Friday, July 29, 2011

Zakat pendapatan?

Dihari jumaat yang mulia ini. Ingin berkongsi sedikit info yang tak seberapa kepada kalian.Berapa zakat pendapatan untuk gaji korang. Zakat tidak membebankan. 


(right click to view larger)


Zakat membersihkan jiwa dan harta 

:)

Thursday, July 28, 2011

Apa yang kami perlukan ialah kata-kata semangat!



Kadang terfikir. Wanita emosi nya lebih banyak mengusai diri. Hati senang tersentuh. Air mata mudah mengalir.

Dalam kepenatan balik kerja , dengan kerja-kerja menimbun hingga memerlukan aku stayback hingga malam menjelma bukan mudah. Dengan tugas sebagai ibu yang susukan anaknya. Dengan kerja-kerja rumahtangga sebagai seorang isteri. Dengan part-time work sebagai pencari duit lebih untuk keluarga. Dan dalam semua itu kadang kala kita hilang percaturan hidup. Mulalah nak menginga tak tentu hala.

Tapi 
at least aku perlukan suami. Perlukan suami beri kata-kata semangat seperti 

"takpe eh sayang, esok kita buat sama-sama ehhh"

bukan seperti 

" dahhh tuu...nak buat macamana dah tugas ibu-ibu macam itu"

atau dengan membenarkan isteri pegi joli shopping 3-4biji baju. Hahahhahahhahahaha. 


 Kami para isteri tidak minta banyak, cuma sedikit perhatian. Itu sahaja. We can do everything, we just need support.
-HannahJohary- 




p/s: sesungguhnya kata-kata indah itu lebih baik dan menyejukkan hati. Selamat beramal.

:)

Wednesday, July 27, 2011

Gud luck babe!

gud luck kawan!
i know u can do it. Cant wait to see ur baby, hope betul la girl mesti cun melecun macam hang.
ko gelakkan aku ye dulu perot aku besar, perot kau lagi besar kot.

Macam teringat lagi masa aku dalam labour dulu. Tapi mase tu aku takde la sampai update dalam twitter macam kau kan. hahahahhaha. :P




:)

Wordless Wednesday_07



:)

Tuesday, July 26, 2011

Pavlova

Jeng , jeng jeng...

Presenting my very first Pavlova yang tak berapa jadi sgt dalam dia. sebab dalam dia takde mcm marshmellow gitu. Terbakar lebih masa pulakkan. hehe.



Takpe-takpe. Kegagalan semalam bukan bererti kegagalan hari esok. eh? ade ke peribahasa macam ni?






:)

Monday, July 25, 2011

When best friend are forever

Korang ada bestfriend tak? Yang kita selalu sebut BFF.

Bukan senang kan kita nak cari BFF. Yang sanggup susah senang bersama, dengar masalah kita, stand up untuk kita, cry for us, backup kita , and enjoy bila bersama. Kan? 

Pernah tak kita terfikir, satu hari nanti bila umur dah meningkat, masing-masing sudah bercucu, lutut pon dah sama-sama sakit, badan pon sudah lari alignment, tapi kita masih boleh enjoy friendship tu. Gelak pada semua peristiwa lucu dahulu, lawak jenaka dalam rentak yang sama irama. :)

Last Friday,
bawak ibu pergi kenduri kawan BFF dia. Abah aku BZ, so sebagai menantu, cikmok ambil alih drive kan ibu ke sana. kami pon turut serta. Ibu sangat gembira. Jumpa kawan2 yang sudah berpuluh tahun dikenali dulu. Yang sama-sama kehulu kehilir masa ibu bekerja dahulu. Yang tumpangkan ibu masa ibu takde transport pergi lunch waktu kerja.
 

Kawan-kawan sepejabat. ibu yang tengah-tengah
Ibu BFF , autie dida. 
Sentiasa ceria dan sporting. itu tanda love tangan (yg tak berapa jadi tu) bukan aku yang suruh. dia yang nak buat sangat macam budak-budak zaman sekarang. 
hahaha. serius kelaka.


Macam touching pulak sebab tengok keikhlasan diaorang dalam persahabatan. Walau masing-masing dah ada keluarga, cucu dan membawa haluan masing-masing . tapi masih keep in touch dan masih lagi berkongsi cerita dan gelak tawa dan inilah yang boleh dikatakan Best friend forever. :)

Dan yang paling penting, berkawan bukan untuk ambil kesempatan malah jauhi sifat dengki.


p/s: i love my BFF. Hope macam ni lah sampai ketua nanti.

Monday, July 18, 2011

Pelukkan

Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akn mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat drpd anak yang jarang dipeluk. :)

dan Prof. Fadilah kamsah pernah menyatakan dalam ceramah beliau , peluklah suami anda sekurang-kurangnya 10saat setiap hari untuk cinta kekal abadi.



:)