Monday, February 28, 2011

Child anger & tantrums

Bukan senang nak jadi ibubapa. Bukan senang nak men'corak' anak yang orang selalu ibaratkan sebagai kain putih yang suci bersih.

 A'uf , budak 13bulan yang dah pandai tunjuk perasaan. Dulu aku pernah lihat keadaan ibu2 yang sedaya upaya mengawal anak yang berguling2 di shopping mall. Menangis2 dalam trolley.

And now i dealing with this.
I'm beginning to see the starting signs of tantrums.

Mungkin ini permulaannya, tapi apa korang akan buat kalau budak tu duduk atas lantai , dan meraung kuat2 sehingga dia dapat apa yang dia hajatkan?


Kadang kala rasa serba salah kalau hendak diberi apa saja yang dia mahu. Then next time dia akan tahu yang dengan menangis dia akan dapat apa yang dia nak. Jika tak bagi, orang ckp aku dera anak , kedekut taknak bagi. mencabar bukan? Means, apakah tindakan yang paling bijak kita perlu buat?


Bila dah sampai phase ni.Kadang kala aku rasa tak sabar pun ada. Banyak kali aku selawat dalam hati , pujuk hati sendiri. Tapi apa dia tahu, dia cuma seorang budak kecil. So aku kena cari macamana nak handel situasi macam ni , dan mestilah dengan bantuan suami sekali. Tak boleh lah dengan cara " alaahh... kasi je apa dia mahu" . Atau sorang kate OK sorang kata jangan.

 Setakat ni aku dah cuba cara:
1) Peluk dia kuat2 dan cakap kt telinga dia kenapa dia tak boleh dapatkan benda tu. Even dia tak faham pon. but kena start dari awal.
2) Larikan pandangan dia dari benda yang dia mahu.Gantikan dengan benda lain. Lagi bagus tunjuk cartoon pocoyo dia dalam phone.




3) Dukung dan beredar dari tempat itu.
4) Kalau kat tempat private yang takada orang, aku biar dia nangis kat situ dalam 1-2minit.
5) lastly, offer dia boobies. tu je yang boleh pujuk dia. :P



boleh baca lebih lanjut disini :



http://www.babycenter.com/400_how-do-i-handle-my-1-year-olds-terrible-twos_500766_0.bc



Mungkin anak anda tak melalui phase ini. Dan mungkin ada juga ada.
"every child is different" 


p/s: bonda sayang Auf so much!



:)

Wednesday, February 23, 2011

Meransang Bahasa Sikecil

Aku dan suami sememangnya ibubapa yang sibuk. Aku akui, sejauh mana sahaja masa yang kami dapat luangkan dengan sikecil itu pada hari biasa. Lagi2 cik mok yang pagi&malam kerja. Mungkin hujung minggu saja yang akan lekat dirumah jika tak ada stand by.

Tapi, walaupun begitu, aku sebagai ibu tetap cuba sedaya upaya untuk mendidik & memastikan ada masa 'bersama' kami anak beranak. Tak kira lah jika ke taman permainan di bawah rumah sekalipun. Anak pon bosan weh duduk terperap dalam rumah sepanjang kami bekerja.

Sejak Auf dah faham apa yang kita sampaikan , aku akan cuba sampaikan seberapa banyak perkataan kepada dia. So walaupun kita sibuk, dalam keadaan tertentu ,Tak kira lah dimana, ketika bersama dengan dia, cubalah berbual2 dengan sikecil anda.  Dengan ini boleh meransang bahasa anak kita sedari awal. Contohnya :

Dalam kenderaan : Cuba-cuba membebel dengan tunjukkan dia "ehh..itu car...itu lorry" , "itu motorbike , motorbike lajuuuuu (sambil buat bunyi2. Hehe)

Dibilik mandi : "air sejukkk..."Kalau Auf tak mandi nanti Busukkk"

Semasa memakaikan pakaian kepadanya : "Mana tangan awak" "Mana kaki awak"

Ketika menonton televisyen : Masa ni lah yang paling ideal untuk kita menerangkan kepadanya apa saja.



Dan yang paling utama, jangan biasa kan anak dengan perkataan pelat. :)



:)

Tuesday, February 22, 2011

Pencapaian terbaru

Auf,
dah pandai ambil kasut dan datang ke arah aku sambil mehalakan kasut tu suruh aku pakaikan kalau dia dah nampak kami dah siap2. Cth bonda dah pakai tudung bagai. Itu menunjukkan dia dah masuk fasa 'faham ape itu jalan'  . *fengsan*

Ini la dia penangan masa mengandung mak dia berjalan tak berenti.T_T 



Aksi memilih baju sendiri. T_T
Tiru siapa?
Mestilah tiru bonda. hee




:)

Monday, February 21, 2011

Ayah borek, anak bintik-bintik


Kat mana lagi kuah nak tumpah, mestila kat nasi. :D

A'uf nanti dah besar jangan pegi buat rebonding eh. :)



p/s:  mcm DNA .

:)

Friday, February 18, 2011

i want thisss pleaseee!



Sukanyaaa... Nak jugak!
Keychain ni. Detail gila lah dia buat.



:)

Thursday, February 17, 2011

Tips untuk anak yang susah makan ubat


Bukan semua budak-budak takut ubat. Serious. Ada yang suka macam makan gula-gula atau minum air bekarbonat je lagaknya. Tapi dalam kes anak bujang aku, ubat ibarat penyesaan jiwa dan raga, zahir dan batin baginya.
Pastinya ramai kawan2 yang menghadapi isu anak susah nak makan ubat ni, jadi rasanya boleh dikongsikan di sini tips dan cara untuk selesaikan masalah anak yang susah nak makan ubat. Lagi apabila anak telah pun pandai membezakan antara ubat & makanan. :)

Setelah digoogle dari interenet, ini antara tips yang aku jumpa & telah diaplikasikan kepada Auf :


  1. Gunakan pendekatan psikologi dengan cara memujuk dan menerangkan kepada si anak kenapa dia perlu makan ubat - ( terang la macamana pun dia bukannya faham lagi dan tetap terus menjerit)
  2. Ada juga cadangan supaya mencampurkan ubat dengan susu yang diminum oleh si anak tersebut - (lagi la , kang susu berubah warna lain lagi la dia taknak minum susu pulak)
  3. Guna taktik letakkan ubat bersama makanan kegemarannya, bila dia nampak makanan kesukaannya, pasti dia cepat nak makan ubat - (tak pernah try)
  4. Dalam kes-kes tertentu, langkah berjaga-jaga juga sediakan ubat yang boleh disumbat melalui dubur anak sekiranya demam yang dialami terlalu tinggi dan si anak pula susah nak makan ubat - (memang sentiasa spare ubat ni)
  5. Cara kekerasan. - (dimana cara ini lah yang paling berkesan pada aku sekarang, kepit dia bersama orang lain, donggakkan sikit masukkan ubat guna sringe sikit2.lepas habis tepuk2 tgn cakap good boy pelok2 dia. )
  
Ada cara lain ke yang korang guna?  Aku buntu T_T


p/s: pernah try masukkan dalam air vitagen :) Agak membantu jugaklah


:)

Wednesday, February 16, 2011

Kalau jiwa kacau



Kita ni kalau stress kat office, keje melambak, kena torcher dengan bos atau senior2 , tengok gambar anak terus jadi cair kan. Boleh senyum sorang-sorang depan PC macam orang gilak.


Lagi2 bila tengok gambar2 cheeky macam ni...



Jom kawan2 balik rumah gomol anak. :D 






:)