adalah dibawah NAZA group yang punya. Kira dah banyak juga la cawangan di malaysia ni dia bukak....Tempat dia berkonsep "layan diri" ....... Kita boleh pilih flavors yang kita suka.... aku masa tu pilih 2 - which is mango and strawberry.... sedap! Macam teruja gila la kot aku dok serba salah nak pilih flavor ape. part teruja no.1....kekeke... 



Lepas tu kita boleh pergi ke bahagian topping... huhu... part teruja no.2 (tak abis lagi part teruja aku) , dok belek2...fikir2 nak toppings ape.... (siap telan2 air liur woo) haha... Macam2 gak yang ada , and lastly terpaksa la aku buat keputusan.... and aku pilih watermelon & chocolate cips sebagai topping aku....



Part ke.3 ni tak teruja sangat la.... sebab part nak timbang and bayar. Hohoho! Mesti kite boleh agak la tempat2 macam ni harga mesti lah mahal sedikit dari biasa kan... but, sekali sekala its ok lah kan... aku keje penat2 sekali sekala upah diri sendiri makan sedap2..... hehe. Oh, ok berbalik cite pasal TFFY tadi tu , harga yang aku kena berdasarkan berat makanan itu adalah dalam rm10.... for a cup of yoghurt.... huhu.... mmg agak mahal.... @,@



Dah cuba aku bagi tahap best dia : 7/10 , sebab aku mmg suka makan yoghurt so layan gak la kan.... just mango dia tu masamm beno.... hehe. 




Ok..sekian lah iklan percuma aku jalan-jalan carik makan.... 



p/s: yang aku pegi ni cawangan dia kat sunway pyramid.... dia ade juga buka dia tropicana mall dan ioi mall.
:)

Wednesday, November 10, 2010

Auf back!

hehe.... dah lama tak update... sebab aku baru start keje balik sebab A'uf hari tu warded for about 8days kat KPJ specialist hospital sebab demam panas yang sangat tinggi hingga mencecah 39.8...

Memula hari sabtu tu Auf demam sikit2.... kamiorg bawak dia pegi klinik dekat dengan rumah je la.... yelah, mentang2 company cik mok cover medical ni , bawak je la kan ...menda preee.... kekeke.... so macam biasa la dokter ckp demam biasa sebab musim kanak2 demam.... kira demam pon bermusim la kot mcm musim banjirrr....musim kawin.... kot la... :P

so setelah membawak balik sebungkus ubat-ubatan , malam tu dia punya panas la... mak ai.... dah le baring netes kan...so macam berbahang gila la rasa... cepat2 amik termometer cek... mak ai.. dah 39.5 dah ni.. apa lagi... terus siap2 nak bawak g klinik untuk atleast amik ubat masuk montot....

fikir-fikir balik kami terus plan nk bawak dia pegi KPJ , tempat dulu dia kena rawat sebab kawasaki tu kan....so sesampai sana je temperature dia dah 39.8... so ape lagik.... kena la warded...lagi2 sebab dia ade history pasal jantung dia kan..... tapi sebab kami dah beli insurans so gila gambel la kan nak warded kan anak... hehe.... cuma yang tak gambel just aku punya cuti je la.... terfikir2 pasal kerja....(sorry ye kengkawan )

So far Auf kena tahan total 8days.... siap berDepavali kami di sana. haha.(ade org buat lawatan amal bagi hadiah depavali kat wad kanak2).... eventho holiday aku habis kat situ aje...fikir2 balik , its ok la kan...asalkan auf sehat balik... takut jugak aku hal2 dalaman yang kita tak tahu tu kan..... padahal dah plan nak jalan2 kan....

Ok, ada yang tnya aku KPJ hospital tu ok ke? so far bagi aku ok la.... aku suggest korang Datuk Dr. Zul... aku suka dia sebab dia bagi explaination serba lengkap.... tp bukan senang nak dapat dia.... biasa la orang penting ni kan..kekeke... kami pon dapat dia mase dia cek jantung auf dulu... kiranya dia amik kes berat2 je la... but for this time kami ambil Dokter Ling.... Dia pon OK... sangat friendly dan soft spoken tau.... :)

Service kat sini ok-ok la.... nurse setakat ni tahap ketahanan sabar diaorang tu ok la lagi kan...hehehe.... kira macam aku asik nak tukar cadar pon diaorang layannn lagi laa... haha... kate bayor ye tak.


Dan Sekarang auf dah recover la kan....
And aku dapat tetap dengan fasa berhati-hati .... :)






p/s: Alhamdullilahh..... :)