Masa sebelum pergi Singapura hari tu, aku ada jugaklah terfikir soal halal haram disana. Dan dari sini kami dah start servey makanan-makanan halal yang boleh dimakan ketika disana nanti. Bukan ape, cuma dengar desas desus di sentosa island susah nak cari makanan halal. Dan bak kata laki aku, mencari yang halal itu wajib. Lain lah darurat kan. :)
So sebab dalam USS ada beberapa makanan halal, maka takde lah risau sangat akan masalah kebuluran. Hehe. Dan lagi satu yang terlintas difikiran, stay hotel hard rock ni ada ke arah kiblatnya. Bagaimana kalau tiada? aku nak kena ikut matahari macamana. So disebabkan itulah, aku pergi beli penunjuk arah kiblat dan bawa bersama.
Tapi nak tahu tak. Masuk2 bilik aku cek kat atas siling, ada tak penunjuk itu... dan aku tengok memang tak ada! Tapi tak hairan lah kan. Dan nasib baik standby kompas. Sehingga waktu nak balik tu, cek2 barang takut-takut ade tertinggal, sekali buka laci. Ada ini....
Wahhh ....ada lah walaupun kecil sahaja didalam drawer. At least , hotel mahal2 pon ada sensitiviti terhadap kita. :)
Breakfast kat hotel benda yang yakin nak makan ialah salad,
roti bakar dan cornflake kosong je. Jadilah.
:)