Friday, April 27, 2012

Mode : Its Family Time

Assalamualaikum...

Macam yang aku dok bagitahu dalam blog aku lagi satu tu. Its been a very veryyyy busy month for me dalam this year. Penat gila wa cakap lu. hehe. Rezeki Allah nak bagi kan, memang tak akan dijangka. Mungkin ramai yang beranak kot so ramai yang order gift utk aqiqah/majlis kesyukuran gitu. Sometime sampai terpaksa tolak order sebab kang aku tak terkawal yelah, dengan keluarga lagi dengan anak lagi dengan suami lagi. So kena betul-betul pandai bahagiankan masa which is kadang-kadang aku pon tak berapa pandai nak susun jadual. Kesian auf. :(

Tapi bukan lah tiap-tiap bulan macam ni kan.... Hehehe

So , diatas segala pengorbanan itu... kiteorang akan pergi bercuti lalalala dengan auf dan cikmok. Lamaaaa kot tak pergi bercuti..last kiteorang bertiga adalah tidur dekat hotel kat port dikson tak salah, Tujuan sebab nak bawa Auf mandi pool je. Serius.... kiteorang jarang gila have our own family time yang betul2 berkualiti. Cer tanya auf nak pegi mana, mesti dia cakap nak gi giant sebab tu je la tempat kami selalu bawa dia pergi kalau cuti.Paling tak tahan , bila dia tengok gambar kami pergi snow house hari tu kan (gambar dekat handphone) dia akan cakap

"snowwwwww.....besttttt....besttttt " sambil buat ekpressi muka gumbira. Sedih mak noks! Haha

 So After all thoose betul-betul hard works , sleepless night , less-hugs for my lil A'uf and hubby,marah-marah sebab letih, rengek-rengek Auf nak onde...nak ondeee.... its time for us untuk enjoy this family qualitu time. Apa yang aku begitu eksited about this holiday walau tak seberapa is :

1) Hasil titik peluh sendiri kumpul sikit-sikit tau dalam tabung untuk semua ni. Rasa berbaloi gila spend untuk orang tersayang even kena tidur 4 - 5 jam je sehari.
2) Rasa betul-betul nak rest fikiran dari fikir untuk partime job , design dan office work. Nak enjoyy

Haha. Over rasa tulis entry macam ni. but seriusly, bukan senang tau , sakit tulang belakang semua ade lah. And kami bukan orang senang nak sentiasa holiday bagai sebab aku avoid holiday guna credits cards sebab aku tak suka hutang even hubby ade seketul crdt card. Itu pon aku kawal gila sebab aku takut hutang . So biarlah bersederhana dengan apa yang ada je. Ini pon dah cukup bahagia.


so till then. TATA.


p/s: on planning two more cuti-cuti , so kena working hard lagi lepas ni.


:)


Thursday, April 19, 2012

Kalau rambut lurus

Ayah auf selalu berangan , kalau tiba-tiba rambut anak bujang dia tu jadi lurus satu hari nanti. Penat juga nak yakinkan dia, sikeriting tetap akan jadi keriting awan nano bila dia dah bujang kelak. Ayah auf tak dapat terima hakikat, menegaskan pengurusan rambut keriting adalah susah kerana dia sendiri mengalaminya. :)

Lepas mandikan auf haritu, aku terfikir...macamana agaknya kalau auf berambut straight gila , lembut macam anak cina. Sure muka dia berubah kan. Cepat-cepat aku sikat rambut dia lurus , dan capai kamera dan halakan pada dia. Naseb mood dia baik.

OK...nampak lebih 'jendul'

nanti nak try edit jadi sesuatu...


hehehe


Friday, March 30, 2012

Learning colors with A'uf

Pagi tadi bagi auf makan cornflake... Conflake tu aku saja letak dalam colorfull container (kan mak dia keje kilang container) , so that kalau auf nak makan dia akan pilih mengikut color cover container tu la.


"A'uf..... nak color ape?"


"blueeee....." 


"good boy ! nahhh" Sambil hulurkan dia bekas blue.


"Auf ni color apa? " sambil tunjuk bekas color orange.

"munichhhhh...." confident gila.


"orange lahh...."

"munichhhhh....." T_T

ok2...sukahatilah. Dia memang panggil color orange tu munich which aku tak tahu dari mana datangnya perkataan tu atau siapa yang ajar dia. Penat dah kiteorang ajar dia orange, tetap jugak jadi munichh.


"auff...auf suka color ape?"

"pinkkkkk!" erkkk

"alaaa...taknak la pink...color lain la..."

"aaaa...purple!..."


*apehal nak metroseksual plak niii!*


T_T

Wednesday, March 28, 2012

Kadang kala rasa rindu

Rasa rindu nak baby. Hahahahhahaha......




Sekejap je auf dah 2tahun lebih. Kejap je dah pakai pampers size L sebab dia tinggi nanti pampers tak sampai kat pinggang. Hehe. Kejap je semua baju dah hanging. T_T dah le pandai memilih nak pakai baju ape.

"Auf...pakai baju ni yeh...ensemmm tau"
" ishhh...not best " (mana dia belajar perkataan 'not best' ni)
"alahh..best lah...cantik pulak tu"
"notttt besttt....car bestt" T_T 

*pening*


Toddler bonda kat rumah tu selalu je anggap diri dia baby. Kalau bonda tengah duduk-duduk , nanti dia akan baring sendiri atas peha , lepas tu cakap

" aufff babyy....auf babyyy lahh"

Hahaha. Manja tau! perasan pulak tu. :P

tapi comel je perangai camtu! 

lepas tu tumpahkan milo atas lantai dan baring pulak atas milo tu sambil buat aksi seperti berenang...itu tidak comel sama sekali!! T_T

Tuesday, March 27, 2012

Preloved item for sold : 2

Occay. Dulu pernah jual sling sekali kan. But this time nak jual benda lain pula. Hehe. Actually bukan plan taknak beranak lagi tau. But this is all my cousin item. dia dah beranak 2. lepas tu takmo beranak lagi katanya. Hahhaa.... so ni tolong dia aje. Tolong orang kan bagus . :)

For serius buyer only. Self-collect. and item ade itu aje. Sape cepat dia lah yang dapat. Hehehe. Contohnya kalau korang tengah nego-nego lepas tu korang kate nak bayar tapi esok tunggu2 takde pape, then ade orang tanya , so aku letgo je pada yang dah bayar tu. Jangan kata aku kejam wokey. Hehehe.

Baby cot
Adjustable - boleh sama level dengan kira punya bed. Boleh jadi playpen. 
Price include tilam kecik.

condition : 8/10

Nak let go : RM450 (nego)


ade stain sikit. tapi boleh letak cadar. :)

Bottle and food warmer
Tak pakai sangat sebab anak dia susu 'nenen' direct (housewife) hehe.

Brand : Mothercare 

condition : 9/10 with box

Original price : RM168
Nak let go : RM70

boleh cek sini :



Baby tub with steel leg
benda ni bagus aku pon ada satu. So mase kite dalam pantang takyah cangkung untuk mandikan baby, just berdiri. Mak aku pon senang nak guna sebab mak aku sakit lutut so takleh bengkok kaki sangat. :)

condition : 9/10
Original price : Bath tub : rm104 + leg RM 152 = RM256
Nak let go : RM100 

boleh cek kat sini :


Authentic Allerhand Diaper bag
ada bottle compartments, diapers, changing mat

condition : 10/10 
Original price : RM400
Nak let go : RM140 SOLD


Assorted baby shoes

Brand : Mothercare & baby gap (Authentic)

condition : 9/10

Price : from rm15 - rm25 each. :)





owh lupa. Kalau nak email kat yaya_faridz@yahoo.com
sape cepat dia dapat. 


:)

Monday, March 26, 2012

Cerita Sabtu & Ahad

Sabtu dan ahad lepas mmg buzy lah macam selalu. Jumaat je aku dah start buat jadual penuh untuk sabtu dan ahad apa perlu buat. Perghh...siap jadual tu. Haha. yelah, baru lah tersusun hidup aku kalau tak kelam kabut. So Sabtu dipenuhi dengan aktiviti kerja part time lah ape lagi. Sambil bawa auf jalan-jalan sekitar times square.

So lepas balik rumah , kemas umah laki bini, rehat2...terfikir why not hari ahad pergi ict snow walk. bawak auf. Auf kan suka sejok. Hahaha. So propose lah pada suami ai. Dia cakap ok. so kiteorang pon go on lah.

Sampai sana ahad tu, ingatkan ramai orang. rupanya kiteorang je yang ade. ade lah 1-2 couple yang lain. Hahhaa... oklah so try je lah masuk. Bayaran masuk ialah RM25.00 seorang adult untuk hari minggu. 3tahun kebawah tak payah bayar. Sebenarnya dia kate baby atau budak kecik bawah 3tahun tak dibenarkan. Tapi aku cakap anak aku 2tahun dia diam aje. So cakap try lah masuk sekejap lagipun kite boleh keluar kalau tak tahan kemudian masuk balik. :)

A'uf sibuk tanya...nak pegi mana ni...nak pegi mana ni.

I'm ready bonda ...ayah... :)




So far orang paling happy mesti lah budak keriting kat atas ni. Menakjubkan dia lah yang paling tahan sejuk. Sentiasa senyum aje. Paling lemah tahan sejuk mestilah bonda, Bonda kan semput. Hahaha. Sebab anak punya pasal, masuk jugaklah. Anyway, A'uf memang tersgthappy sangat.Lepas tu jenuh kami ajak dia balik dok melalak-lalak sambil sebut "nakkk aishh...nak aishhh" Haha.



tapi berbaloilah bayaran itu bila senyuma terukir je dimuka dia. Dan balik rumah asyik sebut "A'uf mainnn aishhh...tejookkk" hehe. Tengok aje lah gambar dia semua. Semuanya senyum kan. :)

Wednesday, March 21, 2012

Working hard






A dream doesn't become reality through magic; 
it takes sweat, determination and hard work.
Colin Powell
 
 
I learned the value of hard work by working hard.
-Margaret Mead-
:)