Friday, November 30, 2012

Cerita Rabu lepas.

Rabu lepas aku adalah MC. Disebabkan keadaaan aku yang selalu lah sangat pening kepala bila malam, aku pon pergilah klinik nak pastikan kenapa lah simptom ibu mengandung ni ha sgt teruk utk kali ni.

Dah alang2 nak ambil durian permberian adik ipar kat rumah MIL , singgahlah ke klinik sakit puan area depan rumah MIL . Klinik Sofea , puchong. Signboard warna biru ade tulis Ultrasound tulah. 
Dokter sofea cek tekanan darah dan agak naik disitu,patutlah pening kepala.

Okeh. than apa lagi. Kami semua (termasuk ibu aku) masuk dalam bilik dokter tu mula la menghadap skrin depan tu nak tengok perot kena scan. Auf lagi la siap nak join sekali bonda baring atas katil tu ha. Scan punya scan, dokter ckp nak buat 3D scan ke. Mestilah nak. Lepas tu dah awal2 pesan dokter nak tengok jantina kalau boleh lahhh.

Hasil scan semua nya ok . Alhamdullah sgt. Baby dah cukup sifat jari semua . tulang peha ok. kepala ok. semua ok. Alhamdullilah syukur yaAllah ada lagi mahkluk bernyawa dalam rahim aku ni. Kita hanya merancang, dan Allah dah tentukan.

okeh kawan2. kenalkan adik auf yang pemalu ....dan lepas ni bonda kena jaga2 takleh dah makan durian selalu sebab nnt bp naik.



teka lah sendiri. :)


btw, yang beriya poyo nak tau sangat gender ni sebabbb...esok kami akan ke Guangzhou , china. saje holiday 4 hari...So.... nak shopping la apelagas. hahaha. Over!

doakan aku ye kawan2. doakan aku larat bawak berat badan yang dah cecah *tetttt* ni disana nanti. hehe


love,
YAYA

Tuesday, November 27, 2012

Bakal Adik A'uf

Haha. Rasa bersalah pulak sebab tak pernah Up entry pasal baby kali ni. Nanti dia nyanyi lagu ini tidak..adil..tidak adil kang. hehehe.

OK2.... Sekarang aku tengah preggy 2nd baby, dah 17 minggu dah pon, nak masuk 18 minggu dah ni ha. So far alhamdullilah sihat. berat badan pon takde lah naik mendadak2 sgt macam yang dulu. Kali ni pengambilan nasi dah boleh kontrol sikit lah. Hehehe.

Perbezaanannya kali ini first trimester aku adalah teruk okehh. Pening gilaaaa... lepas tu asyik tido je keje nya. letih teramat badan ku. selalu kena angin dalam perut. Mencabar betul. Time Auf dulu relek kemain lepas tu gelakkan cik mok sebab dia yang over muntah. hahaha. kali ni sendiri tanggung lah.


Hopefully semuanya okey lah sampai bersalin nanti. :)


kepada kawan2 yang join the club sama2. Congrats korang. Dan dibawah ni gambar Abg long bukit subang.


1st Scan masa 8week :P




love
yaya

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya


Wednesday, August 8, 2012

A'uf Obsession

Auf kan suka sangat dengan car. So collection baju yang berasaskan 'car' adelah banyak. So kalau ade blogshop yang jual baju gmbr car, sila bagi link pada bonda yeh. hehehehe.


:)


p/s:diam tak diam dah 19hari kita berpuasa. sedih pulak rasanya bila bulan ramdhan begitu cepat meninggalkan kita.

Monday, July 9, 2012

Cuti-cuti keluarga

Keluarga mertua aku memang rajin ajak bercuti-cuti. Mungkin sebab ahli keluarga mereka pon agak ramai sebab adik ipar pon dah kawin kan. Kalau belah aku ni, tiga ketul kami adik beradik. yang adik lelaki aku jarang dapat dikesan, yang sorang tu pulak Uitm, ade kelas memanjang, mana lah ade time nak bercuti-cuti macam ni.

Cuti-cuti kami kali ni takde lah jauh mana. Nun ke cameron aje tu ha. haha. Aku yang beriya jakun sebab first time bebeh aku kesini. Kira pengalaman pertama lah ni kan. :) Dan pengalaman pertama juga untuk auf. Dia biasalah, punya lah happy kan kalau berjalan ni.
Kiteorang stay dekat desa anthurium apartment. Rm250 semalam oklah untuk kiteorang 3 family.




Destinasi pertama yang dituju mestilah pasar malam cameron. Teruja betul macam-macam ada. Cuma nak parking lah susah sikit. berbukit bukau. Kalau aku bawak manual harap maklum le aku takkan bawak. Kalau auto aku boleh consider lagi. haha. gila sume orang park dekat cerun2 aje.



Antara benda yang aku nak cuba masa kat sana. Madu lebah sekali dengan sarang dia. Mungkin ade orang geli bila tengok sarang lebah tu kan, tapi sebab aku biasa makan madu. so saje nak try sebab madu kan memanas kan badan dah elok untuk orang asma macam aku ni. sepotong tu je Rm2.00 . 


Target aku laki bini sepanjang pasar malam tu adalah cuba makan2 baru kat situ. So xdelah aku g beli bantal strawberry ke,patung kereta strawberry lah yang berlambak-lambak orang jual kat situ. Semuanya aku kurang minat. Yang aku minat , something new. 


cendawan goreng, kim chi goreng dan brokoli goreng.
semua segar2 dan ranggup.

Macam-macam makanan berasaskan strawberry

suasana pasar. Sumeorang pakai baju sejuk . hehehe

Auf ni sejuk2 dia boleh bantai tidur pulak dah. 

Lepas dah berjalan sakan. Balik lah kami ke apartment untuk berehat makan malam dan minum teh panas . Malam tu auf tidur awal, jadi kami laki bini lepak dekat balcony feeling2 omputih konon cakap sambil keluar asap kat mulut. kakaka. berangan gila. 

Anak bujang dah bangun awal. Mandi menggelupur kesejukkan. Lepas tu paksa dia pakai topi sebab cakap kat dia kalau pakai topi nanti tak sejuk. Terus dia percaya. Hehehe. lepak balcony sambil minum susu suam. :)

Nak jalan mestilah kena bergaya ye tak. Style dah macam hiphop band dah . Kami keluar ke taman strwberry dan taman teh.

view memang cantik lah kan tapi ramai orang

Makan lagi T_T

Itu saja yang nak share. Bagi aku cameron ni best sebab cuaca dia sejuk, sayur dan buah-buahan segar tapi tulah, bab nak kesana agak taklarat sebenarnya. Dalam kereta aku lah paling banyak tidur sebab aku rasa loya dan pening ya amat. tak larat mak noks! 


Monday, June 25, 2012

Seharian di kampung istana

Lokasi : Kampung Istana , Batu pahat.

Kami pulang ke kampung batu pahat (lamaaaaaa gilaaa hoi tak g sana) sebab ada kenduri sekupu kan. Well, mcm biasa traveling dengan budak kecik kepochi tak reti duduk diam ni mmg memenatkan. Tapi bersemangat woh sebab lama tak jumpa sedara mara.

Sesampai je disana terus serbu makan nasi minyak batu pahat terbaik! kari kambing depan mata. Cikmok senyap terus sebab makanan depan mata kan. Hahaha.Si Auf nya pula.... makan taknak. asyik nak main aje. biasalah gumbira kan , ramai yang melayan kerenah kau tu. 

Tukang bagi sweet kat tetamu.
Halooo...haloohhh.... rahjinnyaaa anak bonda.
=)

Tak cukup dengan tugas tu...tugas photografer pon dia nak ambil alih. 
Naseblah camera Lumix siapakah ini berpuluh gambar tidak dikenalpasti.

Lepas tu singgah pula di Muar . Makan lagi durian berkilo, dan manggis. Asyikkk makan je lah kiteorang lepas tu semua orang tegur

"eehhhh korang dua ni laki bini badan naik apesal?? ade sesiapa mengandung ke disini?" sambil menunding jari ke arah kami.

masuk kereta tiga beranak diam membisu. Hehehehehe.

Wednesday, June 20, 2012

Outdoor Shoot - For product catelogue

Cerita lama juga lah, tapi saja nak share sebab rasa nak tulis pasal ni. 

Hari tu, ade sessi Outdoor shoot for company product catelogue. Alah..model free sebab mak dia kerja kat sini. Hehe. So kiteorang bawak lah sales person kiteorang , photog and aku laki bini dengan auf mikail. Tujuan nak shoot catelogue yang 'mak' dia ni design dari tahun lepehhhh tak abis-abis. Hahaha!

So sebagai budak yang lasak tak reti duduk diam. tugas photog mmg akan mencabar. Seperti kisah2 silam sebelum ni. Dari 100 gambar yang diambil , yang cun dan boleh diguna pakai mungkin 4-5 keping sahaja T_T . Apa-apa pon we all have fun lah, walau cuaca panas membahang.


CONTOH :

 Duduk situ dia menguap pulak daaaahhh...

 Kasi Apple supaya fokus, dia ketuk2 cawan dekat apple tu.

 Dia julingkan mata pulak dahhhhh T_T

 Paling sadis : Photografer kena baling dengan cawan. 


dan hasilnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bolehlahh... Ini sekeping je dah berapa shoot. Cuma bayangkan kalau 5-6 helai.
T____________T


Kesimpulan disini : Hargailah Jasa Photographer seMalaysia. Hehehe


:)