Tuesday, October 11, 2011

Auf current obsession

Sekarang, 

Auf terlalu-lalu-lalu suka pada footballs. Dia punya suka tu kan, macam makan bola, tido bola, mandi bola lah. Pelik aku darimana datangnya influence pada dia yang boleh menyebabkan dia suka sangat lah bola. nak kata ayah suka sangat takde pulak. ayah dia jarang stay up at night semata-mata nak tengok football. Jarang la. itu pon kalau ade perlawanan besar-besar je kan. Bonda lagi la. Jangan tanya nama pemain bola. Satu haram pon tak tahu. Kecuali yang famous2 atau yang dilanda gossip macam KFCM tu okeh. hahaha.

Auf kalau tengok bola, sampai ternganga2 ha. Dah tak peduli la makan ke ape ke kan.

tengok lah sampai kita ambil gambar dia pon dia tak perasan

Tahap dia punya suka tu kan. sampai , kalau baju-baju dia ade corak bola ke, atau baju bola ke, atau gambar bola ke dia akan suka sangat nak pakai tanpa paksaan. Lepas tu jenuh lah kiteorang nak suruh dia bukak baju nak mandi kan. Seboleh-boleh dia mengamuk sakan taknak bukak baju kesayangan dia tu nak pakai balik even baju tu dah comot gila. aduhai. part ni susah sikit la kena sorokkan baju tu cecepat. hahaha.

sebab baju bola dia rela je suruh posing macamana pun sebab pakai baju bola ni. berbaloi la atok dia belikan - murah tapi pakai lama.

ewahhh...ewahh... gumbira nya hati kan .

So disebabkan obsesi si auf ni. Kami bawak lah dia ke padang yang luas sikit untuk dia melasakkan dirinya.


nanti dah besar, dah jadi pemain bola, dah glamor, jangan asyik nak keluar paper ade gossip sudah. Lepas tu sebok nak kahwin artis pulak. No-no-no ok auf. hahahaha


:)


Monday, October 10, 2011

Kalau Cik Mok macam ni mau fengsannn ahkak!


Pernah tengok surprise macam ni dalam show MOBBED matsalleh mane tah dulu, sekali abg BN pon dah turut serta. apepon yang pasti, wife dia comel sgt. Dan dia pon romantik sangat. Even dalam rancangan MOBBED , dia punya surprise gila babenggg... yang macam gini pon dah boleh buat mengalir airmata, dan tak kan lupa sampai bila-bila. 

Bukan fomfuan je suka surprise, lelaki pon suka ape. Tapi lepas ni ramai yang dah tahu kalau ade carpet-carpet bagai , mesti terus terjah laki " ehhhh...nak buat surprise macam abg BN lah ni yerrr". hahaha.

:P

Sunday, October 9, 2011

Perpustakaan Awam Selangor - New library in Shah Alam

Korang suka pergi library tak? Mungkin bagi mak-mak macam aku ni takde rasa pon nak pergi library kot kecuali time study-study dulu kan. Itu pun kalau ckp library sure kite terfikir , tempat yang biasa-biasa , tak cool , untuk ulat-ulat buku dan tak menarik kan. tapi itu dulu bebeh...duluuu.

Dapat tahu daripada email pada mulanya. so sebab hari ni ahad, pergi pasar nak beli barang basah, ajak lah ayah singgah kejap untuk tengok sendiri kebenaran orang cakap yang ade perpustakaan bertaraf antarabangsa di shah alam. Dekat seksyen 13 shah alam.
Masuk-masuk aje. My first impression adalah. Sangat cool okeh!! Tiba-tiba jiwa rasa muda plak , rasa macam student kolej bawak buku masuk library. hehe. tapi kali ini bukan bawak buku, tapi bawak anak ok. :)


 Diperkataan , ramai tak tak tahu kewujudan perpustakaan ini. even myself pon tahu dari office mate yang edar by email, then baru kiteorang try datang to check it out. yelah, atleast ade lah tempat lain untuk auf belajar pergi selain dari shopping mall dengan gameland je kan. hahaha.


Dikatakan ia dibuka pada julai 2011, dan diilhamkan oleh Sultan selangor dan menelan belanja sebanyak 70juta. ia dikatakan hadiah dari sultan selangor untuk rakyat selangor. manakala trademark perpustakaan ini adalam "our second home". mana tak 70juta, semua komputer didalam berjenama apple. imac weh!


kids nowdays are lucky kan. semua canggih manggih. :)

budak kecik sekarang pon pandai guna imac okehh.


So far library ni ade  6 levels altogether.  setiap level direkakan untuk setiap umur mengikut funtion masing-masing.Yelah, takde lah budak kecik pergi kacau budak dewasa buat kerja kan. So far, kami tak dibenarkan masuk ke bahagian dewasa sebab auf mikail kan bawah umur.  So dia hanya dibenarkan untuk berada dibahagian umurnya sahaja. Sebelum masuk , anda hendaklah letak kan kasut-kasut anda kedalam beg yang disediakan kerana setiap bahagian adalah fully carpet.

  books area.

Auf memang suka buku. Dekat rumah kami ade sediakan mini library untuk dia. Lepas tu hari-hari ajar kalau dah baca kena put back atas rak bacaan dia tu. So far dia dah kenal lah mana buku "balls" mana buku "banana" mana buku "twinkle-twinkle little star" sebab hari-hari ulang baca. Tapi bila dah pergi library buku kemana, dia lebih gemarkan benda ni..............

T____T
dari sampai sampai nak balik asik naik benda ni. alahai.

baca buku dibawah pokok. cool kan area nih. 
*suka sangat*

kids reading area

stage.

surau pon ade. selesa. :)


parents area. modern betul kerusi dia.

so disebabkan kiteorang tak boleh masuk area lain yang mana dikatakan lebih canggih. siap ade gym woo. ade wayang 6D (kena bayar rm10) dan ade lain-lain aktiviti, atleast kiteorang dah tahu mana tempat nak bawak auf mikail kalau dah buntu tak tahu nak bawak pergi mana. lagipun masuk pon percuma. Kalau bawak laptop , korang kena charge rm1.00 saje untuk plug in charger korang. Wifi pon free. :) boleh lepak sehari suntuk lah macam ni. hehehe

more picture from internet dibawah.




bestkannnn...kannn...hehehe
Bagi aku lah kan, berbaloi jugak diaorang buat macam ni even harga berjuta (padanlah dengan interior design mcm tu) atleast daripada orang tak suka pergi library jadi suka pergi sebab cantik selesa dan canggih. Akan bawa auf pergi selalu. Dan harap library ni dapat maintain cantik dan bersih macam ni. 

ape lagi, jom lah pergi. masuk dekat kelab golf selangor sebelah PTPL tu aje. guide line is laman seri.


Sekian melaporkan. 

p/s: selalu sangat lalu seksyen 13 tapi tak tahu pasal ni. naseb ade orang bagitahu kat email. hehe.


:)

Friday, October 7, 2011

Auf dan camera

Anak-anak kita ni semua since kecil dah didedahkan dengan flash camera. Ada yang keluar2 je perut mak dah kena flashing camera. Baru 3-4 jam dilahirkan , mak, nenen, atok. maksu pak ngah sume dah ambil gambar mereka kan.

Auf ni takde la suka camera sgt walaupun dah didedahkan dari awal. Jangan harap nak pose baik punya kalau disuruh. sure dia mengelak2, last-last gambar candid je la yang dpt. Kena guna shutter spead tinggi untuk dapat gambar pose yang baik.

tapi haritu pelik pulak. dia ambil camera suruh shot gambar dia. siap-siap dia sebut "peace...peace" lepas tu duduk dekat kerusi dia sambil buat muka kerut kening.



mungkin dia cuba mengespresikan muka maskulin kot. Lepas tu pose duduk pon nak macam majalah mangga . hahahaha :P


alahai auf. :)

Thursday, October 6, 2011

Ingin kembali

 puan D bukan nama sebenar. hahaha


itu duluuuuuu weh...duluuuu....
sekarang tidak lagi.... aku ingin kan dagu yang dulu ituuuu....



bertabahlah wahai yaya. hahahaha

T________T

Wednesday, October 5, 2011

but if i had you........1




a portable air conditioner . uyyoh! 
tahap best : best jugaklah kot. 


:)

Wordless Wednesday_08