Wednesday, April 22, 2009

masak atau kemas....

kepada suri/sura rumah berjaya...malah aktiviti ni juga utk wanita2 bekerjaya yang tabah mengharungi hari2 sebagai suri rumah separa masa dgn tulang empat kerat walaupon penat xhenggat semata2 utk sang suami.

entri kali ini xde kena mengena dgn sesape...cuma luahan pendapat aku aje!

bagi korang kan..ape yg susah? masak atau berkemas? atau masak sambil berkemas.... bagi yg baru aje hidup berdua dalam satu bumbung..tanpa bantuan ibubapa atau adik2 yg secara senang aje kite nk suruh itu dan ini...ini adalah cabaran terbaru.... utk menyesuaikan diri dari satu habitat dan kebiasaaan sendiri kepada kebiasaan orang lain memang payah...

bagi aku...memasak agak mudah...asal kena dengan tekak sendiri...itu bagi aku dah kira OK! tapi utk memuaskan pihak satu lagi/yang lain bukan semudah itu.... cth sang suami yang sudah berpuloh tahun meneguk air tangan ibubapanya dan secara tiba2 menukar ke satu menu yang baru...rasa yg lain...dan juga style masakkan yg berbeda. Walaupon sedap sehingga licin setiap pinggan mangkuk...tp tekak akan tetap rasa berbeza..dan itu kenyataan!

Mengemas pon tidak susah....melainkan korang seorang yang perfectionist yang mendambakan kekemasan tahap maksimum ala-ala hotel bertaraf 8 bintang pada umah anda...dan tak semestinya anda kemas ala kadar anda seorang yang pemalas ye tak.... itu bergantung kepada sumber tenaga yang ada dalam badan anda...dimana ia mampu digunakan sehari semalam tanpa rasa penat hingga nak pengsan! dan bila diakhir waktu anda terkulai layu hingga xmampu nk gerakkan walau sebelah tangan sekalipun. Agaknye kalau orang lain tgk, nampak mengada je lebih kot...tp ingat..tubuh badan kita berbeza...begitu juga dgn tenaga!

Dan setelah hampir 4 bulan bergelar isteri...aku Kagum dan Tabik pada suri/sura rumah sepenuh masa yg kerja mereka dirumah nampak macam xpenting dan macam remeh tp sebenarnya bebebanan dibahu sama berat dengan aku yang duduk kat opis perah idea utk puaskan hati orang2 atasan...begitu juga dgn suri/sura rumah separa masa yang keletihan balik dari kerja dgn otak yang penuh dgn data2 pejabat tetapi masih tetap menyambung keje2 lebih masa diRUMAH....dan bagi yang mempunyai pembantu peribadi setia itu mmg patut bersyukur... *(anak kecik yang dah faham bahasa pon dah bole disuruh kini)*.

Itu belom masuk pompuan mengandung yg terpaksa bekerja dan mengemas umah kemudiannya....bukan bebanan dibahu saje...tp juga diperut memboyot mereka tu...

Aku nk ucapkan terima kasih kat ibu aku atas segala pengorbanannya...xterbalas jasanya...walaupon kadang kala geramnya terhadap kami menyebabkan dia menengking, membebel dan merajuk..itu cuma satu sesi luahan perasaan Ibu yang kami ketika tu xpaham kenapa ibu marah2....kan bu! Terima kasih juga pada abah yang tunaikan permintaan kami selama ni, teringat ketika aku merajuk 2 ari xnak makan sebab nak kan videogame tape yg popular ketika zaman tu...Ayah mane yang sanggup tgk anak berlapar ye tak.... baru yaya tahu mcmana letih nak cari duit... Tengkiu bah, bah nampak ensem pakai baju yang kiteorang beli tu...*walaupon pada mulanya ego sebagai ayah cakap baju tu xlawa langsung* hihihi......

teremosi lak....aduhaiii....sekian!

p/s: xsabar nk beli kan ibu bah tshirt bertitle "World Coolest Grandma/Grandpa"

1 comment:

Husband said...

Ini adalah persoalan ttg kehidupan
Terima kasih kepada isteri tersayang,mama kerana menjaga sy..
sy sgt kagum dgn kaum ibu sepenoh masa..tabah melayan kerenah suami & anak dirumah..masa bekerja tiada batasnya...
sy juga sgt kagum dgn kaum ibu yg bekerja..siang mencari rezeki di luar..malam melayan kerenah keluarga..uih penat

xterbayang..
sesungguhnya Allah maha besar...memberi kaum HAWA kekuatan dalaman yg cukup2 kuat(x tertanding oleh lelaki)...dpt

menahan kesakitan ketika melahirkan anak,dpt melakukan byk perkara dlm satu masa dan byk lagi yg tak terucap & terkata

adakah kaum ADAM & HAWA itu berbeza?jelas jawapannya..cume mungkin berlainan pemahamanya...
Allah jdkan kaum ADAM itu sifatnya keras,mempuyai kekuatan fizikal & lasak
Allah jdkan kaum HAWA itu sifatnya lembut,kuat & cekal hatinya..

seharusnya tanggungjawab dipikul bersama..bukan hanya dipikul seorang diri..kepada husband2 diluar sana.cuba tanya diri

sendiri:

adakah sy selama ini berada di golongan yg mementingkan diri?(persoalan ini sy xblh nak jwb)
adakah sy selama ini seorang yg pemalas? (persoalan ini sy xblh nak jwb)
adakah sy selama ini tak pernah pedulikan perasaan org lain? (persoalan ini sy xblh nak jwb)
adakah sy selama ini tidak berlaku adil? (persoalan ini sy xblh nak jwb)

semua persoalan ini kita sendiri tidak mampu nilai sebab itu subjektif..hanya mereka yg menilai..
tp ingatlah..tanggungjawab itu adalah amanah dr Allah..jlnkan dgn terbaik...seharusnya masing2 menghormati satu sama lain
dlm kehidupan berumah tgga mmgla byk dugaan..tp jgn gunakan EMOSI tp gunalah AKAL pikiran...
seharusnya masing2 perlu tahu kewajipan2 masing2...xperlu GUIDELINE ape yg perlu dilakukan...
terima kasih juga kepada abah sy..walaupon garang & bengis sy still lagi hidup sebagai manusia..sy tahu die cube bentuk sy

melalui pengalaman dia..dia nak yg terbaik dr sy..bukan melakukan kesilapan yg sama yg telah dilakukan..

akhir kata;
sebagai suami sygilah isteri kamu..bertanggungjawablah..itu amanah Allah...
sebagai isteri hormatilah suami kamu..jaga adab

http://mohdfarhan.blogspot.com/2007/05/taati-ibu-jangan-sakit-hati-suami.html